Oleh Abdul Rahman Hashim
Hari ini akhbar Sinar Harian dalam ruangan 'Fokus PRU13' memaparkan sepintas lalu mengenai Parlimen Wangsa Maju iaitu kawasan yang menyaksikan BN tertewas pada PRU12 yang lalu dengan kehilangan majoriti 150 undi. BN Wangsa Maju menggigit jari kerana kawasan parlimen ini telah dirampas oleh calon PKR/PR, Wee Choo Keong @ WCK, walaupun pada masa itu pengundi Melayu merupakan majoriti. Wee Choo Keong menang tipis dengan perolehan 19,637 undi, manakala calon MCA/BN memperolehi 19,487 undi. Jumlah undi rosak, 357.
![]() |
| Dato' Dr. Mohd. Shafei Abdullah bakal calon BN Wangsa Maju |
![]() |
| Shafei & Wee Choo Keong dalam satu majlis |
Menjelang PRU13, kawasan Parlimen Wangsa masih dominan dengan komposisi majoriti pengundi Melayu sekitar 52.45 peratus berbanding pengundi Cina 39.76 peratus, diikuti pengundi India 7.05 peratus dan 0.74 peratus lain-lain pengundi.
![]() | ||
| Dr. Tan Kee Kwong bakal calon PKR Wangsa Maju |
![]() |
| Shafei (Di tengah) bersama Yew Teong Look (Kanan sekali) dalam satu majlis anjuran komuniti Cina |
Dato' Dr. Mohd. Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju disebut-sebuat bakal dicalonkan jika UMNO yang bertanding mewakili BN pada PRU13 nanti. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju yang diadakan tempoh hari juga telah meluluskan usul sebulat suara untuk mengembalikan semula Wangsa Maju kepada UMNO. Saya sendiri bersetuju dengan kemahuan ahli-ahli UMNO itu, bahkan saya lebih yakin jika UMNO diberi peluang, Shafei Abdullah pasti merupakan calon unggul yang 'winnable' untuk menggalas tugas yang maha besar untuk mengUMNOkan semula Parlimen Wangsa Maju.
Sememangnya tugas untuk merampas semula kerusi ini daripada Pakatan Rakyat bukanlah kerja yang mudah, namun begitu jika UMNO dapat melipatgandakan gerak kerja secara 'luar biasa' daripada yang 'biasa', tidak mustahil misi merampas ini akan berjaya. Dato' Shafei Abdullah yang juga Pengerusi Penyelaras BN Wangsa Maju hendaklah berada pada kedudukan yang bukan sahaja diterima oleh UMNO, malah MCA dan komponen BN yang lain dapat menerimanya. Saya bimbang, jika parti-parti komponen BN sendiri menunjukkan sikap tidak selenggang sehayun bersama UMNO, mungkin menyulitkan untuk UMNO bersendirian dalam menggempur puak pembangkang dalam PRU13 nanti.
Saya tidak terfikir bahawa Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju yang bakal menyertai semula PRU13 nanti akan menyerang Barisan Nasional. Kalau dia sendiri bebas keluar masuk boleh kerap bersua Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, bahkan boleh sepentas menari tarian Sumazow (tradisional sukum kaum Kadazan/Sabah) bersama-sama dengan Najib dan Rosmah, maka mustahil untuk dirinya menyerang UMNO/BN dalam pilihan raya nanti.
Jika itu yang berlaku, saya melihat penyertaannya dalam PRU13 bukanlah untuk bertarung dengan BN tetapi ia hanya untuk memecahkan undi Cina yang mencecah 39.76 peratus. Difahamkan PKR akan meletakkan Dato' Dr. Tan Kee Kwong, mantan Timbalan Menteri yang sudah pun menyeberang masuk menyertai PKR. Jika dahulu, sebahagian besar pengundi Cina tidak memihak kepada MCA sebaliknya memberi undi kepada PKR, apakah kali ini WCK mampu untuk memujuk pengundi Cina yang pro Pakatan Rakyat untuk mengundinya semula sebagai calon BEBAS? Jika beliau mampu menarik sebahagian pengundi Cina ini supaya tidak mengundi Dr Tan Kee Kwong (PKR), maka strategi untuk pecahkan undi Cina dilihat oleh UMNO akan menguntungkan BN.
Pada saya UMNO tidak boleh terlalu mengharapkan matematik ini, kerana belum tentu semua pengundi Melayu yang berjumlah 52.45 peratus merupakan penyokong tegar UMNO. UMNO tidak boleh berada di dalam zon selesa, kerana ada di kalangan pengundi Melayu yang tidak mesra BN malah ramai juga yang bukan ahli UMNO. Jika meletakkan calon UMNO bukanlah suatu jaminan yang kukuh lagi untuk memancing undi di kalangan pengundi Melayu.
Namun begitu, saya memerhatikan 'kerja buat' dan 'politik kerja' proaktif yang telah dilakukan oleh Shafei Abdullah di Wangsa Maju telah menampakkan natijah untuk menang. Beliau harus menjuruskan gerak kerja yang berganda kerana situasi hari ini bukan lagi 'Mudah Untuk Menang' kerana mereka di sebelah sana juga sedang meneropong gelagat kita samada hasrat UMNO untuk bertanding kali ini dapat diterima oleh BN; dan bagaimana pula dengan UMNO jika Datuk Yew Teong Look @ MCA sekali lagi dikehendaki bertanding di Wangsa Maju?
Namun begitu, saya memerhatikan 'kerja buat' dan 'politik kerja' proaktif yang telah dilakukan oleh Shafei Abdullah di Wangsa Maju telah menampakkan natijah untuk menang. Beliau harus menjuruskan gerak kerja yang berganda kerana situasi hari ini bukan lagi 'Mudah Untuk Menang' kerana mereka di sebelah sana juga sedang meneropong gelagat kita samada hasrat UMNO untuk bertanding kali ini dapat diterima oleh BN; dan bagaimana pula dengan UMNO jika Datuk Yew Teong Look @ MCA sekali lagi dikehendaki bertanding di Wangsa Maju?






22 comments:
umno boleh menang di parlimen wangsa maju. saya cukup yakin. saya anak jati wangsa maju. banyak masalah penduduk dan warga wangsa maju diselesaikan oleh umno wangsa maju. walaupun saya pernah pangkah pkr pada pru12 lalu utk wee choo keong namun dato shafei ini saya nampak amat konsisten dalam menggerakkan jentera. mudah pun kalau nak berjumpa dengannya. tak payah pergi ke pejabat umno, tempat rakyat berjumpa diapun di kedai mamak danau kota.
dan saya tak nampak pkr boleh menang kali ini. pkr memang tak buat kerja di wangsa maju. sejak wee choo keong keluar pkr, satu haram jadah pun jentera pkr tak bantu warga wangsa maju. yang banyak, ceramah, ceramah, ceramah. pkr ingat ceramah boleh bantu warga wangsa maju.
yang menjadi kebimbangan saya adalah sabotaj dari mca. ini yang menjadi duri dalam daging kepada bn wangsa maju.
warga wangsa maju memang kenal sangat dengan perangai yew teng lock. suka letak jarum bawah kaki umno wangsa maju. suka cucuk sana sini. berapa banyak kali beliau telah malukan umno wangsa maju dengan karenah kebudak-budakannya selama ini.
pengerusi mca wangsa maju ini sedang giat tabur wang kepada ahli-ahli umno wangsa maju untuk menyokongnya.
sejujur nya saya tidak menafikan kerjabuat datuk shafei,sebagai penyelaras BN beliau menerima jutaan ringgit setahun peruntukkan dari kerajaan untuk pembangunan dan gerakerja di wangsamaju. dengan peruntukkan yang besar sudah tentu pelbagai aktiviti dan perojek boleh dilaksanakan utk rakyat. Hakikatnya beliau masih belum dpt menambat hati ahli2 umno sendiri khususnya ketua2 cwangan umno,belum dikira lagi orang ramai.Penyokong tegar Dk Shafei mungkin lupa atau cuba menafikan kerja buat Datuk YTL yang sepanjang tahun bergerak cergas mendampingi rakyat, menghadirkan diri dari awal setiap majlis jemputan rakyat, menyumbang kewangan setiap aktiviti rakyat walaupun tiada peruntukkan dari kerajaan, mudah didampingi. tidaklah semudah boleh berjumpa ditepi meja kedai mamak. (pemimpin sebenar tidak semurah itu). YTL dengan inisiatif nya telah menubuhkan gabungan NGO wangsa maju. Mengikut sumber yg boleh dipercayai setakat ini telah disertai lebih 60 ngos dan akhir bulan ini dijangka lebih 100 ngos akan bergabung untuk kepentingan penduduk wangsamaju, mengikut kata pengerusi penaja nya. Di sebelah sana pula kehebatan Datuk dr tan kee kwong juga tiada tandingnya.walau pun terdapat banyak kekangan mendatang beliau telah menggerakan bilik gerakkan, pasukan penceramah dan jentera penggempur dengan giatnya. Walau pun tiada peruntukkan, tidak juga berjawatan MP(spt YB wee choo keong), beliau tetap tabah dan sabar berkempen atas nama PR untuk mengekalkan pemilikkan kerusi wangsamaju. Dgn sokongan PAS dan DAP yang tidak perlu diupah atau dikerah, orang2 pas akan membantu memenangkan calun PR.Saya cukup yakin wangsa maju adalah milik PR. YB Wee choo keong dah tak masuk buku. kebelakangan ini terpaksa mengending 'mengurat' PM Najib untuk survival politik. Saya juga pernah jumpa YB Wee bersama Dk Shafei di satu majlis persatuan penduduk taman melati, saya pun hadir sama dan melayan berbual dan hormat sebagai ahli parlimen kita, tak lebih dari itu. saya nasihatkan YB Wee, kalau tak hilang deposit pun dah mujur. sakitnya hati pengundi belum terubat lagi, tak usahlah nak buat onar dan sudah sudah lah tu. Kepada sdr rahman, saya adalah pengikut setia blok saudara, nukilan saudara cukup bersahaja dan berkecuali. kekadang boleh buat pemimpin umno senak perut, saudara memberitahu kebenaran walaupun pahit, tahniah. tapi artikel ini terlalu memberi markah winnable candidate kearah dk shafei adalah tidak tepat dan tergesa gesa. sekian tk
Salam...yang menghairankan saya walaupun datuk YTL tiada peruntukkan. .dari mana datuk YTL mampu membiayai program ngo. .atau Barangkali datuk YTL seorang jutawan atau ada tokoh jutawan di belakang tabir. .saya lihat semasa dato shafei menjadi pengerusi rumah2 ibadat mendapat banyak peruntukkan. .semasa Datuk YTL jadi Yb berapa banyak datuk YTL bagi dana atau bantu kewangan atau infra pada masjid , tokong dan kuil. . Tanah kampung tradisi tidak di selesaikan walaupun jadi setiausaha parlimen.. Gabungan NGo yg di warwarkan dah daftar ke dgn ROS. .dengar cerita perlantikkan penaja naib pengerusi zon pun kelam kabut dan ramai yang tidak puas hati. .gabungan NGo ini hanya topeng pilihanaraya untuk mengabui pemimpin atasan hakikatnya berapa kerat sahaja yang menonjol. .akhirnya orang melayu akan keliru dan bertelagah sesama sendiri. .Datuk shafei buatbkerja untuk semua bukan buat kerja berpuak2. ...akhir kata berjuanglah untuk kebaikan semua dan pastikan BN menang di wangsa maju.
Datok shafei sekiranya menjadi calon mesti MENANG sekiranya KALAH beliau akan terus hanyut dalam perjuangan politiknya. .DAtuk YTL pun kalau beriya-iya nak jadi calon pastikan MENANG kalau KALAH. . .dia akan bawa SIAL kerana 2 kali KALAH. .lansung takda tempat di wangsa maju. . Sebab tu dia amat berharap gabungan NGO ciptaannya akan menyelamatkan karier politik atau masih boleh melukut di tepinya NGo. .
tertarik dengan kata-kata tuan dimana YTL seorang yang tidak mempunyai wang tetapi mampu membuat pelbagai program... Sudah tidak dapat dinafikan bahawa sejak 3 tahun lalu MCA tidak pernah menerima wang dari BN dan ianya tidak menghalang usaha YTL untuk berbakti menggunakan wang dan dana yang ada. MCA tidak pernah tabur wang kepada ahli UMNO untuk menyokongnya. Mereka NGO bergabung dengan ikhlas hati dan tidak menerima sebarang imbuhan. berfikiran terbuka demi Wangsa Maju. sesiapa pun yang dicalonkan terima dengan hati terbuka... jangan hanya tau nak sabotaj rakan sendiri...
Salam tuan. .NGo mana yang tuan maksudkan. .saya begitu arif dengan Ngo yang berpelesiran di belakang DAtuk YTL. .KAlau Setakat NGo rukun tetangga yang sesama sendiri bermain politik untuk mendapat kasih sayang DAtuk YTL , tak perlukan tuan banggakan nanti sebelum sempat daftar dengan ROS dah berterabur. .MEmang barangkali DAtuk YTL ada mempunyai sumber tertentu bagi membiayai program2nya termasuk memohon terus kepada pihak atasan DBKL maklumkan pernah jadi setiausah parlimen , kabelnya masih ada current. .good for him tetapi janganlah mengutuk org umno khususnya DAto shafei merata tempat... .Semasa Datuk YTL bermewah dengan PEruntukkan YB dulu kemana duit tu pegi. .pegi ke NGO ke. .pegi masjid dan surau ke. .pegi ke anak2 yatim. .sekarang ni sahaja baru lah bEliau kemaruk NGO dan mengambil kesempatam mengumpan org UMNO yang KECEWA menjadi hulubalangnya untuk melaga-lagakan sesama bangsa dan ugama. .Atas prinsip ini saya akan pastikan Datuk YTL tidak layak jadi CALON dan sekiranya beliau bertanding saya akan pastikan beliau KALAH dan terus meninggalkan wangsa maju. .
Saya amat setuju dengan rentetan saudara. .saya kerap terdengau UNGKAPAN atau kenyataan yang kurang senang dikalangan orang kuat Datuk yew teong look yang menyatakan bahawa sekiranga UMNO jadi calon , pengundi kaum cina akan swing ke pembangkang. . .Saya masih teringat semasa 2004 datuk YTL masuk pergi ke kampung melayu kita org UMNO sambut dia dan menangkan dia. .from NOBODY to become SOMEBODY. . .dan kini dia perlekehkan orang UMNO yang bantu dia dulu . .saya sarankan PLEASE GO AWAY FROM WANGSA MAJU. .
Kalau setakat org melayu UMNO yang kerap keluar di dalam facebook MCA yang tuan banggakan . .bagitau YTL janganlah sombong sangat. .berapa pulak bilangan org MCA yang bersama beliau pun saya rasa , muka2 itu je. .jumlah pengundi 66'ooo. .pengundi melayu hampir mencecah 36,000. .kaum cina dh menyampah dengan YTL. .diorang kata dia ni sombong. . .yang amat mengecewakan tiap2 kali pergi majlis org melayu tak habis2 kutuk dato shafei dapat peruntukkan banyak dan tuduh yg bukan2. .kita rakyat wangsa maju amat berterima kasih pada dato shafei dan kami sendiri dapat merasakan nikmat peruntukkan tersebut. . .sudahlah YTL hentikan provokatif yg melampau. .jangan buat org melayu UMNO macam ni. .
Dua-dua parli ini dibawah BN tunggu sahaja PM umum siapa calonnya.. Yang penting undi BN.. Calon pun PM belum umum lagi.
Kalau YTL. .tuan dan sahabat ngo tmn melati dan ngo2 dua tiga kerat dan org umno tmn ibukota yg teramat kecewa saja pangkah YTL. .kami org umno tetap dengan usul kesemua cawangan umno mahukan calon UMNO/BN menerajui parlimen wangsa maju. .kami tidak akan mengkhianati ikrar kami sebangsa dan agama. .kalau tuan ni tergolong dlm manusia kecewa dgn umno. .sya amat simpati. .walaupun kita kecewa hari mungkin kita menyinar kemudian tetapi jangan sekali khianati kawan sendiri. .YTL sahabat komponen dari MCA. tetapi UMNO pilihan sya. .mudah saja untuk faham. .takpayah berdolak dalik ygkeduanya BN. .alasan tuan adalah alasan org kecewa dan penuh dengan dendam kesumat.
salam,
mampukah dk shafei mengatasi populariti dk ytl?
saya kenal dk shafei sejak dr parlimen batu lg. semasa mendiang alex lee. dulu shafei 'no body' tak de apa2 macam saya je.nasib politik dia cerah meningkat cepat hingga ketahap sekarang. dk p'ei seorang baik, berbudi bahasa,murah senyuman dan mudah didampingi.ciri kepimpinan memang ada dan teserlah.
mari kita selami kata2 seorang bilal kanan sebuah masjid terkemuka diw/maju. beliau penyokong tegar dk pi'e dulu. skrg wallah hu a'lam. masih umno.
katanya" dk pi'e memang bagus serba serbi baik, tapi orang keliling dia lah yang merosakkan dia". saya kurang faham tok bilal,cuba tuan ulas lg. sambongnya lg" dk pi'e mempunyai penasihat2 yang seperti sokong membawa rebah, hebat mana pun,baik mana pun, lama2 akan bertambah reput dan menyembah bumi. saya tanya lg, betul ke ni bilal atau ada cerita lain ni. "Tak, tak, saya sayang umno, saya tiada kepentingan, masuk waktu saya azan, imam tak dtg saya naik jd imam,sy dah tua ,70th tidak aktif lg.mereka memberi nasihat yang salah dan tidak membantu membentuk keperibadian yang baik kpd dk pi'e.
kita renung pulak rungutan seorang bendahari sebuah masjid di w/maju.
"ajk masjid sangat gembira bila dk pi'e memberi peruntukkan untuk satu aktiviti untuk anak kariah. berhempas pulaslah kami mesyuarat untuk menjayakan nya dan kami berjimat cermat dlm perbelanjaan. sesudah selesai kami dpt jimat sikit wang untuk tabung masjid. sekonyong-konyong lebihan itu diminta semula oleh umno bahagian. buruk siku, dah bagi minta balik" katanya. apalah sangat duit sebanyak itu dibanding terguris nya perasaan ajk masjid. ajk+isteri+anak+kawan2 sudah tentu berdendam dan akan kedekut juga untuk memberi undi. fikir-fikirkan.
Orang kuat dk pi'e main sorok-sorok
para hadirin dah siap berdiri nak bersalam sambut ketibaan wakil dk pi'e disatu majlis jamuan raya di sebuah kawasan flat SPPK. tungu punya tunggu tak masuk2 dewan, eh mana pegi wakil tu. rupa2nya dia minum diluar dewan dan pergi senyap2 je. ada hadirin merungut apa dah jd. tiba suara garau seorang pengerusi penduduk menjawap "nak masuk macam mana kan dk ytl ada kat dalam ni" sergahnya. Oooooo gitu ke disambut para hadirin. kami pun teruskan makan sekenyang2nya. tak lama lps tu dtg pula ketua wanita dan duduk sebelah Dk ytl, terubat lah sikit luka. ikhlas ke pura2 ke itu takde hal yang penting menampakan solidariti dalam BN.
tak peduli ngo agama
ada orang bagi tahu, pengerusi ngo keagamaan berkaitan mualaf marah2 pasal umno bhg tak dtg atau hantar wakil pd majlis raya badan itu. pada hal katanya diblok sebelah ada ajk bhg tinggal tak jengah pun. tak jemput ke, ehh, ehh semua dah dijemput. habis siapa yang datang. Dk YTL ade le katanya. lagi, lagi YTL takde muka lain ke. dah itu je yg reti menyahut jemputan. kata pengerusi ngo tersebut. entah lah apa nak jd, masing2 sibuk.
YTL pecut beratus kilometer kedepan, mampukah dk pi'e overtake.
saya dpt khabar dr kengkawan, ngos yang membina gabungan itu terdiri antaranya persatuan2 penduduk seluruh w/maju, JMB,Perbadanan pengurusan rumah pangsa,rukun tetangga, jiran wanita, KEMAS, kelab2 belia, KAFA, kelab2 sukan, peniaga kecil, persatuan kuil2, persatuan tokong, hindu sanggam dan lain2.
Mengenang Nostalgia
parlimen ini masih lagi majoriti melayu, harapan utk umno masih ada.mampukah kita bekerja keras merialisasikan impian kita untuk mengembalikan kpd sejarah lama.perlukan pengorbanan yg tinggi, komitmen yg jelas,solidariti yg jitu, bekerjalah dengan ikhlas demi agama. jgn emosional dan rakus, insyallah, allah bersama kita.
Dengar kata SKIM 1Azam yang dimohon Dan diagihkan oleh umno, dalam sebuah keluarga sehingga 6 orang boleh dapat sampai tak muat rumah nak letak. Sampai Ada yang jual barang tersebut. Ada juga barang yang diterima pemohon diambil semula kononnya ianya milik salah satu cabang dalam umno. Adakah berkata ini benar berlaku? Sehingga semua barangan dibekukan dan SPRM menyiasat kes tersebut...
Saya juga megenali YTL sejak 2004. .mula2 masuk kampung org melayu. .sopan santun orgnya maklum saja la. .tapi org sebenarnya adalah panas baran. .apa tidaknya beliau menghamburkan kata nista pasal dato shafei dan sanggup bertaruh until my single cent jika dato shafei menang sekiranya jadi calon. .ungkapan itu dihamburkan baru2 ni di depan tetamu majlis jamuan hari raya di pasar besar gombak minggu lepas. .ini adalah serius. .kerana YTL mempunyai pengaruh besar org cina. .dan dia juga sebagai pengerusi MCA dan ada peluang jadi calon. .apa dh jadi tuan. Tetamu terpingga2 dan terasa malu sangat bila dia merendahkan ketua bahagian umno. .peluang beliau masih terbuka. .sama2 buat kerja. .sama2 winnable. .sama2 satu payung. .mengapa mesti hilang kawalan dan emosional sangat dikhalayak ramai. .tuan teruskan berfikiran sempit mcm YTL. .saya sebagai pengundi tahu menilai!!
Aduhai. .bila lah dato seri nak umum PRU13. .dari komen2 di atas parah nampaknya kemelut UMNO & MCA ni. .parti keadilan senyum aje. .tak banyak keluar modal. .perang banner dato shafei & YTL begitu ketara. .pening DBKL dibuatnya. .sama2 ada kekuatan. .mungkin ini strategi tersirat untuk menjadikan keadilan tak relevan. .mungkin penghujung dato fei dan YTL cium mulut. .dan masing2 akur. .salah seorang dapat jadi senator. .yg kita ni pooche..habiskan boreh jo. .YTL dan dato shafei dua2 mcm marah sangat. .kita dibawah pun sama marah tetapi akhirnya atas rundingan belakang tabir. .semuanya selesai. .bgi saya mewakili rakyat marhein. .kami nak lihat rakyat dan keluarga keluar daripada garisan kemiskinan. .kami nak pastikan cukup duit untuk makan minum dan yg paling ada cukup duit biayai education anak2 kami. .tentang agama tepuk dada tsnya iman. .
salam satu Malaysia ! dimana Barisan kita di WM ? kita mahu calon BN menang tapi nampak-nya penyata ini telah mengelirukan penduduk WM supaya undi PKR. akhir-nya pengundi pilih PKR krn "buy 1 free 3" ....PKR menang UMNO dan MCA masih bawa peruntukan dan khimat di WM.....jgn lupa pengundi sekrg sudah cerdik...saya ni bukan sokong siapa , yg penting BN jgn kalah dlm GE.harap penyokong masing2 jgn keluar apa2 penyata lagi.
Anonymous 9.54am
Rasanya 1 meja hanya Ada 6 orang sahaja di pasar gombak... Jauh Dari tetamu yang hadir. Hanya saiful je yang berkata-kata di sana kan.. KENAPA nak bagitau semua tetamu yang hadir mendengar...
To author..
Open minded lah.. Takkan semua komen Dari pemuda MCA kamu nak padam. Ini such berat sebelah namanya.. Terima sahaja semua komen... Rakyat membacanya...
Apakah isu2 semasa di dewan rakyat kali ini membolehkan semua calon yg bertanding kali ini survive khususnya di wangsa maju. .pertambahan pengundi muda bertambah dan mereka2 ini amat liberal dan radikal. .pengundi muda barangkali takda awareness tentang siapa bakal calon dan khidmat2 yg dibuat UMNO & MCA. .pengundi muda hanya perlukan pemimpin yang boleh menjaminkan survival mereka. .mereka dah tahu sistem authoritarian mahathir dan kesannya sekarang. .jangan kita ambil ringgan masalah isu nasional dan begitu sibok dan bercakaran dengan isu tempatan. .UMNO dan MCA sama2 menghadapi sindrom denialibilty antara satu sama lain. .sama2 fikir mereka supreme and champion. .tetapi mereka lupa this is not the survival of personal mileage anymore this is the survival of the last barisan nasional. .and the voters that are eligible should be now be embrace all the time not putting them in confusion and hatred. .jauhkan kebencian dan rapatkan kasih sayang solidariti.
Sidang rakyat di mulakan dengan strategi serangan pakatan berkaitan kerugian RM30 billion BNM. .dan BN mendedahkan sikap flamboyant anwar ibrahim dengan private jetnya. .anwar dari satu ketika dulu dalam keadaan nazak dgn isu moral kini dengan begitu senang hati bersenang lenang. .seolah-olah tiada apa berlaku. .maka rakyat mula bertanya dan ada yg kini keliru. .maksudnya mereka hairan apa dah jadi isu saiful dan moral anwar. .betul ke dia peliwat. .klu betul mengapa dia begitu angkuh dan bebas. .bebasss. .teringat lawak ke der. Pilihanraya makin hampir. .persiapan mental kita mesti mantap dan konsisten menghadapi pakatan yang begitu licik.
Kita di wangsa maju khususnya dan parlimen wilayah amnya sudah kesuntukkan masa di dalam melayan kerenah masalah dalaman kepartian mahu pun antara barisan komponen.kita kena digest mana tak perlu dan strategiest untuk maju. .lengkapkan jentera minda ( mental skill ) kerana kita tidak boleh harap politik propaganda. .kita kena guna factual skill untuk menidakkan anwar the menace. .kita kena defence and counter attack. .di mana kita mempunyai kelebihan. .yakni absolute command tetapi ianya akan berjaya hanya bila di wangsa maju ini BERSATU DAN BERSAMA dan kekuatan BN wangsa maju is UNTOUCHABLE!!.
saya bersetuju dengan anon 11.21pm jauhkan kebencian rapatkan kasih sayang dan solidariti. utk itu saya diminta oleh seorang sahabat yg terlibat dlm gabungan badan ngo's w/maju (penganjur bersama)memanjangkan jemputan memeriahkan PESTA TANGLUNG pada 29/9/12 sabtu jam 7.45 malam di jalan langkawi, appt. teratai mewah. setiap orang akan diberikan sebuah tanglung, sebiji kueh bakul(halal) dan air mineral.perarakan kira 1.4 km. org ramai berpeluang memenangi cabutan bertuan berhadiahkan i-pad. pemimpin dan ahli umno dijemput datang beramai-ramai utk menyatakan solidariti sesama BN. ini ujian pertama kalau benar2 mahu berdamai dan berkasih sayang.
rayuan kepada author (sdr Rahman) harap jgn pilih kasih dlm menyiarkan pendapat orang ramai. kalau pun panas, pedas, memercik kemuka, paku buah keras, itulah hakikatnya. kecuali lah ayat2 mencarut, maki hamun yang teruk. tuan sebagai pengendali blog memerlukan pembaca dan maklumbalas. apalah tuan jika tiada pembaca. jgn bakar jambatan berkecuali yang tuan amalkan selama ini, kalau tidak dikhawatiri tuan akan hilang visata regular.
Salam 1Malaysia.
Bajet 2013 sudah dibentangkan oleh PM. Impaknya amat meluas.tetapi kita hanya sibok berkempen siapa nak jadi calon..ada yang telah terang-terangan mengatakan dia bakal calon..tetapi hakikatnya pemimpin peringkat bawahan hanya sibok mengomel di kedai kopi membuat terjahan dan serangan sesama mereka. .THE ULTIMATE TOUCHPOINT iaitu BAJET 2013 tak siapa menyibok nak buat engagement dengan rakyat khususnya pengundi2 dikawasan sendiri. .Ada pemimpin yg naik pentas SYOK Sendiri kata dia bakal calon dan buat rakyat keliru.BAJET 2013 merangkumi WISHLIST rakyat yang telah dirangkumkan oleh PM. .maka warwarkan pada pengundi2. .yg kurang faham kita jelaskan. .kita khuatiri apa yang ada pada BASKET penyokong kita. .kalau takda engagement dan takda connectiviy...yg ada dalam BAKUL akan muntah balik. .masih pengundi diluar sana yg memerlukan engagement dari kita dan sekiranya kita buat follow up. .pengundi akan appreciate dan pemimpin pun kena appreciate mereka2 ini. .
Post a Comment