Oleh Abdul Rahman Hashim
![]() |
| Musa Aman, Ketua Menteri Sabah terima RM40 juta untuk UMNO, bukan untuk dirinya? |
Semalam, Parlimen diberitahu bahawa SPRM hari ini telah membebaskan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dari tuduhan rasuah dan menyeludup wang selepas mendapati 16 juta dolar Singapura (RM40 juta) telah disalurkan kepada Ketua Menteri itu, kerana sebenarnya RM40 juta itu bermaksud untuk kegunaan UMNO Negeri Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz berkata, Peguam Negara telah menyiasat perkara ini dan mendapati tidak ada kaitan dengan rasuah dalam kes seperti yang dibangkitkan oleh Laman Sarawak Report awal tahun ini.
Agak-agak, kenapa individu berkenaan bermurah hati sangat menyumbangkan wang sebanyak itu kepada UMNO Negeri Sabah? Apa istimewanya Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga terleleh air liurnya malah terpanggil untuk menyeludup wang tersebut untuk diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah itu?
Saya tidak fikir penyumbang itu memberi habuan puluhan juta ringit kepada Musa Aman kalau Musa bukan seorang Ketua Menteri. Apa faedahnya penyumbang itu menghulurkan RM40 juta jikalau Musa hanya seorang Ketua UMNO Cawangan?
Keputusan siasatan Peguam Negara dan SPRM sebagaimana yang dinyatakan oleh Nazri Aziz benar-benar telah menyelematkan Musa Aman, kerana pemberian RM40 juta kepadanya itu bukanlah unsur rasuah untuk dirinya, mungkin bukan juga rasuah kepada UMNO Negeri Sabah?
Kepada musuh-musuh politik Musa Aman samada di dalam UMNO mahupun di luar UMNO, nampaknya percubaan untuk menyingkirkannya kali ini hanya menjaring angin. Persoalan samada Musa Aman tidak terbabit dengan unsur rasuah, telah pun terjawab kerana menyeludup wang sebanyak itu untuk UMNO bukannya rasuah.



1 comment:
Salam tuan.
Apa2 pun alasan. .Ianya tidak mencerminkan integriti seorang pemimpin. .Kita berdepan dengan bermacam isu yg tidak menyebelahi kita sekarang ini. .denial sebegini rupa hanya tuntutan politik bukan tuntutan undang2. .lngatlah bahawa lebih banyak kita berdalih dengan secara angkuh dan bersahaja ianya akan mengundang padah dan malapetaka. . .rakyat begitu GERAM dengan sikap pemimpin yg arrogant ini dan mereka begitu membuak-buak menunggu PRU13 untuk menghukum pemimpin yang angkuh dan sombong. .
Post a Comment