assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, October 20, 2012

CHUA SOI LEK JANGAN INGAT 'PERKASA' PERKAKAS UMNO!

Oleh Abdul Rahman Hashim 

Chua Soi Lek tolak Islam, kerana Najib juga tolak hudud
Fatwa PERKASA: Mengundi MCA, HARAM!
Isu HUDUD berbangkit semula. Mursyidul Am MCA, Haji Chua Soi Lek sekutu kuat BN sekali lagi bermain bunga api. Dia cuba untuk meniru gaya Tun Dr Mahathir Mohamad mengupas isu hukum hudud. Oleh kerana Mahathir sering berkata bahawa hudud Islam berbeza dengan hudud PAS, maka mantan Perdana Menteri itusecara konsisten  telah mengajak umat Islam negara ini menolak hudud. 
Saya percaya jika UMNO sendiri yang mahukan hukum Islam ini diterima pakai di negara ini, pasti Mahathir akan menyanggah kononnya hudud Islam dengan hudud UMNO adalah berbeza sebagaimana sanggahannya terhadap PAS yang mempertahankan hukum Tuhan itu. Dari kenyataan itu begitu jelas bahawa Mahathir sendiri percaya bahawa wujudnya hukum hudud di dalam Islam, tetapi beliau enggan menerima pakai hukum Tuhan itu sambil merpersendakan kononnya akan ramai rakyat Malaysia yang kudung tangan jika hudud dilaksanakan di negara ini.
Saya tidak terperanjat jika Chua Soi Lek beterusan memperlekehkan hukum Al-Quran, kerana sifat jahiliah memang ada pada dirinya. Bukan sekadar beliau boleh menghina hukum hudud, mungkin juga belum terkeluar lagi dari lidahnya untuk mempersendakan hukum-hukum Islam yang lainnya seperti hukum menutup aurat, hukum qisas, perintah bersolat termasuk juga perintah puasa yang menyebabkan umat Islam berlapar dan dahaga di siang hari pada bulan Ramadan. 
Beliau bukan orang Islam, kerana beliau juga tidak percaya dengan keEsaan Allah, begitu juga jika ditanya kepadanya tentang keRasulan Nabi Muhamad SAW, dia tidak akan mempercayainya. Mungkin pada orang sepertinya, Islam bukanlah agama yang terbaik untuk dipercayai, maka sebab itu dia terlalu celupar untuk menghina hukum hudud, kerana padanya Dr Mahathir juga tidak boleh menerima hudud, maka beliau turut merasakan ada kebenaran apa yang Mahathir katakan itu. 
Demikianlah malangnya hukum Tuhan kepada golongan yang merasakan hukum itu boleh menganiaya manusia. Kepada golongan 'Jahiliyah Moden' ini disarankan agar mereka segera bertaubat, itu pun jika mereka masih meyakini kewajaran untuk bertaubat di sisi Allah adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam.
Chua Soi Lek tidak perlu bertaubat kerana dia telah diajar dan diasuh bahawa Allah bukan Tuhannya. Sepatutnya Presiden MCA ini diberitahu bahawa dia adalah pemimpin yang 'kurang ajar'. Siapa yang patut beritahu? Selain daripada ibu bapa dan keluarga terdekat yang patut menasihatkan dirinya, rakan sekutunya di dalam BN terutamanya UMNO adalah yang paling 'aula' untuk zipkan mulut biadapnya itu. 

Mana pergi ulamak-ulamak yang mesra UMNO seperti Ustadz Fathul Bhari, Jamil Khir Baharom, Ustazah Mashitah Ibrahim, Zul Nordin dan Mursyidul Am TIBAI, Ustadz Zahid Md Arip? Apakah tidak ada teguran untuk 'si kafir' ini? Utusan Malaysia dan TV3 juga kelihatan menikus malah Dato' Sri Najib Razak, Presiden UMNO juga enggan membuat komen. Apakah Najib merasakan isu ini mungkin boleh menyinggung sahabat karib UMNO itu agaknya, sehingga Chua Soi Lek merasakan bahawa dirinya ada 'imuniti' untuk membuat cacian terhadap Islam. Jika UMNO terdorong untuk menyebelahi MCA yang mencaci Islam, apakah alasan lagi untuk umat Islam terus bersekongkol dengan puak-puak syaitan ini?  
Alasan bahawa yang dicaci bukanlah terhadap agama Islam, tetapi terhadap Islam yang dibawa oleh PAS adalah juga ciri-ciri keiblisan dan syaitan yang dikenali seperti yang dimaksudkan oleh Mahathir. Saya harap UMNO tidak terperangkap dengan persepsi jahiliyah ini, jika tidak mahu parti ini dilabelkan sebagai 'Parti Jahiliyah'.
Fatwa PERKASA yang mengharamkan mengundi MCA dalam PRU13 nanti, bukanlah sesuatu yang melampau, kerana perbuatan melampau pemimpin nombor satu MCA itu sewajarnya diajar sedemikian rupa. PERKASA bertindak betul kali ini kerana mungkin PERKASA merasakan Islam perlu didahulukan sambil mengakui bahawa PERKASA tetap sebagai pencacai UMNO yang setia.

4 comments:

jelutong a.k said...

ANTARA SHAFEI, YTL ATAU DR TAN mana lebih baik.
Shafei - ahli kumpulan syaitan yang dikenali(menurut tun mahathir), menghina dan tidak percaya hukum hudud ALLAH. jahiliyah moden

Yew teong look - ahli parti jahiliyah tulin, memperlekeh dan menghina hukum Hudud ALLAH. Dilindungi sepenuhnya oleh ahli kumpulan syaitan yang dikenali.
Fatwa PERKASA - HARAM mengundi MCA.

Dr Tan - bangsa cina, non muslim, TIDAK PERNAH Cerca atau hina hudud. tidak pernah ganggu agama islam, menghormati budaya orang melayu majoriti pengundi wangsa maju.

dimana maruah sdr bila agama dihina, bila hukum ALLah diperlekeh, sis-sia menjadi islam jika tak terasa apa-apa. Baik menjadi kafir sama saja spt chu soi lek.bertindaklah sekarang. tinggalkan kumpulan syaitan yang dikenali, tinggalkan kumpulan jahiliyah moden dan tulin. tolong lah agama ALLAH, ALLAH akan menolong kita diakhirat nanti. Jgn berpaling terhadap islam nanti ALLAH akan berpaling. naya kita. Perhatikan lubang kubur yang pasti kita akan masuk. ada letrik ke, ada hp ke, ada makan minim ke, ada gro ke, ada tv,fb,twit ke. semua tak de. yang ada gelap gulita dan azab yang menanti. fikir2 kan lah wahai sdr seagama islam.

Anonymous said...

Apasal puji sangat dr tan anti melayu ni. .aku kenal sgt dengan dr tan masa dia jadi panel doktor maybank dulu. .bongkak orgnya. .cakap bahasa melayu pun hancur. .jangan terpedaya dengan senyum meleretnya. .jangan kutuk sesama agama dan sebangsa macam tu sangat. .kalau jelutong org melayu islam. .ingat2 lah. .Apalah sangat kemelut politik membuatkan tuan terlalu obses hingga tergamak cerca org sebegitu rupa. .soi lek kutuk hukum ALLAH. .kita tolak je calon MCA. .karpal singh sekutu pakatan hina hukum ALLAH. .kita tolak calon PKR. .kalau tuan panggil org umno syaitan. .siapa nak jadi calon?. .tuan jelutong lah jadi calon. . .guna logo muka Mr.Bean.

Anonymous said...

Salam kekecewaan:
MCA sudah terang2an menolak HUKUM ALLAH. .tidak langsung menghormati kesucian agama islam. .tetapi mengapa pulak muslihat atau agenda YTL calon MCA wangsa maju sangat bermurah hati sedekah 3 ekor lembu korban kepada NGO melayu islam?..tujuannya untuk memecahbelahkan umat islam khususnya di wangsa maju kerana beliau tahu segelintir NGO melayu khususnya yg kecewa dengan kepimpinan UMNO wangsa maju akan menjadi alat tunggangannya melemahkan persiapan umno dalam PRU13. .mengapa kita umat melayu / umno wangsa maju masih tidak sedar permainan kotor ini..YTL barangkali tidak rasa bersalah kerana itu adalah survival politik beliau. .tetapi kita ini yg membenarkan ikatan siratulrahim tercemar akan kemelut politik yg bersifat sementara ini. .kesucian sambutan hari raya korban baru2 ini di wangsa maju terdapat pergesiran dan salah faham. .sedarlah wahai kawan2 sebangsa dan seagama marilah kita berpakat untuk kelangsungan ummah. .seburuk2 UMNO pada pandangan tuan dan puan. .UMNO tetap membela bangsa dan agama sampai bila2. .azan tetap berkumandang di waktu subuh hingga isyak. .

Anonymous said...

Umno wangsa maju agaknya terlalu yakin dgn kestabilannya politik dalamannya walaupun ada segelintir rakan2 yg hobinya suka cari salah org. .tapi dia saja yg hebat. .tapi itu biasalah. .tetapi hakikatnya umno wangsa terlepas pandang untuk memantau NGO penduduk yg dikuasai oleh org2 umno yg tidak tempat diperingkat bhgn..mereka2 ini diangkat dan dibelai oleh YTL sehinggakan mereka2 ini sanggup mengutuk ahli parti dan tanpa mereka sedari telah memutuskan siratulrahim sebangsa dan seagama. .semasa umno menjadi pengerusi BN wangsa maju dapatlah setiap cawangan ( 48 cwgn ) 1 ekor lembu korban. ..aminn. .masjid2 yg takda aircond. skrg ni dah ada aircond. .selesa kaum muslimin dan muslimat tak kira parti mana buat ibadat. .kesimpulannya walaupun UMNO seperti setan yg dikenali (ulasan si jelutong ) tapi janganlah kita lupa daratan atau lupa nengenang budi seseorang. .bila org berbudi. .sekiranya kalau tak dapat balas budi setidak-tidaknya kenang je lah. supaya kita muhasabah. .tapi kenang pun takda..lebih baik jadi haiwan dari jadi manusia.