Oleh Abdul Rahman Hashim
![]() |
| Dia lawyer yang tidak arif hukum hakam Islam |
Menjelang hari lebaran Eid Mubarak, isu HUDUD nampaknya semakin dihina dengan berbagai kecelaruan yang dikelirukan. Kedangkalan mereka yang bukan beragama
Islam terhadap syariat Islam rasanya bukanlah perkara yang pelik kerana mereka tak pernah mengaji dan membaca Al-Quran, tetapi
penolakan syariat Islam yang ditanzilkan menerusi wahyu Allah oleh mereka yang mengakui beragama Islam
telah menyamakan diri mereka dengan kejahilan mereka yang bukan beragama Islam.
Jika
pun hukum hudud hendak dilaksanakan di negara
ini menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial, perlaksanaanya hanya di kalangan umat Islam sebagai sebahagian
daripada hak beragama dan hak mengamalkan agama anutan mereka. Warga
bukan Islam tidak perlu merasa terganggu dengan pelaksanaan hukum
tersebut kerana ia tidak melibatkan mereka dan tidak menjejaskan hak
mereka untuk beramal dengan ajaran agama anutan mereka sendiri.
Sesuai
dengan semangat toleransi antara agama, semua pihak harus menghentikan
segala bentuk perlakuan dan pernyataan yang menghina dan mempersenda
agama Islam. Kenyataan-kenyataan sinis dan provokatif yang kadang-kadang
diucap atau diungkapkan oleh media tertentu atau pemimpin politik tertentu jelas
tidak membina dan tidak mendidik kepatuhan masyarakat Islam terhadap
agamanya sendiri. Jika Hudud dianggap tidak sesuai dan kejam, seolah-olah masih ada was-was di kalangan kita terhadap kesyumulan Islam. Kalau kita tidak buat salah, kenapa perlu takut dengan Hudud?
Tidak perlu kita khuatir apabila Karpal Singh (DAP) dan Chua Soi Lek (Presiden MCA) menentang hukum Hudud dan menolak perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini, kerana mereka bukannya penganut agama Islam. Tetapi isu penolakan mereka terhadap Islam ini bagaikan memerangkap UMNO, kerana parti ini juga dilihat tidak bersedia bahkan seolah-olah menolak perlaksanaan hudud dengan berbagai alasan demi menjaga hati pemimpin MCA?
Jika hendak menjaga hati MCA yang bersekongkol dengan BN, samalah juga untuk melaga-lagakan DAP supaya terus mengecam PAS yang bersekutu dengan mereka di dalam Pakatan Rakyat. PAS dikatakan mempelopori perlaksanaan hukum Hudud, namun ia ditentang hebat oleh dua tiga kerat pemimpin DAP yang tidak memahami malah begitu jahil dengan konsep hukum hakam Islam.
MCA yang sekutu dengan UMNO tidak kurang hebatnya mencerca hukum Allah itu, tetapi penentangan MCA terhadap Islam tidak dikecam oleh UMNO. PERKASA yang sentiasa membodek UMNO dan mengecam Karpal Singh juga membisu apabila pemimpin MCA itu menghina agama Islam.
Nampaknya penghinaan dan pembelaan HUDUD telah menyebabkan Islam semakin dipersendakan. Hudud ditohmahkan sebagai kejam dan 'barbaric'. Kenyataan pemimpin kita (UMNO) yang menolak perlaksanaan Hudud di negara ini tidak dianggap berdosa oleh ulamak tertentu yang menjatuhkan hukum berdosa jika menyokong DAP. DAP difatwakan sebagai KAFIR HARBI oleh ulamak kebanggaan Utusan Malaysia itu, tetapi dia tidak tergamak pula untuk mengkafirharbikan MCA yang turut menghina Hudud.
Akhbar milik UMNO ini kelihatannya tidak berani untuk menyatakan bahawa Dr. Mahathir dan PM sekarang ini juga telah menolak HUDUD semata-mata kerana mereka ini adalah pemimpin UMNO. Memangsakan PAS yang perjuangkan hudud telah menyebabkan UMNO tersepit untuk memartabatkan syariat Islam.
Saya yang faqir ini mengharapkan janganlah ulamak pondok yang didewakan oleh Utusan Malaysia itu turut memyiarkan bahawa menyokong UMNO juga haram dan berdosa persis DAP. Na'uzubillah!





1 comment:
Macam mana karpal singh dan MCA tak hina hudud. ..kerana mereka ketawa berdekah2 bila melihat org islam tak bersatu menentang penghinaan terhadap nabi muhamad s.a.w. .satu kat masjid kg.baru yang satu lagi masjid tabung haji. .kerana politik bukan sahaja pemimpin2 atasan takut dgn Amerika. .mereka juga takut dengan karpal dan mca. .kerana nak jaga hati rakan kongsi. .alangkah bahagia klu semua pemimpin beragama islam tak kira parti mana. .bergabung dan bersama membuat kecaman rasmi di dalam media perdana. .barulah karpal singj tenggelam dengan kapalnya dsn chua soi lek akan bergolek-golek. .
Post a Comment