Oleh Abdul Rahman Hashim
"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan UMNO untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.
![]() |
| Bukakan hati mereka untuk perpaduan bukannya melebarkan perpecahan |
![]() |
| Zainudin Maidin hendak melumpuhkan PAS sebagai ramuan perpaduan? |
"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan UMNO untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Apakah jalan 'uslub' ini begitu
mudah untuk UMNO melakukannya? Ingatlah, bercakap secara retorik memang
mudah, namun saya percaya formula itu hanya menjadi mimpi ngeri buat diri Zam kerana
UMNO rasanya bukanlah bertuankan kepada
'Zainuddin Maidin'. Kalau UMNO nak bertuankan juga dengan dia, eloklah turuti sahaja
kata-kata dia itu, teruskan 'jelajah fitnah' dan semarakkan api kebencian
terhadap PAS kerana mungkin itu senjata Zam untuk melumpuhkan PAS?
Zam mungkin percaya bahawa Allah SWT tidak akan memurkainya apabila doa untuk menghancurkan sesama Islam dimakbuli Tuhan. Utusan mungkin boleh membantunya supaya orang Melayu terus saling bersengketa dengan melumpuhkan satu lagi entiti Melayu yang mungkin menjadi 'harus' untuk dibenamkan di muka bumi ini?

Selama ini pun Utusan begitu banyak mendengar dan menuruti nasihat-nasihat beliau, lagi pun UMNO memang tidak pernah meraguinya, malah Zainudin Maidin@Zam merasakan rempah ratusnya untuk meracuni pemikiran rakyat membenci sesama umat Melayu yang beragama Islam yang berlainan anutan parti politik di negara ini wajar diperangi habis-habisan.
Zainudin Maidin telah banyak berjasa kepada Utusan dan juga kepada UMNO apabila dia secara konsisten meletakkan formula bahawa perpaduan Melayu hanya boleh tercapai jika puak yang memusuhi UMNO dihancur leburkan. Zam nampaknya berpegang kuat kepada prinsip perjuangan menegakkan syiar Islam haruslah berpaksikan kepada teori iaitu sesiapa yang menenentang UMNO adalah juga menjadi musuh Islam. Mungkin dia terlalu alergik dengan cara PAS menghina UMNO selama ini kononnya mereka yang menentang PAS samalah juga menentang Islam?
Jika dia marahkan teori atau pun fatwa sesetengah pemimpin PAS yang mendakwa sesiapa yang menentang PAS sudah terpesong dari landasan Islam, maka janganlah dia terdorong pula untuk mengheret dirinya begitu taksub dan menjadi lebih asabiah daripada PAS. Saya sendiri tidak bersetuju jika seseorang itu menjadi ahli UMNO dikatakan sebagai tidak mencium bau syurga kelak. Jika PAS memang benar menganggapkan hal sedemikian, maka wajarlah parti yang memegang kuat perjuangan Islam itu supaya segera mengubah sauhnya sebelum badai melanda diri.
Kepada UMNO mahupun PAS, ingatlah bahawa kita hanya berlainan mengisi borang keahlian, tetapi syahadah kita tetap sama, pegangan akidah Islamiah kita juga bukan berbeza semata-mata kita berlainan lambang politik. Rasulullah SAW pun tidak diperintahkan oleh Tuhannya supaya umat manusia di muka bumi wajib menjadi ahli PAS atau UMNO sebagai pra syarat masuk syurga atau terhumban ke neraka jahanam.
Umat Islam yang menunaikan fardu Haji di tanah suci Mekah/Madinah pun tidak disyaratkan supaya menunjukkan identiti fahaman politiknya di negara masing-masing. Bukan sahaja umat Islam yang berfahaman komunis juga dibenarkan memasuki negara Arab Saudi untuk menyempurnakan fardu Haji, malah umat Islam negara ini juga rasanya tidak akan terperangkap di kaunter imigresen untuk menentukan kesahihan Islam dengan mengaitkan lambang parti masing-masing.
Oleh itu tidak wajarlah samada PAS atau UMNO untuk terus berbalah semata-mata kerana merebut kuasa. Diantara kedua-duanya hendaklah bermuhasabah dan merenung jauh, sampai bilakah umat Islam di negara ini terus dilanda musibah perpecahan, kerana ahli-ahli UMNO dan juga ahli-ahli PAS serta umat Islam lain yang berada dalam PKR semuanya berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa Islam hanya akan kuat jika semunya sehati jiwa di bawah lembayung suci Al-Quran dan Asd-Sunnah.
Sedih hati saya apabila melihat perbalahan diantara satu sama lain terutama melibatkan orang Melayu Islam di negara ini. Saya melihat keadaan ini jika tidak dibendung ia akan menjadi semakin meruncing bila melihat keretakan perpaduan sesama orang-orang Melayu kian besar dan semakin melebar jurangnya, kerana kedua-dua parti ini masih hangat berbalah sehingga mereka belum terjumpa noktahnya.

Kepada Zainudin Maidin, tak payahlah berlagak sangat untuk menjadi sang juara perpaduan Melayu jika seruan perpaduannya mempertaruhkan orang Melayu sendiri supaya menjahanamkan rakan seagama Islam yang tidak menyokong UMNO. Kekebalan UMNO bukan terletak kepada tebalnya kebencian kita terhadap PAS. Allah hanya sayang kepada hambanya yang bertaqwa dan beriman kepadaNya, bukan ketaksuban kepada UMNO atau PAS yang menjadi kriterianya. Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment