Datuk Seri Halim Samad bersama di dalam aktiviti Puteri Bahagian Setiawangsa
Datuk Seri Halim Samad (Tengah)
bersama Datuk Astaman dan Dato' Fauzi Zahari
Sekalung tahniah diberikan kepada Cikgu Halim Samad yang telah menerima anugerah 'Seri Mahkota Wilayah' di dalam satu istiadat pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2012 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan yang diraikan hari ini. Anugerah SMW ini telah membawa gelaran DATUK SERI kepada penerimanya.Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Abdul Samad, 73 merupakan Pengerusi KUB (M) Berhad, sementara jawatan politiknya pula beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dan pernah menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wliayah Persekutuan seawal penubuhan Wilayah Persekutuan pada tahun 1974.
Secara peribadi saya mengenali Datuk Seri Halim Samad sejak tahun 1979, kerana bermula pada tahun berkenaanlah saya membarisi Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di bawah kepimpinannya pada tahun 1979 hingga 1980, kerana pada masa itu sebagai Setiausaha Pemuda Bahagian saya turut mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Damansara bersama-sama dengan Ketua Pemuda Bahagian saya Allahyarham Zainuddin Bendahara dan Naib Ketuanya Zakaria Salleh. Pada masa itu Wilayah Persekutuan hanya mempunyai lima bahagian sahaja iaitu Setapak, Damansara, Kuala Lumpur Bandar, Sungai Besi dan juga Kepong.
Dalam era itu, Datuk Seri Abdul Halim Samad merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setapak. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa dan hari ini beliau masih lagi menjadi Timbalan Ketua UMNO di Bahagian Setiawangsa yang disandangnya sejak tahun 2004.
Sebagai seorang yang sudah lama bergelumang dalam kancah politik, Datuk Seri Abdul Halim Samad sewajarnya memperolehi pengiktirafan yang diterimanya hari ini. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Dato' Sri Najib Tun Razak melampaui jangka masa yang panjang selama 20 tahun. Justeru, beliau dilihat sebagai orang kepercayaan Dato' Sri Najib bukan sekadar urusan di kantor, bahkan beliau amat intim dalam hal-hal kekeluargaan Perdana Menteri itu.
Perlantikannya sebagai Pengerusi KUB (M) Berhad pada Disember 2009 merupakan suatu kepercayaan dan keyakinan tinggi Dato' Sri Najib Tun Razak kepada Datuk Seri Abdul Halim Samad untuk melakukan transformasi di dalam syarikat konglemerat Melayu yang ditubuhkan oleh UMNO sejak sekian lama dahulu.
Datuk Harun Idris dan Datuk Hasan Harun merupakan tokoh UMNO yang pernah menjadi Pengerusi KUB (M) Berhad. Kemunculan nama Datuk Seri Abdul Halim Samad merupakan suatu iltizam korporat sebagai warisan kesinambungan untuk menjadikan KUB (M) Berhad lebih inovatif dan semakin perkasa sejajar dengan aspirasi transformasi yang digagaskan oleh Perdana Menteri.
Datuk Seri Abdl Halim Samad tidak sekadar menjadi Pengerusi KUB (M) Berhad, malah beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Stamford College Berhad dan terlibat juga menerajui beberapa buah syarikat korporat yang lainnya. Dalam arti kata yang lain, Datuk Seri Abdul Halim Samad bukan sahaja dikenali sebagai seorang pendidik di beberapa buah sekolah sebelum ini, malah beliau kini merupakan tokoh korporat Melayu yang innocent dan terbukti beliau berjaya dengan sifat-sifat low profilenya.



No comments:
Post a Comment