Khabarnya, muafakat politik Anwar & Ku Li semakin intim?Kedua-duanya bercita-cita besar menjadi PM...
Oleh Abdul Rahman Hashim
Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang semenjak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan UMNO akan habis dalam PRU13 yang akan datang.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat.Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara", demikian komen Ku Li.
Tengku Razaleigh Hamzah juga meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang UMNO akan menerima kekalahan lagi. Menurutnya pengundi bukan Melayu didapati semakin menjauhkan diri dari Barisan Nasional.
Beliau juga berkata ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, katanya negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, yang juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu majlis makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.
Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."
Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya.
Ku Li juga merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara. Mengikut pandangan Ku Li, Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melakukan apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.


4 comments:
jgn la jadi blog sampah.
kat mana dpt interview ni. yg aku tahu bende ni dibuat oleh tukar tiub.
Kepada Anon 10:58 PM, Apa pulak blog sampahnya, apa yg di petik itu lojik dan bukan tak masuk akal mcm apa yg di tulis oleh blog Papa Gomo, Belantan dan yg sama dngnya.
PM Najib dah gelabah, mcm org yg main badminton, smash dah tak menjadi.....
Terima la kenyataan wahai saudara Anon 10.58. Yang bercakap tu bukan org lain MP BN juga tu...cubalah berlapang dada sikit...
Tutup jerlah blog ni. Siarkan komen yang disuka jer!!!
Dimana slogan kebebasan bersuara????
Cakap tak serupa bikin.
Post a Comment