Oleh Abdul Rahman Hashim
Kenapa sejak dua menjak ini akhbar Utusan Malaysia begitu asyik maksyuk untuk memberikan publisiti kepada PAS yang pernah di sepak terajang sebelum ini? Agaknya Utusan, akhbar milik UMNO ini terlupa bahawa parti PAS adalah musuh UMNO yang pernah diserangnya sehingga menimbulkan kegelisahan pemimpin-pemimpin parti Islam itu, lalu mereka merasakan akhbar utusan benar-benar telah menjadi tali barut UMNO. Kadang-kadang serangan melampau utusan terhadap PAS menyebabkan ramai pembacanya beralih arah kerana meluat dengan gaya hantukan yang menyebabkan Melayu sesama sendiri berkecamuk?
Menyingkap seimbas lalu kronologi akhbar utusan menyerang PAS, bagaikan kita tidak mempercayainya sekarang ini utusan telah menukar kiblat menjadi agen publisiti kepada parti itu. Jika utusan mengharapkan perkahwinan antara PAS dan UMNO boleh menjadi kenyataan, biarlah utusan tidak hanya memberikan kredit mileage kepada Hasan Ali sahaja, sebaliknya utusan kena juga pastikan mereka tidak lagi menghina Mursyidul Am PAS, utusan juga kena tarik brek tidak lagi menerkam Mat Sabu yang pernah dimalukan oleh akhbar milik UMNO itu, mungkin juga Mat Sabu boleh bertukar fikiran menarik balik hasratnya untuk meneruskan samannya terhadap utusan.
Saya memang banyak kenalan di utusan itu, malah saya mengenali juga Dato' Zaini Hassan editor kanan utusan yang banyak mencetuskan kontroversi perkahwinan PAS & UMNO yang melibatkan Hasan Ali. Saya tidak hairan Zaini Hassan bersikap sedemikian, kerana utusan itu bukan dia punya...dia hanya menjadi pengarang yang disuruh begitu. Kalau tak disuruh begitu pun, dia kena jadi begitu, baru sesuai menjadi Pengarang akhbar Utusan Malaysia.
Kalau dia mengambil sikap berpihak kepada PAS, itu yang boleh dipoersoalkan. Tetapi sekarang ini Utusan Malaysia nampaknya lebih mesra PAS, kerana Zaini sedang berusaha untuk mempengaruhi Hasan Ali supaya PAS dapat dikahwinkan dengan UMNO! Mungkin Zaini tahu bahawa Hasan Ali tak boleh buat apa-apa, sebab Hasan Ali bukan lagi di dalam hirarki parti yang begitu berpengaruh untuk berbuat demikian.
Namun begitu utusan dilihat mempunyai agenda politik untuk meretakkan jalinan kepimpinan di dalam PAS dengan mengkambing hitamkan Dr. Hasan Ali. Saya tak terfikir utusan sanggup melonjakkan PAS sebagai pencetus kepada perpaduan Melayu, kerana UMNO telah diwajahkan oleh utusan sebagai mendahulukan Melayu berbanding PAS yang mendahulukan Islam. Oleh kerana itu tidak sewajarnya utusan bercakap soal perpaduan PAS dan UMNO, sedangkan sentimen menghina pemimpin PAS yang lain masih malar segar di dalam bentuk pemberitaan yang lainnya.
Macamana hendak mencantumkan PAS dan UMNO, jika utusan masih berwatak batu api sehingga Hasan Ali yang dipujanya kini menjadi mangsa kambing hitam, dan PAS kelihatannya tidak teruja dengan formula yang dibuat oleh utusan.
Saya tidak mahu mengheret emosi meluat dan meloya saya kepada pemberitaan utusan ini. Cuma saya merasakan utusan kini bukan lagi seperti perjuangan Utusan Melayu pada zaman-zaman Melayu dihimpit dengan kolonialisme atau imperialisme sebelum Melayu dimerdekakan. Utusan Malaysia pada hari ini menjelikkan malah kadang-kadang melucahkan kerana ia hanya menjadi utusan kepada Sang Batu Api sehingga Melayu PAS dan Melayu UMNO menjadi mangsa kepada bahang percikan api yang dicetuskan oleh Utusan. Menghina Anwar...memang tak boleh dinafikan sehingga utusan tanpa silu-silu lagi menjadi juara mengaibkan orang lain, walaupun Islam melarangnya.
Jika DAP terkeliru terhadap hukum hudud Islam, akhbar utusan tanpa berlengah lagi membesar-besarkan unggun api supaya menimbulkan kebencian masyarakat Islam terhadapnya, tetapi apablia MCA pula menghina hukum Islam, utusan mendiamkan diri tidak seperti kutukan dewatanya terhadap DAP. Walaupun MCA itu adalah rakan karib UMNO, tetapi tidak adil jika MCA dilayan lebih mulia daripada PAS yang lebih Islam daripada MCA. Nampaknya utusan telah memperlihatkan gayanya yang sebenar saling tak tumpah persis akhbar nyamuk yang lainnya. Kadang-kadang berdesing juga telinga saya apabila ada yang berkata akhbar utusan hanya menjadi barua....penabur fitnah!
Harap-harap Utusan Malaysia tidak menjadi beban kepada UMNO untuk mengembalikan semula majoriti 2/3 dalam PRU13 nanti.

3 comments:
kalau semua orang umno macam rahman, bolehkah UMNO menang besar PRU-13 ?
dalam keadaan pakatan mendapat sokongan ramai dan kempen yang agresif di seluruh negara ketika ini, Pas peduli apa dengan dgn UMNO untuk bersatu ?
umno mungkin ada share dgn utusan, tetapi yang menyokong readership utusan bukan ahli umno sahaja. ahli umno 3 juta tapi sales utusan tak sampai pun 200,000. iklan pun sebahagiannya co. cina yang taja.

pemimpin umno semua peringkat kena bekerja dan tunjukkan komitmen anda untk berkhidmat kepada rakyat. jangan jadikan media kambing hitam dan tuding jari kepada pihak lain. rakyat mahu orang yang boleh buat servis. jangan jadi mcm prof. ramasamy CM2 Penang. bila kena hentam dengan karpal singh - dia kata media salah lapor.
Post a Comment