Nafas terakhir- sepucuk pistol dihalakan ke arah Gaddafi yang berlumuran darahketika dia diletakkan di dalam van ambulan.
Tidak lama kemudian Gaddafi dilihat sudah mati di khalayak ramai.
Foto kiri - Pistol yang ditujukan ke bahu Gaddafi menguatkan lagi kemungkinandia ditembak untuk kali pertama,
kemudian pistol itu dihalakan ke kepalanya (Foto Kanan)
Detik terakhir - Gaddafi dipalingkan supaya menghadap ke tanah,satu tanda yg jelas yang biasa dijalankan untuk mengelakkannya
daripada melihat mata si pembunuh
Gaddafi di dalam van ambulan. Pemandu ambulan berkata Gaddafisudah mati, dan dia tidak cuba memulihkan Gaddafi.
Kelihatan mayat Gaddafi bersebelahan mayat anaknya Mutassim di tempatkan di dalam bilik penyejuk daging
Detik-detik terakhir sebelum Gaddafi mati ditembak menjadi lebih jelas apabila muncul beberapa imej di saat pistol diacukan ke kepalanya. Beberapa saat selepas itu suara Gaddafi tidak lagi kedengaran. Adegan seterusnya menunjukkan badannya sudah tidak bermaya dan terkulai di atas tanah. Matanya ditutup dan dia tidak lagi bernafas.
Laporan tengah malam semalam memaklumkan bahawa Majlis Peralihan Negara akan menyerahkan mayat bekas pemimpin Libya itu kepada ahli-ahli keluarganya. Rakaman dramatik yang terbaru ini menjawab beberapa misteri bagaimana punca kematian Gaddafi ketika balunya memohon siasatan dijalankan untuk mengetahui bagaimana suaminya meninggal dunia.
Imej-imej yang muncul ini menolak dakwaan kerajaan baru Libya kononnya bekas pemimpin itu telah dibunuh tembakan curi semasa di dalam perjalanan ke hospital. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pelaksanaan hukuman bunuh yang penuh kegilaan ini semasa Gaddafi dikelilingi oleh pemberontak yang bersorak. Pemandu ambulans, Ali Jaghdoun, berkata Gaddafi telah mati ketika dia melihatnya dan kemudian keluar dari bandar Misrata. 'Saya tidak cuba untuk merawatnya kerana dia sudah meninggal'.
Pemangku Perdana Menteri Mahmoud Jibril berkata hari ini bahawa siasatan ke atas siapa yang menembak Gaddafi akan diteruskan.
Dia telah memberikan pandangannya sendiri peristiwa-peristiwa yang mungkin membawa kepada kematian bekas pemimpin Libya itu.
Beliau berkata: 'Ia seolah-olah ada pertempuran di antara pasukan keselamatan Qatar Gaddafi dan pejuang kebebasan. Dia bersembunyi di sejenis saluran kumbahan. Salah seorang daripada tentera upahan dari Mauritanian telah menemuinya (Gaddafi dan memaklumkan) kepada pejuang-pejuang kebebasan yang Gaddafi bersembunyi di dalam saluran tersebut,'.
'Jadi mereka pergi ke sana membawanya keluar dan menaiki trak itu untuk membawanya ke hospital.
'Di dalam perjalanan mereka, mereka terperangkap di dalam tembak-menembak di antara pejuang-pejuang kebebasan dan pasukan keselamatan. Dia ditembak di kepala. Kami tidak tahu sama ada beliau telah ditembak oleh pejuang-pejuang kebebasan atau pasukan keselamatan.'
Tubuhnya kini disimpan di dalam bilik penyejuk daging bersebelahan Mutassim, anaknya yang turut mati. Luka peluru boleh dilihat dada dan bahagian atas lengan kirinya. Seorang saksi yang melihat dari dekat dapat melihat saki-baki serbuk letupan di sekeliling luka yang sering selaras dengan keadaar ia ditembak pada jarak dekat. Pelawat diberikan topeng untuk dipakai kerana bau busuk.
Seorang tokoh kanan di kalangan pejuang-pejuang di Misrata berkata mereka dia malu dan kesal dengan cara seorang lelaki memaklumkan berita kematian Gaddafi kepada anak perempuannya, Aishah, yang menghubungi Gaddafi sejurus selepas dia ditembak.




No comments:
Post a Comment