BAWA BERTENANG....PALANIVEL DIJANJIKAN JAWATAN TIMBALAN MENTERI?
G. Palanivel (Foto) hampa. Beliau tidak dipersetujui oleh pucuk pimpinan BN menjadi calon dalam pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor walaupun MIC telah menamakan dirinya sebagai calon tunggal. Namun begitu Timbalan Presiden MIC itu telah dijanjikan jawatan senator sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri.
G. Palanivel (Foto) hampa. Beliau tidak dipersetujui oleh pucuk pimpinan BN menjadi calon dalam pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor walaupun MIC telah menamakan dirinya sebagai calon tunggal. Namun begitu Timbalan Presiden MIC itu telah dijanjikan jawatan senator sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri.Ini bermakna walaupun P. Kamalanathan calon yang direstui oleh pucuk pimpinan BN itu menang dalam pilihan raya kecil ini nanti, Ketua Penerangan MIC itu hanya menjadi Ahli Parlimen biasa sahaja.
Tidak pasti lagi, apa akan terjadi pula jika P. Kamalanathan 'calon kompromi MIC' itu tewas...apakah janji manis terhadap Palanivel itu tetap dikotakan? Jika janji itu juga tidak dilunaskan oleh pucuk pimpinan BN, saya pasti G. Palanivel dan sebahagian besar penyokongnya di Hulu Selangor akan mempersoalkannya kepada pemimpin kesayangan mereka S. Samy Vellu.
Samy Vellu sebelum ini begitu marah apabila mendapat tahu ada calon pintu belakang yang secara senyap telah melobi UMNO supaya dirinya dicalonkan sebagai alternatif jika Palanivel tidak di hati UMNO.
V. Mugilan Timbalan Ketua Pemuda MIC juga seorang anak tempatan Hulu Selangor yang dimaksudkan itu telah disenarai hitamkan oleh partinya jika beliau dicalonkan oleh BN bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Demikianlah episod tegang yang telah dipamerkan oleh MIC untuk menegakkan kesetiaan mereka kepada keputusan yang dicapai supaya Palanivel menjadi calon di Hulu Selangor.
Semua episod itu menjadikan Palanivel semakin keliru dan pengharapannya supaya Samy Vellu terus mempertahankan keputusan ini telah tercabul setelah Samy akhirnya merestui pula calon lain iaitu Kamalanathan. Presiden MIC itu terpaksa kompromi dengan kehendak pucuk pimpinan BN walaupun menghampakan Timbalan yang cukup setia dengannya.
Kita tidak dapat menjangkakan apa akan terjadi jika calon baru MIC ini kalah. Jika PM tetap mengotakan janjinya untuk melantik Timbalan Presiden MIC yang tidak disenangi oleh penyokong BN di Hulu Selangor sebagai Timbalan Menteri, maka senario ini akan menjadi lebih janggal kerana Setiausaha Agong MIC iaitu Datuk Seri S. Subramaniam kelihatan lebih kanan daripada G. Palanivel yang hanya menjadi Timbalan Menteri di dalam kabinet Najib, sedangkan Subramaniam kini berjawatan Menteri Sumber Manusia.
Senang hatikah Samy Vellu dengan senario ini nanti? Tentunya Palanivel akan sekali lagi memerhatikan sejauh manakah kejujuran bosnya dalam mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh parti.


No comments:
Post a Comment