Berikut ini adalah senarai nama dan wajah-wajah 70 Ahli Parlimen UMNO/BN yang tidak hadir semasa sesi pengundian belah bahagi terhadap bajet sulung Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak (bajet 2010) 14 Disember lalu. Kerajaan BN dikatakan hampir tersungkur dengan bilangan kehadiran Ahli Parlimennya yang tidak mencukupi pada hari tersebut.Kehadiran ahli parlimen BN yang hanya 48% jika dibandingkan 78% dari kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat begitu mencemaskan. Kelebihan 3 undi yang diperolehi oleh BN (66 - 63) dilihat telah memalukan Perdana Menteri sendiri, lantas memaksa Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan kecewanya tempoh hari.
Kemungkinan berbagai alasan yang akan diberikan, antaranya mungkin sebahagian daripada mereka itu berada di luar negara, mungkin juga terlibat dengan urusan-urusan resmi dan tidak kurang juga masih berada di kawasan masing-masing, termasuklah beberapa orang yang belum pulang daripada mengerjakan haji.
Sebenarnya di pihak Pakatan Rakyat juga mereka kecewa kerana gagal menggunakan kesempatan ini untuk meraih kejayaan menyekat bajet 2010 daripada diluluskan. Kehadiran Perdana Menteri sehingga memaksa dirinya meninggalkan majlis di Sekolah Chung Hua di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada malam itu juga dilihat betapa cemasnya beliau terhadap strategi Pakatan Rakyat yang berusaha untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Najib yang baru berusia 8 bulan itu.
Apakah bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang tidak hadir itu? Sama-samalah kita saksikan nanti.
MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yakop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong - Hishammuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim
Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Chik, Tampin – Shaziman Mansor
Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman
TIMBALAN MENTERI
Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam. Highland - Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin
Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon
AHLI PARLIMEN
Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri
Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang - Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan
K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin
Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong
Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli
Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan
Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot,Sibuti – Ahmad Lai Bujang, Setiawangsa - Zulhasnan Rafique
Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing


No comments:
Post a Comment