ZAHID MENJANGKAKAN BN MENANG, TAPI PAS YANG HAMPIR MENANG BESAR?
ManakalaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin juga turut optimis bahawa BN kali ini yang mempertaruhkan Rohaizat yang dikatakan banyak masalahnya bakal memenangi pilihan raya kecil di Permatang Pasir. Boleh dikatakan UMNO/BN begitu yakin memenangi kerusi ini setelah melihat perkembangan mutakhir yang melibatkan ADUN Lunas daripada PKR yang telah melompat menjadi anggota Bebas dua hari lalu.
Namun begitu tinjauan lewat petang ini menyaksikan betapa sukarnya UMNO/BN untuk menjangkakan kemenangan yang diimpikan itu. PAS diramalkan akan memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar, tidak jauh daripada keputusan pada pilihan raya umum tahun lepas.
Menurut sumber PAS, calonnya Mohd Salleh Man mendapat 9712 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5050 undi.
Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.



2 comments:
salam semua;
semua pusat mengundi telah ditutup pada jam 5 petang tadi. Harapan kita semuga pengundi di N11 ini telah diberi taufik dan hidayah oleh Allah supaya memilih calun yang benar-benar bertanggungjawab dan beriman iaitu tidak lain dan tidak bukan Ust Salleh Man. Pastikan kita menang walaupun dengan majoriti 1 undi.
bila kemenangan tu diberikan kepada yang memenangkan rakyat.
Post a Comment