CHUA SOI LEK DIPECAT......MCA DALAM TRAUMA!
Bencana politik kian melanda Barisan Nasional......Setelah UMNO mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil di DUN Permatang Pasir yang merunsingkan Datuk Sri Najib, kini MCA pula buat hal yang semakin mengusutkan dengan terpecatnya Datuk Seri Chua Soi Lek dari jawatan Timbalan Presiden MCA.Chua Soi Lek dipecat dari jawatannya itu selepas diadakan mesyuarat tergempar Majlis Presiden MCA yang diadakan malam semalam yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden parti itu Datuk Seri Ong Tee Kiat.
Ong Tee Kiat yang merasa terancam dengan kekuatan Chua Soi Lek selama ini memaklumkan perkara ini selepas berakhirnya mesyuarat tersebut yang diadakan berjam-jam lamanya setelah meminta Chua Soi Lek keluar dari mesyuarat itu untuk membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti itu terhadap perlakuan sumbang seks yang pernah dilakukan oleh Soi Lek dua tahun yang lalu.
Jawatankuasa disiplin parti itu mungkin berpendapat Soi Lek bukan sahaja telah mencalarkan imejnya malah telah memalukan MCA secara keseluruhannya. Presiden MCA Ong Tee Kiat pula dalam sehari dua ini terpaksa berhadapan dengan desakan daripada beberapa Bahagian-Bahagian dari negeri Perak yang menggesa supaya Ong Tee Kiat digantung jawatanya, ekoran dari penglibatan dirinya di dalam skandal PKFZ yang membabitkan dakwaan pemberian RM10 juta untuk dirinya.
Sebelum ini MCA telah digemparkan dengan terkeluarnya Datuk Chua Jui Meng dari MCA yang telah menyertai PKR. Datuk Chua Jui Meng merupakan mantan Menteri Kesihatan yang pernah bertading jawatan Presiden MCA sebelum ini.
Apakah episod selanjutnya? Kini kedua-dua mantan Menteri Kesihatan itu telah membawa wabak bukan sahaja kepada MCA malah virusnya bakal mengancam kestabilan Barisan Nasional. Bukan MCA sahaja, MIC juga sedang bergolak. Samy Velu dengan Subra bercakaran lagi. Mengapakah insiden seperti ini berlaku di saat-saat BN memerlukan kekuatan untuk menggempur Pakatan Rakyat? Petanda apakah ini?


5 comments:
salam: Bro Rahman
Ini adalah pertanda BN akan hancur dan lebur......
shamsul KL
oksigeniksigen.
PPP pula dengan masalah Kayvies-Murugiah, SAPP di Sabah pun masalah juga. Jadi terbuktilah BN sebenarnya yang bergolak, rapuh dan bakal pupus, cuma tak digemparkan di media massa saja, sepertimana PR.
aku da muak dengan senario politik malaysia ni..masing masing tmak..xde persefahaman..ape yang dorg perjuangkan sbnrnye?? UMNO,PAS sume ni..tmbh lagi ngn cap mata dan cap roket..lagi cam xde halatuju..aku pelik..mana pergi matlamat dorg..yang aku nampak..matlamat utk diri sendiri..
Matalamatnya semua duit berjuta dan kuasa untuk balas dendam tak kira negara dan bangsa porak peranda
Post a Comment