SEPATUTNYA UMNO MENJANTANKAN PARTINYA...

Dua Pemimpin UMNO miliki kejantanannya?
Kenapa kita harus mempersoalkan kejayaan orang lain, sedangkan kita sendiri seolah-olah merasakan boleh menang jika kita menyertai pertandingan itu. Demikianlah yang telah terjadi kepada UMNO yang merasakan kejayaan PKR di DUN Penanti itu bertanding sebagai sesuatu yang mencemburukannya.
Dato' Sri Najib Tun Razak sendiri ketika mengulas kejayaan PKR beranggapan parti itu tidak perlu terlalu ghairah dengan keputusan tersebut kerana katanya peratusan yang keluar mengundi di dalam pilihan raya kecil DUN Penanti membuktikan bahawa rakyat di situ tidak bersetuju dengan cara PKR mengosongkan kerusi tersebut.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalannya pula menyifatkan keputusan yang diambil oleh UMNO untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya kecil DUN Penanti sebagai sesuatu yang telah diterima oleh rakyat di kawasan tersebut. Oleh itu tambahnya, PKR janganlah terlalu bergembira dengan keputusan yang telah diperolehi itu.
Di dalam pilihan raya kecil DUN Penanti yang tidak disertai oleh UMNO kelmarin (31 Mei) menyaksikan UMNO sendiri tidak begitu gembira dan memandang sinis dengan kejayaan yang dicapai oleh PKR yang telah menundukkan tiga calon bebas yang lainnya. Kemungkinan timbulnya rasa kesal mereka di atas pemulauan UMNO/BN di dalam pilihan raya itu.
Dalam arti kata lain persepsi di sebalik kenyataan itu juga memberi makna bahawa PKR sudah menghadapi kemerosotan pengaruh, kerana mereka dikatakan gagal memperolehi sokongan undi yang lebih besar jika dibandingkan dengan sokongan yang diterima dalam PRU12 lalu.
Pada saya, analisa sinis yang digembar gemburkan oleh parti yang hanya berani membuat komen setelah rumah berjaya disiapkan, merupakan satu tindakan yang kurang bijaksana, kerana sepatutnya UMNO lebih relevan memperjantankan partinya memasuki gelanggang daripada berkokok di luar.
Tidak ada maknanya jika kita hanya bijaklaksana dengan komentar terhadap kejayaan yang telah dibuktikan oleh majoriti pengundi di situ. Kita bagaikan syok sendiri dengan tindakan memulaukan pilihan raya itu. Apa pun ulasan dan hujah yang hendak kita lontarkan terhadap kemenangan itu, bagaikan anjing menyalak bukit sahaja. Yang menang tetap dengan kemenangannya walaupun menang dengan satu undi. Lebih baik kita tidak membuat sebarang ulasan kerana kita sejak awal lagi enggan masuk gelanggang pertarungan ini.
Kegagalan UMNO menampilkan diri tidak mewajarkan kita untuk mencemburui dengan kejayaan yang telah mereka kecapi. Walaupun kita mengandaikan parti itu sudah kehilangan pengaruhnya, namun kegagalan kita menyertai pertandingan berlawan dengan mereka adalah lebih memalukan. Komen yang kita lontarkan terhadap mereka saling tak tumpah bagaikan keris yang tidak ada saktinya lagi.
Kesaktian UMNO selama ini adalah berpaksikan kepada kepercayaan rakyat yang meyakini kehebatan dan ketangkasan pejuangnya yang berpantang undur sebelum mati. UMNO jika hendak memacu era kecemerlangannya semula, haruslah memacunya dengan penuh keinsafan, keyakinan diri, keberanian untuk berjuang serta memilki azimat kesaktiannya yang dimenterakan oleh rakyat akar umbi.
Walaupun saya di antara ahli UMNO yang kecewa dengan kejayaan yang dicapai oleh PKR di DUN Penanti, namun saya lebih kecewa kerana parti saya tidak seperkasa dulu yang berani kerana benar dan takut kerana salah.


2 comments:
Hello Sdra Rahman. Hang ni tulis mcm ada apa apa je.UMNO/BN tidak bertanding kerana ada sebab tertentu.Ini politik, seperti main catur.Selangkah kebelakang bukan bererti takut tapi susun strateji
pemaincatur... Anda betul. Si rahman ni masa sblm penamaan calon xnk pulak gi jmpe pm ckp dia nk btanding atas tiket UMNO/BN. Sbgi kjaan kita patut komen la apa jua yg tjadi dlm msia ni. Mmg la kita kena komen yg blh mjatuhkan parti pembangkang bukan mcm kau yg memperjuangkan parti pembangkang...
Post a Comment