assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, April 20, 2009

KERAJAAN YANG BERJIWA RAKYAT KENAPA TAKUT BERHADAPAN DENGAN RAKYAT?

Seingat saya, UMNO/BN atau sebelum ini PERIKATAN belum pernah mencacatkan sejarah politiknya dengan menyerah kalah atau 'defeasit' kepada pembangkang sebelum bertempur! Kenyataan Perdana Menteri 'Satu Malaysia' yang memandang serong kepada perletakan jawatan ADUN Penanti yang menyebabkan pilihan raya kecil terpaksa diadakan di kawasan berkenaan, samalah juga pengertiannya bahawa UMNO/BN takut berhadapan dengan realiti politik ini, sehingga Tun Dr. Mahathir sendiri tersentak dengan pendirian yang dibuat oleh Dato' Sri Najib itu.

Mantan Perdana Menteri yang masuk semula UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah, sebaliknya perlu meletakkan calon bertanding jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang diadakan.

“Saya fikir kalau kawasan itu kawasan UMNO, kita tentu bertanding, pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, maka kita tak nak bertanding.

“Jadi kalau kita nak tunggu kawasan UMNO, nanti tidak ada kawasan UMNO, kita tak bertandinglah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda UMNO Raub yang diadakan di Raub kelmarin (Ahad).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.

Amat jelas sekali tindakan atau pandangan yang dilemparkan oleh Perdana Menteri itu telah menimbulkan pelbagai reaksi yang menggambarkan seolah-olah UMNO tidak yakin lagi dengan sokongan rakyat akar umbi.

Kenapa harus kita mengandaikan dengan mempersoalkan kekosongan kerusi DUN Penanti itu sebagai satu permainan politik parti pembangkang yang telah dapat dikesan, sedangkan perlembagaan jelas menyatakan sekiranya berlaku kekosongan atas apa jua sebab sekali pun hendaklah suatu pilihan raya kecil diadakan di kawasan yang berkenaan.

Jadi, mengapa Najib perlu berkata bahawa pilihan raya kecil itu bukannya sebab peruntukan perlembagaan, kononnya kalau disebabkan perlembagaan baru kita menghormatinya. Apakah kenyataan itu akan mendorong pula tindakan SPR untuk mempersoalkan sekali lagi niat sebenar ADUN bekenaan yang telah meletakkan jawatannya, maka tidak perlu diadakan pilihan raya kecil di kawasan itu?

Jika SPR terheret sekali lagi dengan 'sindrom ketakutan' ini, maka rakyat semakin tidak yakin lagi dengan kewibawaan kerajaan yang didakwa sebagai 'kerajaan berhelah' yang telah menyimpang dari hasrat slogan ciptaan Perdana Menteri yang baru ini - 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Saya merasakan kebimbangan yang amat sangat apabila kenyataan Perdana Menteri itu akan dilihat sebagai pengecut sedangkan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi tidak diajar sebagai pengecut! Tidak ada sebabnya UMNO/BN harus memberikan kemenangan percuma kepada PKR, semata-mata kita dilihat tidak mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi DUN Penanti.

Apakah UMNO patut terdorong dengan kenyataan yang memalukan ini sehingga menyerlahkan lagi ketakutan kita untuk berhadapan dengan rakyat? Kalau kita berani mengungkapkan slogan 'RAKYAT PATUT DIDAHULUKAN' maka inilah gelanggang yang terbaik untuk kita membuktikan betapa UMNO dan juga kerajaan persekutuan yang sedang dipimpin ini benar-benar berhati rakyat.

Apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat hendaklah dihormati. Rakyat tidak boleh dianggap terlalu dungu sehingga boleh terbuai dengan mainan slogan yang menggunakan sentimen rakyat, seolah-olah rakyat Malaysia bukan dianggap sebagai 'rakyat' jika tidak menyokong UMNO/BN. Sentimen dan prasangka buruk ini hendaklah dijauhi oleh kumpulan arkitek yang mencanangkan slogan "SATU MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Kita mungkin boleh menghormati dengan kenyataan Najib menyatakan bahawa dirinya merupakan Perdana Menteri kepada semua rakyat di negara ini. Tetapi kita juga harus menasihatinya supaya tidak meminggirkan mana-mana rakyat yang tidak bersetuju dengan UMNO/BN.

Jika PM bersikap menyebelahi rakyat yang berpihak kepada partinya sahaja, maka matlamat 'SATU MALAYSIA' tidak mungkin tercapai, sebaliknya hanya satu slogan yang retorik sahaja. Dato' Sri Najib juga akan dilihat sebagai Perdana Menteri kepada orang-orang UMNO yang berjumlah 3 juta orang sahaja.

Oleh yang demikian sindrom benci kepada rakyat yang tidak memihak kepada UMNO/BN akhirnya akan membuatkan Perdana Menteri tidak disukai lagi oleh rakyat. Rakyat yang hendak didahulukan adalah rakyat Malaysia keseluruhannya, bukannya rakyat terpilih sahaja. Rakyat yang menjadi ahli dan menyokong mana-mana parti seperti PKR, PAS, DAP, UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PRS, PBS, SUPP, PBB kesemuanya mengiktiraf Dato' Sri Najib adalah Perdana Menteri mereka, cuma Dato' Sri Najib sahaja yang perlu mencari jalan untuk merakyatkan kepimpinannya.

Ingatlah, kalau BN menarik diri juga akhirnya yang menang ialah PKR, dan yang kalah ialah rakyat yang sedang menyokong UMNO/BN. Sikap menyerah kalah akan menyebabkan lebih ramai pengundi hilang keyakinan kepada Barisan Nasional.

16 comments:

kayumanis said...

Kena lawanlah. Takkan PM nak buat rekod awal pentadbiran dengan menyerah kalah. Kalah bertanding dengan serah kalah berbeza tu...

Anonymous said...

Salam,

Nik Aziz lwn Hadi Awang pada pemilihan Parti Pas Jun / 2009 .

Pemilihan kali ini Pkr / Dap sokong Nik Aziz .
Sapa nak sokong Presiden Pas Hj. Hadi Awang .

Nik Aziz sokong bacaan quran Kok Ming penceramah Dap yang berugama kristian dalam ceramah politik.
Hadi Awang mempertikai imej Pas yang diperkuda kan oleh penceramah DAP itu .
Pkr Anuar Ibrahim berpihak pada Nik Aziz dalam isu ini .

Dari sudut prinsip kewarasan masih ada pada Hadi yang berkelulusan U-Msir .

PR boleh semua dalam meraih populariti rakyat membimbangkan Hj.Hadi .

Kerana itu hj. dicabar pada pemilihan ini .

Sokong calon Hadi pada PRK Dun Penanti dari Parti PAS atau BEBAS .

Anonymous said...

jauh sangat menyempang Anonymous 1.29pm yang menberi komen di atas,baru bangun tidur ke?

Umno kena bertanding....Najib acah-acah aje...nak test market dulu...



zam Kl

Anonymous said...

locengwangsa...mike tak balik ke ke lambor. Mike kena jadi pemimpin dilambor.Dulu anak yeob majlis jadi pemimpin Perak. Cucunya kene tes le. Tpi mike kena jadi ahli PAS le. Barule teman mangkah.

Anonymous said...

MEMANG ELOK PUN SDR RAHMAN MASUK PAS DAN JADI PEMIMPIN DILAMBOR..ARTIKELNYA PUN DAH MIRIP PEMBANGKANG.

nyiur ngiur said...

masuk PAS sekadar nak bertanding????.. ghentikan lah....tapi tak tau la pulak...org bukan nya kira kan...yg ditgk hanya lambang aje...ye dak.....kalau batang pisang jadi calon PAS pun boleh menang rasanya...

ngamput uwak.. said...

Ate....nak balik Lambor....teman ni pun dah lame bebeno tak cakap peghak...moh la kite ke sane....mane peginye geng2 kome dulu.... cai baginda, cai sebah, mat amin, Ji mat jam (org kuat pas ni..), kidai (harun), po, anak layak,usop,cei ank isa, han pie, semua anak yeop majlis....han, hin, hun, min, mai, ayai, ayin, lili....ngamput uwak kome... senyap je kome yek....

Anonymous said...

Lagi pertikaian yg cuba digembar-gemburkan oleh Sdr Rahman.

Adakah keputusan rasmi telah dibuat oleh DSN utk tidak bertanding di DUN Penanti? Kita sepatutnya biarkan saja strategi dan game plan yg cuba diatur oleh beliau.

We are not in the position utk pertikai apa jua keputusan yg dibuat oleh PM kita, mungkin ada seribu satu hikmah tertentu. Jadi rentikanlah membuat andaian & pertikaian yg boleh meruntuhkan sendiri parti UMNO ini.

Banyak lagi pertikaian menarik yg ditimbulkan oleh pembangkang, lebih baik pergi korek dan dedahkan aktiviti2 buruk pembangkang.

aqil ppum

Anonymous said...

kan aqil kan.... inilah dia namanya percaturan......kalah menang masing2 dah tertadah.... yg penting strategy.... tunggu......

khalqisli.blogspot.com said...

Salam....oppps.;...boleh tau saper yg nama ngmput wak tu....bg tau la nama....aku lili anak yeop majlis...masih ada dan tegar disini...aku dok ipoh ... blog aku...
http://www.khal-qisli.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Tn. Abd. Rahman,

Nampaknya blog ini sudah 6 hari tidak di update...Kita rehat jap, jom lawati blogspot ini: www.jutawankoperasi.blogspot.com
kita sama2 tambah pendapatan skit...

Anonymous said...

En Rahman........ dah tak ada cerita baru pasal setiawangsa ke? Takkan dah tak jadi menteri dah tak boleh cerita kot????? mesyuarat AJK yang baru pada 25-04-09 apa cerita? Wanita tak ada apa cerita pun, senyap je..............

Anonymous said...

Salam ,

Semoga bro. Rahman sihat dan bahgia bersama keluarga,

Ada mana ? Luar ke dalam negara ,samapai takdan dengan Loceng wangsa .

Dah ada Loceng Lain Ke . Kalau ada Bagi tau la kawan-kawan .

Takeshi said...

halluuuuuuu...

Bro rahman ni sebenarnya sokong sape...kerajaan ke atau pembangkang...pening la

Anonymous said...

Ingat ye....di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah UMNO dan BN merupakan PEMBANGKANG, sedangkan PAKATAN RAKYAT di negeri2 itu adalah KERAJAAN. Harus ada saling hormati menghormati.

Anonymous said...

DS Najib nak buat silap mata.Kalau inilah pemimpin UMNO sekarang ...tak payahlah logo ada keris tukar jadi pensil ker ,matahari ker ?...jangan kata nak jadi hero pada rakyat ...nak lawan pun belum tentu ...pikir le