assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, April 5, 2009

Dr. Mahathir keluar masuk UMNO, 6000 ahli PPP Kedah masuk PKR...

Gempar.....dua peristiwa berlaku serentak semalam (4 April). Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Presiden UMNO selama 22 tahun yang bertindak keluar parti kerana marahkan Pak Lah kini masuk semula UMNO, setelah Pak Lah tidak lagi memimpin parti itu.

Beliau dan isterinya telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato' Sri Najib Presiden UMNO yang baru saja menggantikan Pak Lah di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir pada 28 Mac lepas.

Manakala pada hari yang sama juga telah berlaku kejutan di Bukit Selambau dimana 6000 ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) di negeri Kedah yang diketuai Naib Presiden parti itu, V. Nagarajan telah bertindak keluar daripada parti itu yang disifatkan telah memalukan Barisan Nasional yang baru saja dipimpin oleh Dato' Sri Najib Tun Razak.

V. Nagarajan telah menyerahkan borang kemasukannya di dalam PKR kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim beserta dengan 300 borang keahlian PKR yang lainnya (Peringkat Pertama), manakala selebihnya akan dibuat selepas pilihan raya kecil ini. Penyertaan 6000 ahli PPP itu meliputi 8 Bahagian daripada 62 buah cawangan dalam negeri Kedah yang turut dibubarkan serentak. Lapan Bahagian PPP itu ialah dari Bahagian Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Turut mengumumkan penyertaan ke dalam PKR ialah Ketua UMNO Cawangan Kg. Jerai, Marzuki Md. Akib yang disertai 51 ahli UMNO Cawangan berkenaan. Mereka telah menyerahkan borang keahlian PKR sempena majlis ceramah Anwar pada malam kelmarin.

Dato' Seri Anwar Ibrahim (Lihat foto di sebelah) dalam satu ceramahnya yang memukau malam tadi di Dewan Hock Seng Sg. Lalang di Bukit Selambau juga menyatakan bahawa satu pengumuman penting akan dibuat olehnya selepas 7 April ini yang membabitkan perkembangan politik semasa. Kira-kira 10,000 orang yang menghadiri ceramahnya itu ternanti-nantikan pengumuman penting itu yang dikatakan akan dibuat oleh Anwar sempena majlis ceramah tersebut.

Namun begitu Anwar berkata setelah berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lainnya, beliau hanya akan membuat pengumuman itu selepas selesai pilihan raya kecil di tiga buah kawasan pada 7 April nanti.

Dalam satu perkembangan yang lainnya, difahamkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan bergerak ke Bukit Gantang dan ke Bukit Selambau untuk membantu calon-calon BN di sana sebaik saja menyedari bahawa dirinya telah banyak membawa kerosakan kepada parti sejak Pak Lah memimpin UMNO. Biarlah Dr. M membetulkan semuanya ini!

Apakah kehadirannya kali ini di dalam misi memenangi hati rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk menyokong BN mampu mengubah kebencian akar umbi terhadap UMNO/BN setelah bertubi-tubi beliau mencerca pemimpin parti itu yang dikatakannya digenangi dengan perasuah? Parti inilah yang pernah diramalkannya akan musnah di dalam PRU13 nanti.

Tun Dr. Mahathir dulunya sering mengingatkan ahli-ahli UMNO tentang kesetiaan, kesepaduan dan peri pentingnya nilai pengorbanan terhadap perjuangan UMNO, tetapi beliau jugalah yang mempamerkan ketidaksetiaan, mengkritik sehingga memalukan seluruh tubuh badan UMNO sehingga UMNO hampir direbahkan.

Apakah bentuk teladan yang dapat dimegahkan dari seorang pemimpin UMNO seperti Dr. Mahathir ini yang lidahnya penuh berbisa lagi bercabang? Kalau dia boleh mengkritik dan mencaci pemimpin parti, apalah salahnya jika kita pula menegur dia? Justify FullDr. Mahathir bukanlah malaikat, tetapi kejayaan beliau selama ini bukan bermakna dia tidak boleh ditegur lagi.

Apakah beliau saja yang boleh menegur pemimpin, sedangkan beliau juga pernah menjadi peneraju yang tidak kurang juga dengan serba serbi kelemahannya. Lagi pun tidak semua kritikan pedasnya betul belaka...oleh itu waspadalah Najib supaya lebih berhati-hati dengan orang seperti ini. Langit tidak selalunya cerah!



9 comments:

Anonymous said...

Bro..Rahman.

Saya setuju dengan pandangan Tuan tentang Tun M,saya bimbang najib akan jadi puppet atau boneka Tun M untuk membantu anaknya yang dalam kesusahan dalam perniagaan kalau tak yakin dengan apa yang saya nyatakan...sabarlah sedikit masa lagi kita pasti akan lihat najib rimas dengan TUN M...

PEMUDA LEPAS MERDEKA said...

Manusia tidak lepas dari membuat kesilapan, tetapi adakah kerana sedikit kesilapan kita terlupa segala jasa yang telah Tun berikan kepada Malaysia ? Sebagai orang lama dalam UMNO, saya amat yakin Tun mempunyai sebab tersendiri untuk keluar dari UMNO dan kerosakan parti UMNO itu sendiri bukan disebabkan oleh Tun tetapi saya rasa kerosakan itu disebabkan masalah dalaman parti itu sendiri.

Sebab Tun UMNO rosak... ini bermakna pengaruh Tun masih kuat dalam UMNO, sebagai contoh kita lihat anak beliau YB Mukhriz yang mana semasa PRU 12 dulu, ada sesetengah pihak yang mahukan beliau kalah lantas dari bertanding di Langkawi terus ditukarkan bertanding di Parlimen Jerlun iaitu kubu kuat PAS. agak menghairankan, seorang kawan saya yang juga bertugas sebagai petugas PAS di Jerlun menyatakan bahawa sesetengan petugas PAS membantu Mukhris dengan menyatakan kepada penduduk setempat melalui kempen rumah kerumah ( meminta undi Parlimen diberikan kpd Mukhris & Adun undi Pas )

Bagi saya,isu keluar parti Tun tidaklah seteruk sesetengah kepimpinan tertinggi UMNO sekarang yang pernah keluar parti dan masuk parti lain seperti Semangat 46.

Semua ini adalah bersifat peribadi, seperti Tun yang keluar UMNO, lagipun ianya hak beliau untuk keluar atau masuk...

Jangan lupa, barisan jemaah menteri yang ada sekarang boleh dikatakan ramai anak didik Tun, bukan itu sahaja, malah ramai Ahli UMNO diluar masih melihat Tun sebagai satu IKON...

UMNO harus menerima kenyataan disebabkan Tun keluar UMNO, ramai yang turut serta meninggalkan UMNO, UMNO hari ini rosak adalah disebabkan SIFAT DAN AKHLAK sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri, Biasalah.... UMNO bila ada masalah selalu menuding jari kepada orang lain dan tak pernah nak post mortem diri sendiri.

Saya rindu era semasa kepimpinan Tun, yang mana walaupun sesetengah pihak melihat beliau sebagai Diktator, tetapi Melayu tidak diperlekehkan oleh bangsa lain semasa beliau memerintah....


HIDUP TUN !!!
HIDUP TUN !!!
HIDUP TUN !!!

Anonymous said...

Saya setuju pandangan PEMUDA LEPAS MERDEKA. Saya rasay hujah Sdr Rahman tidak memikir yang tersirat hanya tersurat.

PEMUDA LEPAS MERDEKA said...

Perkara pertama yang harus dibuat oleh Pemimpin UMNO adalah menukarkan senikata lagu UMNO pada rangkap yang saya rasa amat tak sesuai kerana perjuangan yang paling utama adalah perjuangan untuk AGAMA dan ianya melebihi dari segala2nya.....

Rangkap lagu UMNO sekarang :

" Berjasa pada Bangsa, Agama dan Negara "


Sepatutnya :

" Berjasa pada Agama, Bangsa dan Negara "

Macamana Agama boleh dah jadi perjuangan No. 2 dalam UMNO...?

Betul tak Sdr Rahman ...?

Anonymous said...

salam .

Pada ketika ini sesiapa yang ingin membantu Parti UMNO samaada besar atau kecil lebih baik dari mereka yang menhina , menimbulkan prasangka jahat atau berniat merosakan kerana sesuatu kepentingan .

Salam .

Anonymous said...

Khas untuk Ahli Umno/Bn saja.

Kita sama-samalah ke pekan Danok thailand...jika ismail safian menang nanti....jomlah..

Anonymous said...

Sealu yang pergi danok orang pkr saja..menang atau tidak itulah tempat warga pkr nak puaskan nafsu.. orang Melayu UMNO tak akan kesana tetapi pkr lain sedikit SPESISnya..jangan mengata orang kalau sendiri yang kesana..makin hari makin KURANG AJAR PAS/PKR/DAP.

Anonymous said...

Setuju, PAS/DAP/PKR semakin kurang ajar.

Anonymous said...

Salam .

Selamat mengundi di 3 B .

a) Bukit Selambau
b) Bukit Gantang
3) Batang Air

Nampak mude benci tapi rindu pada PRK DI 3B .

SALAM .