assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, February 8, 2009

Perak ada dua MB. Angkara siapa?

Kemelut mutakhir politik di negeri Perak menyaksikan rakyat negeri itu kini mempunyai dua orang Menteri Besar, tapi kedua-duanya Melayu walaupun berlainan aliran parti yang dianutinya. Seorang daripada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, manakala seorang lagi Mamak Bendahara yang baru mengangkat sumpah ialah daripada UMNO yang mewakili Barisan Nasional.

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang ke-10 yang dilihat oleh UMNO hanya layak mengetuai kerajaan negeri ini untuk 10 tahun sahaja, setelah rakyat negeri itu menolak UMNO dan BN di dalam PRU12 8 Mac 2008 lalu.

Dato’ Dr. Zambri Abd. Kadir, ADUN Pangkor pula setelah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak pada 6 Februari lepas merupakan Menteri Besar Perak yang ke-11, yang menyaksikan reaksi ribuan rakyat negeri itu telah berhimpun di luar Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, bukannya untuk meraikan perlantikan tersebut, tetapi untuk menyatakan protes, marah dan sekaligus untuk menzahirkan kekecewaan mereka terhadap Paduka Seri Sultan Perak yang menitahkan Menteri Besar ke-10 itu meletakkan jawatannya serta merta.

Nizar terhina kerana pejabatnya telah dikepung oleh Polis, dan beliau telah dihalau keluar oleh SUK yang kelihatan berlagak lebih berkuasa daripada Menteri Besar. Keceluparannya juga menjadi faktor betapa rakyat akan bertindak menghukum kerajaan baru yang rapuh ini. Tapi dengar cerita Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang 'senama' dengan saya (Abdul Rahman Hashim) telah menelofon Nizar memohon maaf di atas kata-kata yang kasar yang telah terlempar kepada MB Perak itu tempoh hari.

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak ketika mengulas kejadian rusuhan yang berlaku di luar Istana Iskandariah menganggap ianya bukan budaya rakyat negeri ini, tetapi beliau agak lupa betapa UMNO sendiri telah berpiket di Kuala Terengganu membantah tindakan Sultan yang tidak memperkenankan Idris Jusoh dilantik sebagai MB Terengganu.

Tidak sekadar berpiket, malah penyokong-penyokong Idris Jusoh daripada UMNO juga telah melemparkan kata-kata kesat kepada Sultan Mizan dengan mempamerkan perkataan ‘binatang’ kepada Baginda Tuanku, sebagai tanda protes dan marah dengan situasi campur tangan Istana terhadap perlantikan Menteri Besar.

Datuk Seri Shahidan Kassim juga dilihat bertindak kasar apabila Rajanya tidak memperkenankan perlantikan dirinya sebagai Menteri Besar selepas PRU12 yang lepas.Namun keadaan di kedua-dua negeri Terengganu dan juga Perlis itu tidak sama dengan keadaan di negeri Perak yang semakin gawat sekarang ini. Negeri Terengganu dan Perlis menyaksikan siapa juga yang tidak diperkenankan oleh Baginda Tuanku, calon itu datangnya daripada UMNO juga.

Tetapi di negeri Perak, Menteri Besar yang dititahkan segera meletakkan jawatannya adalah ‘Ketua Kerajaan Negeri’ yang dipilih oleh majoriti rakyat menerusi pilihan raya umum, tetapi di kudetakan secara hina sehingga menampakkan kebencian rakyat yang semakin meluap-luap terhadap Barisan Nasional dan juga UMNO.

Paduka Seri Sultan Perak secara tidak langsung terheret sama di dalam kancah politik ini apabila telah tidak memperkenankan permohonan Menteri Besarnya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat membuat pengesahan sendiri kerajaan mana yang dikehendaki oleh mereka.

Najib Tun Razak dilihat berjaya dengan strategi kudetanya dengan mendakwa tiga orang DUN dari Pakatan Rakyat telah keluar parti masing-masing menjadi wakil Bebas, sementara ADUN Bota yang kini menjadi juara anugerah ‘Katak Lompat’ yang menewaskan penyandangnya Datuk Paduka Ibrahim Ali, telah goyah pendiriannya untuk masuk semula ke dalam UMNO iaitu parti yang telah dihinanya di hadapan 15 ribu warga Parit semasa berceramah di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan.

Datuk Nasarudin Hashim di dalam ceramahnya yang berapi-api itu telah berkata bahawa dirinya bukanlah melompat katak, tetapi dia sebenarnya telah berhijrah dengan penuh keyakinannya untuk bersama-sama dengan PKR sekaligus ‘mufarakah’ dengan parti asalnya (UMNO).

Tiga ADUN dari Pakatan Rakyat yang kini menjadi wakil Bebas di DUN Perak tidak pula memasuki mana-mana parti komponen BN, tetapi mereka dikatakan memberikan sokongan kepada BN. Sepatutnya Jamaludin Radzi dan Mohd. Osman Jailu di UMNOkan, begitu juga ADUN Jelapang dari DAP itu di MCAkan atau masuk sahaja Gerakan. Persoalannya kenapa mereka tidak berbuat demikian?

Pada saya, percaturan politik sedemikian mendedahkan UMNO/BN berada dalam keadaan yang lebih merbahaya, dan risiko yang bakal dihadapi nanti ialah kerajaan yang dibentuk ini juga tidak mungkin bertahan lama. Apatah lagi Jamaludin dan Osman Jailu akan dihadapkan ke Mahkamah untuk berhadapan dengan kes rasuah seksnya yang semua orang tahu merupakan insiden yang diperangkap oleh UMNO sendiri, tetapi mungkin Jamaludin dan Osman Jailu meyakini bahawa UMNO/BN boleh memberikan perlindungan semula kepada mereka? Kalau tidak tak kan mereka sanggup mengkhianati parti asalnya (PKR) untuk menyokong UMNO/BN.

Dato’ Sri Najib pula ketika mengulas situasi ini berkata bahawa isu berkenaan tidak berbangkit kerana kedua-duanya bukanlah ahli UMNO. Dalam artikata yang lain, jika mereka disabitkan kesalahannya maka UMNO tidak perlu dikaitkan, kerana mereka bukan ADUN daripada UMNO cuma menyokong BN!

Jika kedua-duanya telah menyokong UMNO/BN di hadapan Najib dan juga Sultan Perak, mengapa Najib harus berdolak dalik menyatakan kesalahan rasuah mereka nanti tidak ada kena mengena dengan UMNO, sedangkan Najib berkata mereka berdualah yang telah membuatkan UMNO beroleh majoriti untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat.

Kewajaran menyelamatkan mereka berdua daripada disabitkan dengan kes rasuah ini merupakan ‘survival’ juga kepada kerajaan UMNO untuk lebih bertahan lama di Perak. Jika tidak, kerajaan ini akan dimalukan nanti oleh rakyat yang dilihat amat marah dengan taktik kudeta yang dikepalai oleh orang luar Perak, iaitu Najib Tun Razak.

Pilihan raya kecil yang mungkin berlaku di DUN Behrang dan juga DUN Changkat Jering nanti adalah sesuatu yang perlu dielakkan oleh kerajaan UMNO, kerana api membara rakyat Perak bakal memberi pukulan maut kepada UMNO sehingga kerajaan UMNO akan kehilangan dua kerusi, sekaligus menamatkan riwayat singkat pemerintahan UMNO/BN di Negeri Tok Sagor ini.

Dengan angkara menyeludup dan menyembunyikan dua ADUN Behrang dan Changkat Jering di Pekan, Pahang, telah mendorong kedua-duanya mengambil cuti sakit sehingga isteri dan anak-anak mereka tidak dapat mengesannya untuk diziarahi. Talian telefon masing-masing juga dikatakan ditutup, sehingga meresahkan banyak pihak takut-takut kedua-dua ADUN ini diletupkan dengan C4 pulak. Rupa-rupanya mereka muncul semula di khalayak lalu berkata mereka tidak melompat parti dan masih kekal sebagai ADUN dan akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Wakil Rakyat dan juga Exco Kerajaan Negeri Perak.

Kedua-dua mereka menyedari jika mereka mengambil tindakan keluar parti, jawatan mereka sebagai ADUN akan terlucut bagi membolehkan Speaker Negeri Perak mengeluarkan notis kepada SPR untuk mengosongkan kerusi DUN Behrang dan juga DUN Changkat Jering.

Ekoran daripada notis yang dikeluarkan oleh Speaker DUN Perak kepada SPR tentang kekosongan kedua-dua kerusi tersebut, telah memaksa SPR untuk membuat ketetapan samada kerusi berkenaan akan dikosongkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Namun begitu SPR sebagaimana yang dijangkakan, telah bertindak sebagai HAKIM di Mahkamah degan meragui kesahihan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan sekaligus menyatakan mereka berdua masih lagi sebagai ADUN yang sah, dan tidak perlu lagi diadakan pilihan raya kecil di kawasan ini.

Lantaran keputusan SPR itu, kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering telah terdorong pula untuk keluar daripada PKR, tetapi tidak menyertai UMNO. Diikuti pula ADUN Jelapang daripada DAP juga turut mengikuti jejak langkah Jamaludin dan Osman Jailu untuk menjadi ADUN Bebas. PKR bukan sahaja telah kehilangan 3 kerusi, bahkan DUN Bota yang masuk PKR sebelumnya, juga masuk semula ke dalam UMNO. Keadaan getir ini telah menyusutkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat daripada 32 kerusi menjadi 28 kerusi sekarang ini.

UMNO/BN dilihat seri 28-28 dengan Pakatan Rakyat, tetapi 3 DUN Bebas yang melompat telah menyatakan sokongan kepada BN. MB Perak, Nizar Jamaludin sebelumnya pula telah menghadap ke Istana Kinta untuk memohon perkenan Paduka Seri Sultan Perak supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum Negeri Perak diadakan untuk tujuan mendapatkan mandat rakyat.

11 comments:

Anonymous said...

takde angkara sesiapa. cuma dah sampai takdir tuhan yang kerajaan pr tak lama. Terima jelah. itupun nak bising bising.

Kecoh betul orang pr ni.

Anonymous said...

abang rahman..saya mohon diletakkan titah raja muda muka depan agar semua dapat membaca titah raja muda untuk kita fikir fikirkan.

Anonymous said...

abang rahman.. saya merasa munskhil la..apakah orang melayu sanggup menerima pemimpin melyu yang dboneka kan? di perak..lebih dari 50 peratus exco negerinya adalah orang bukan melayu. apakah tidak kita meras syukur bahawa exco yg bakal ada dimajoritaskan oleg ornag melayu dan islam? saya merasa gusar.

Lagi satu.. tak payahlah perkenalkan saya siapa sebab ini adalah suara peribadi saya yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. pendapat peribadi yang tidak mewakili mana mana parti politik dan juga pemimpin. Ini luahan rasa hati saya dan pengamatan saya sahaja.

Anonymous said...

raz dan fithri... mungkin x faham lg tentang kebiadapan yang di lahirkan oleh bn dan umno...
biarkan masa yang menentukan...
yang benar tetap akan menang, yang batil, akan kalah akhirnya...
biarkan seribu tahun lagi ia akan berlaku.....

Anonymous said...

Raz dan Fitri,

Kalau berani bubarkan DUn jangan bersembunyi belakang sultan untuk merampas kuasa ! kalau betul rakyat sokong BN bubarlah kalau berani...

Anonymous said...

membubarkan adalah hak sultan.. awak nie mungkin tidak faham perlembagaan undang tubuh negeri perak. Malah ingin saya katakan bahawa dalam undang tubuh perak, sesebuah negeri hanya boleh ditakbir jika parti yang menang majoriti kerusi undangan negeri. dalam hal ini hanya umno sahaja yang menang majoriti, DAP ada 18, PKR 5, dan pas 6. majoriti parti yang menang kerusi adun. Mana ada pakatan Rakyat? Tidak pernah diwartakan atau didaftarkan? Mana Lambang pakatan Rakyat?

Awak kalau nak berhujag biar ada fakta..kalau tidak cari. At least I am using my name and hiding behind anonymous. Letak nama anda baru namanya anak jantan.

Tolong la membubarkan adalah hak Sultan. Kalau dia tak mahu nak buat ape? BN pun tak boleh pengaruh sultan. Sultan Perak adalah BEKAS HAKIM NEGARA. Lebih bijak undang undang drai awak dan saya sendiri.

Kalau tak puas hati, buatlah lapuran polis terhadap Tuanku kerana menyalahkan kuasa Kesultanannya.!

Anonymous said...

Kebiadapan BN dan UMNO awak salahkan.. kebiadapan PAS, DAP, dan PKR? Awak tutup mata? Ini tidak adil.

Sesiapa saja yang biadap ..tetap biadap dan kurang ajar. Tak kira dia BN ke UMNO ke, PAS ke, PKR ke atau DAP ke!

Anonymous said...

Syabas Prof. Fithri..hanya org yang berilmu dan faham saja yang tahu menilai kewibawaan pemerintah kita..pertahankan kebenaran yang sedia ada..syabas dan teruskan.

Anonymous said...

Syabas Prof. Fithri..hanya org yang berilmu dan faham saja yang tahu menilai kewibawaan pemerintah kita..pertahankan kebenaran yang sedia ada..syabas dan teruskan.

Anonymous said...

Prof..apa yang diperkatakan adalah FAKTA bukan AUta..berilah penjelasan kepada mereka yang BUTA mata dan hati.saya kagum dengan cara penyampaian dan kandunganya.

Anonymous said...

Fitri,

im agreed with you fact about undang-undang tubuh negeri perak. Im not talking about politic hear but bace on fact and legal document.

Dear Anonymous,

"its ok to be stupid but dont show it!"


From,
Elle
Advocate & solicitor