Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Zambri Kadir, (foto) ADUN Pangkor yang dilihat oleh Pak Lah sesuai untuk diangkat menjadi Menteri Besar Perak yang baru setelah melepasi pelbagai helah dan halangan untuk merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang telah diberikan mandat secara majoriti oleh rakyat negeri berkenaan di dalam PRU12 yang lalu.Datuk Dr. Zambri merupakan tokoh politik klon Anwarisme yang memiliki kelayakan yang lebih wibawa daripada Datuk Seri Tajol Rosli yang dilihat sebelum ini sebagai 'Lowbatt' sehingga UMNO ditolak oleh rakyat dengan menukar kerajaan kepada Parti Pakatan Rakyat. Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaludin daripada PAS telah ditakdirkan terpilih menjadi Menteri Besar dari Pakatan Rakyat walaupun komposisi partinya agak kecil di Dewan Undangan Negeri Perak.
Nizar diangkat secara 'boneka' kerana undang-undang tubuh negeri Perak berkehendakkan seseorang Menteri Besar itu mestilah dari kalangan orang Melayu. Namun kerajaan yang dipilih rakyat itu hanya mampu bertahan 10 bulan sahaja setelah ianya diceroboh mengikut pintu belakang oleh UMNO, sehingga memaksa Paduka Seri Sultan Perak menitahkan Nizar meletakkan jawatannya serta merta berkuatkuasa semalam (5 Februari).
Hari ini Dr. Zambri sahabat baik Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai MB Perak yang baru. Beliau pernah ditahan ISA ketika bergelut dengan pergolakan politik yang telah merebahkan Anwar dari takhta kerajaan pada masa itu. Beliau dikatakan tokoh yang dilonjakkan oleh Anwar dan sememangnya pada waktu itu Dr. Zambri bersama-sama dengan Zahid Hamidi, Saifudin Nasution (kini dalam PKR) dan beberapa tokoh yang lainnya begitu cenderung dan mirip bersimpati dengan Anwar yang telah dikonspirasikan sebegitu rupa.
Ketokohan Dr. Zambri tentunya turut dibanggai oleh Anwar, bahkan saya jua optimis bahawa Dr. Zambri mampu melakukan sentuhan yang lebih baik sekiranya beliau diberikan suntikan 'political power root' tanpa dikacau ganggu samada dari dalam mahupun dari luar partinya.
Menerajui negeri yang hanya mempunyai majoriti yang tipis, apatah lagi terdapat dua ADUN Bebas yang belum lagi menyertai UMNO yang hanya menunggu masa untuk diNyahkan akibat kes rasuah seksnya, termasuk seorang lagi ADUN Jelapang daripada DAP juga keluar daripada partinya, tetapi tidak menyertai MCA atau Gerakan, akan membuatkan kerajaan pimpinan Dr. Zambri terdedah dengan mara bahaya.


11 comments:
Banyak orang ikut Anwar dulu, tapi tidak semestinya sekarang dia orang Anwar setelah kenal siapa Anwar.
sdr raman pun dulu org anwar..tapi sekarang ni mungkin kot ada lagi saki baki darah anwar..apapun anggap anwar dah tak ujud lagi..hidup pun menyusahkan negara saja..
Semua pemimpin dalam UMNO same aje...semasa Anwar dlm takhta semua kerumun dan mengaku dia org Anwar, bila Anwar disepitkan ada yang lari menyorok blkng pintu. Nanti ditakdirkan Anwar berada di tampok kuasa ataupun berada semula dalam UMNO, yang menyorok itu akan kembali menjengah muka yang x malu itu.
Watak bermuka-muka mmg banyak di dlm UMNO.
Hanya manusia yang tidak ada pendirian saja yang ada sikap saperti itu..JANGAN CAKAP PEMIMPIN UMNO SEMUA SAMA..RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN-LAIN..CAKAP SIANG PANDANG2..CAKAP MALAM DENGAR2..BIAR SAKIT DIMATA JANGAN SAKIT DIHATI..KERANA SAKIT DIHATI AKAN MEMAKAN DIRI..
Salam,
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
Apa nak jadi dengan orang melayu hari ni, sejak dulu nenek moyang kita ajar agar taat dan setia kepada Raja ataupun Sultan, masa disekolah dulu pun kita diajar menghayati rukun negara (KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA) agar menjadi rakyat yang baik, nampaknya orang melayu sekarang lebih pentingkan diri dan parti daripada melihat perpaduan dikalangan orang melayu itu sendiri...sedarlah apa yang diperjuangankan hari ini adalah untuk anak cucu kita yang akan datang..
" mana mungkin melayu itu akan hilang cuma sifat-sifat kemelayuan itu semakin terhakis"...
yg penting sedara raman kena sedar perjuangan menegakkan keadilan adalah perjuangan yg di tuntut oleh allah.knp org umno cukup alergi dgn anwar.dulupun umar al-khattab lebih jahat dari anwar, tetapi akhirnya beliau diberi hidayah oleh allah dan tidak pernah dipertikaikan oleh sahabat yang lain.jadi mengapa org umno sibuk menunding jari kepada anwar? ini tidak lain kerana orang umno kebanyakannya tamak sehingga menyebabkan hati mereka ditutup sehingga tidak dapat melihat kebenaran.
Dulu umno terengganu pun lagi derhaka kata sultan binatang!!!
umno memang bebal
ramai orang anwar dulu kerana percayakan ideologi politiknya iaitu islam dan melayu. tetapi apabila beliau telah dituduh (betul atau tidak itu persoalan lain) dan disabitkan kesalahan ketika itu ramai yang terperosok dalam tahanan ISA bukan hanya zahid, zambri tetapi juga sidek baba, dan ramai lagi. Ada juga ditahan di bukit aman selama 2 hari. Dan saya adalah salah seorang daripadanya. tetapi ketika itu isu yang ditimbulkan lain daripada sekrang. memang lah dulu orang ramai yang mencium tangan si anwar nie kerana ideologi politik yang diyakini iaitu membela ISLAM dan Kepentingan orang melayu. tetapi sekrang ini, orang yang bernama Anwar sudah menukar kiblatnya. Ia lebih berusaha ke arah mendapatkan kuasa dalam apa jua cara. sehingga cara mencuri MP yang diwar warkan oleh anwar yang ada mengatakan ada 30 orang mp bn mahu masuk pakatan rakyat diilhamkan. Sehingga menjanjikan September 16 atau dikenali sebagai 916 kepada rkayt yang ternyata satu pembohongan yang cukup dahsyat. Lepas itu kata lepas hari raya haji. lepas itu ke tarikh yang lain. Pembelaan terhadap ISLAM dan Melayu sudah tidak diperdulikan.Malah ketuanan melayu sudah bertukar kepada ketuanan rakyat iaitu kesamarataan antara kaum cina india dan melayu dalam segala aspek dinegara ini. Kerana kerakusan kuasa ini maka ramai orang melayu sudah tidak mahu lagi mengikut anwar walaupun dia nie seperti bintang filem bollywood yang cukup handal.
orang melayu sedar akan perkara yang sebenar. Oleh itu saya tidak menyalahkan sesiapa yang mengikut anwar ketika beliau timbalan presiden atau TPM dahulu.
Tetapi sekrg jangan lah dilabelkan orang yang sudah tidak lagi bersetongkol dengan anwar sebagai orang anwar. kalau dia masuk umno kembali, terserahlah nak jadi orang anwar balik atau tidak.. . itu keputusan masing masing.
Dulu semua orang UMNO sukakkan anwar kan...? be honest and dont be a hypocritical person.
jgn kita melihat konsep kesamarataan ini drpd manusia yg bernama anwar,mengapa kita tdk melihat konsep kesamarataan ini dari sudut pandangan islam.bukankah ajaran islam menekankan konsep keadilan?kesamarataan tidak bermakna apa yg melayu dapat maka non melayu pun akn dapat.anwar tidak pernah kata begitu,cuma manusia rakus drpd Bn sahaja yg akn kata begitu.yg anwar maksudkan dgn kesamarataan ialah,seperti mana nasib org melayu dibela,begitu jgk lah nasib non melayu akan dibela.ini tidak diberikan oleh Bn ketika mempunyai kuasa.Mengenai kenyataan anwar tentang adanya MP dr Bn..tidak kiralah walau bila pun ia berlaku,yang pastinya perancangan itu berterusan,yang pastinya ia tidaklah dilakukan seburuk dan sekeji yg telah dilakukan Bn utk merampas negeri perak. mengapa org2 dr Bn umpama cacing kepanasan.apa yang pasti,segala apa yg kita buat kalau diniatkan ikhlas krn allah,pasti akn ada ganjarannya disisi allah.biarlah peristiwa penangkapan ke ISA itu diganjari pahalanya oleh allah krn menentang kezaliman.andai kita melihat pengorbanan itu di sebabkan manusia yg bernama anwar,maka sia2 lah segala amal perbuatan, kesusahan yg telah kita lakukan.
BN rakus, BN tidak adil.. BN itu dan ini. Kejayan BN yang lampau diketepikan. Kejayaan BN melalui UMNO mendpatkan kemerdekaan dihapuskan dari alam sejarah melayu. Apa yang dibuat oleh Anwar seolah olah dia lah yang Maksum tak pernah buat salah. Elok belaka... Anwar orang yang mempunyai hemah yang tinggi.
Mungkin saudara mengenali anwar dari luar sahaja tetapi saya mengenali anwar seperti dia abang saya sendiri. Pernah bekerja dan menasihati beliau dalam banyak aspek sewakktu beliau menjadi TPM.
Saya menolak kepimpinan anwar kini kerana dia sudah lari dari landasan asasnya dahulu iaitu Islam dan Melayu. Dulu bermati matian mempertahankan ketuanan melayu, kini bermati matian menegakkan ketuanan rakyat dan menidakkan ketuanan melayu. Perjuangan apa ini? Perjuangan apa ini ...yang tidak mempunyai consistancy? Pejuang adalah seorang yang mempunayi prinsip asas yang kukuh dan bukan mudah bersandiwara untuk menipu rakyat demi kuasa dan kedudukan.
Kalau saudara suka anwar, persilakan ikut anwar semuga saudara berjaya. dan saya percaya saudara sudah cukup hebat untuk disama ratakan hak saudara dengan bangsa asing. Saudara boleh menyeru anwar agar perlembagaan negara ini ditukar kerana ianya bersifat perkauman dan tiada kesamarataan.
dalam perlembgaan Islam adalah agama negara ini, maka nanti sama ratalah apabila Pas, DAp dan PKR memerintah negara, mereka akan memstikan agar semua agama adalah sama tarafnya dengan Islam. Dan inilah yang saudara mahu. Silakan sokong anwar dan Dap Laknatullah dan Pas yang sudah dibutakan mata hatinya oleh Allah swt untuk melihat kebenaran- sila rujuk surah al baqarah.
selamat saudara
salam pertemuan untuk laser..pertama sekali anda jelas tidak memahami konsep keadilan didalam islam.Islam adlh agama yang tinggi dan ketinggian islam tidak boleh ditandingi oleh mana2 agama yang lain termasuklah islam hadhari ciptaan umno.kesilapan yang telah sedara lakukan secara jelas apabila sedara memahami dan menganggap keadilan itu ialah kesamarataan.Sdg kan keadilan yang sebenar ialah 'MEMBERIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK'.Hak ini tak kira sama ada muslim atau non muslim.Ianya wajib dilaksanakan oleh mereka yang bernama pemimpin. Nabi sendiri tdk pernah mengorbankan maruah islam apatah lagi negara, walaupun sedara sendiri tau nabi itu adil.Nabi bukan shj adil kpb rakyatnya yg muslim,malahan kpd non muslim jgk nabi akan berlaku adil.tp bkn adil seperti yang sedara fhm.Ini yang anwar ckp dan yang dia perjuangkan.Apa ada pd ketuanan melayu kalau umno sendri yang musnahkan melayu.Apa jadi dgn bahasa melayu,adkh umno perjauangkan bhsa melayu.Ekonomi di m'sia jugak bukan lah sgt di kuasai oleh melayu.kalau ada pun melayu, tapi semunya anak pinak dan suku sakat pak2 menteri umno sahaja yang dapat.Sekali lagi sedar silap apb sedara jelas buta sejarah dgn mengatakan umno yang perjuangkan kemrdekaan tanah melayu.Bagi tau tokoh umno mana yang beriya2 perjuangkan kemerdekaan tanah melayu..TENGKU ABD RAHMAN ke? Sedara tak baca ke tengku hanya pergi ke london untuk mohon kemerdekaan tanah melayu.tak bermakna bila tengku pegi maka sedara katakan tengku lah bapak kemerdekaan kita.Ini umno yang kata begitu.Sedara dah lupa ke sapa dtk maharaja lela,mat kilau,dtk bahaman dan tokoh2 ulamak yang lain.kesemua mereka ini bukan dikalangan umno.mrk ini semuanya di kalangan ulama2 yang berani menentang penjajah british.Dan british cukup tak suka kpd mereka2 ini.Yang british suka hanya umno shj.KENAPA? Sedara pk lah sendiri.Tentang buta nya hati org yang skg anwar,DAP dan Pas..Disini sedara patut malu krn sekafir2 DAP pun dia tau yang rasuah itu haram.Tak kan hati sedara yang celik kononya itu tak nampak rasuah itu haram,tak kan sedara boleh nak kata rasuah itu halal.Sedara yang sepatutnya buka dan baca serta kaji AL QURAN dgn penuh lapang dada.Setahu saya hanya org yang merasuah, terima rasuah serta sokong golongan pemberi rasuah yang hatinya di tutup oleh allah,yang hanya di laknat oleh allah.Bukan golongan yang memperjuangkan kebenaran.Sedara jgn lupa ABU JAHAL bpk sedara nabi juga lbh mengenali Nabi kita Muhammad mcm sedara knl anwar.Abu jahal jugak kata muhammad ini pengkianat krn menyesatkan agama datok nenek moyang mrk.mcm sedara kata anwar tu pengkianat bila anwar kembali kpd perjuangan yang sebenar.anwar rosak bkn lah disebabkan oleh sapa pun.anwar rosak disebabkan oleh dasar yang ada didalam umno jugak.kini dia telah SEDAR dan BERTAUBAT akn kesilapan lalu,maka sedara bila lagi?
Post a Comment