Datuk Izudin Ishak, Presiden Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia - PENCINTA yang tertewas dalam percintaan dengan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawanagsa yang ditandinginya baru-baru ini, rupa-rupanya masih menyemai CINTA dengan rakan taulannya di dalam UMNO.
Kecintaannya kepada para perwakilan samada yang mengundinya ataupun tidak mengundinya bukan bermakna beliau telah berputus cinta dengan jemaah UMNO dalam Bahagian Setiawangsa.
Belot di dalam percintaan?
Sebagai Presiden PENCINTA tentunya beliau lebih memahami dan menjiwai watak-watak politikus yang setia, yang berpura-pura, lidah bercabang, kaki ampu, bertali barut, bersandiwara, malah beliau juga lebih telus untuk memahami dan merasai siapa yang sebenarnya belot di dalam percintaan sehingga termungkir janji untuk mengundi dirinya tempoh hari.
Politik berkabilah
Tinjauan rambang semasa berlangsungnya mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa, 25 Oktober lepas, jelas terpancar senario politik berkabilah masih menebal sebagai faktor untuk menang atau pun kalah terhadap seseorang calon yang hendak bertanding. Kilauan duit yang dicegah oleh UMNO sebagai 'Politik Wang' kini semakin tidak diperdulikan oleh pengamal dan penggiat UMNO di semua peringkat.
BPR baru nak bertindak?
Dahulunya kita menjadi terkeliru apabila politik wang di dalam UMNO tidak dikategorikan sebagai rasuah yang membolehkan BPR menyiasat. Baru sekarang BPR diberikan laluan untuk melihat sejauh mana paus-paus di dalam UMNO melakukan amalan rasuah. Sebelum ini masalah politik wang di dalam UMNO hanya boleh diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO yang tidak berdisiplin dan sering dipertikaikan kewibawaannya. Ikan bilis banyak yang terjala, manakala ikan paus banyak yang terlepas. Seekor dua ikan paus yang tertangkap bukannya menggambarkan kesucian UMNO daripada gejolak rasuah. Semua orang tahu masih banyak ikan paus yang terlepas daripada yang tertangkap.
UMNO dibenci ketuaannya
Ternampak jelas kilauan duit hanya memangsakan ikan-ikan bilis, sedangkan ancaman besar politik wang di dalam parti terbesar orang Melayu ini ialah dari kalangan mereka yang rakus berwajah korporat yang BERCINTA dengan kuasa yang terdapat di dalam UMNO. Keangkuhan dengan menunjukkan kuasa duit di kalangan mereka yang rakus untuk bertakhta di dalam UMNO, menjadikan UMNO yang sudah tua ini semakin dibenci ketuaannya.
Janganlah terlelong
UMNO yang semakin dimamah usia tuanya ini dilihat semakin diminati oleh golongan berwajah korporat ini, kenapa? Pada saya lebih afdal duit yang ada itu dicerakinkan dengan semangat jati diri untuk membangunkan bangsa dan agama, bukannya mempengaruhi akar umbi secara mata duitan - akhirnya menjadi budaya UMNO, siapa yang ada duit lebih layak menjadi pemimpin, walaupun dirinya diselaputi dengan serba serbi keangkuhan. UMNO yang sudah uzur ini janganlah terlelong akibat dikomersilkan sebegitu rupa. Seringkali kita terdengar pemimpin atasan UMNO mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak terjebak dengan politik wang, tetapi kebanyakan mereka itu lebih hipokrit sehingga tidak ternampak hanya mereka yang ada wang sahaja yang mendominasi 'politik wang' di dalam UMNO.
Melacurkan UMNO
Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah untuk menyuntik anti penuaan di dalam UMNO dengan mengenepikan virus yang membawa kuman di celah-celah duit yang melacurkan UMNO.
Mencurah di daun keladi
Kepada Datuk Izudin Ishak, jadikanlah mesej saya ini sebagai satu iktibar supaya PENCINTA yang diterajui ini dapat mendasari pakej politik yang dikehendaki di dalam UMNO, kerana UMNO masih menjadi wadah kepada perjuangan rakyat hari ini dan juga di masa hadapan.
Banyak elemen yang boleh diserapkan untuk menyemaikan semangat cintakan negara di kalangan ahli-ahli UMNO khususnya di Bahagian Setiawangsa ini. Mungkin siri-siri kursus berbentuk simposium, seminar dan sebagainya perlu dipergiatkan untuk membentuk syaksiah kepemimpinan di kalangan peneraju-peneraju UMNO di peringkat akar umbi. Jika PENCINTA mempunyai jaringan kewangan yang kukuh, rasanya curahkanlah ke arah membina bangsa dan negara yang berjati diri. Pelaburan untuk membina generasi yang cintakan tanah air akan lebih terjulang dan terbilang daripada mencurah ke daun keladi.
Makan Malam Bersama PENCINTA
Terima kasih kepada Datuk Izudin Ishak kerana ikhlas menjemput ke majlis makan malam anjuran PENCINTA yang diketuainya yang akan diadakan pada:-
Tarikh
Selasa, 4 Novemver 2008
Masa
8.00 malam
Tempat
Restoran Nelayan, Titiwangsa.
Tarikh
Selasa, 4 Novemver 2008
Masa
8.00 malam
Tempat
Restoran Nelayan, Titiwangsa.
Locengwangsa - Saya mohon maaf kepda Datuk Izudin PENCINTA kerana tidak dapat bersama di dalam majlis yang dianjurkan itu, kerana saya masih berada di Kuching, Sarawak. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silturrahim untuk mengukuhkan kecintaan dalaman terhadap kesetiakawanan di dalam harakah perjuangan bangsa dan negara.
Kuching, Sarawak.


15 comments:
Salam.
Saya terbangun dari tdo, kerana dikejutkan dengan lamunan mimpi. Saya membasuh muka lalu buka pc nak lihat apa cerita terbaru Rahman Hashim dlm locengwangsa. Saya kagum dengan analognya sehingga hampir menepati perlakuan sebenar di dalam UMNO hari ini.
Sebab itu saya benci dengan pemimpin UMNO hari ini terutama yang berlagak seperti KJ. Pak Lah bawa KJ sehingga menghancurkan UMNO. Dia tabur wang untuk dapatkan pencalonan KP. Bukan dia saja, calon-calon T.Presiden, Naib2Presiden termasuk MT juga begitu ligat menabur wang untuk bertanding. Apa nak jadi dengan UMNO...???
Saya bersetuju sangat dgn tulisan Rahman Hashim ini.Marilah sama sama kita perbetulkan.Perwakilan sekarang di semua peringkat dah kenal siapa yg hendak diundi.Duit diberi kita terima tapi undi belum tahu.Yg sanggup memberi pun sedar hal ini.Mereka mencuba nasib.Duit yg keluar dikira perbelanjaan hangus. selamat memberi dan Selamat menerima. sebagai ahli UMNO mari buat kerja dari sekarang untuk menentukan masa depan anak bangsa dgn memenangi PU13 yg akan menjelang dan tak boleh dielakkan
TOK JANGGUT sangat tertarik dengan ulasan dan alasan yang diberikan oleh saudara Rahman Hashim. harap-harap UMNO akan pulih seperti sediakala dimana semangat melebihi dari keinginan mendapat apa yang dihajati
Dulu pernah juga TOK JANGGUT dengar yang Saudara Rahman Hashim pun kaki MASYYOOOOOKKKKKK
Semua Dato2 dia tibai, MASSSYYYYOOOOKKKK.
Tapi nampaknya dengan tertubuhnya bloggerr ini mungkin dah TAUBAT,, harap2 begitulah supa UMNO tetap terpelihara. Harap2 bukannya TAU BUAT masssyyyooooook
Sekian, nukilan TOK JANGGUT, yang tak pernah terima dan tak pernah beri...
askm
kalau kita mahu lihat umno ini sembuh dari penyakit kanser yang dikenali sebagai penyakit kanser ZA - atau zeti akhtar ini, maka jangan kita bersetongkol dengan budaya seumpama ini. Kalau kita hanya menemplak dan marah serta tidak suka dengan budaya ini tetapi kita sendiri yang terlibat maka kita dipanggil munafik. Berpura pura baik tetapi sebenarnya tak baik. Apa pun tabiat, prilaku dan kelakuan yang diimejkan itu adalah dari kta sendiri dan tiada pula yang memaksanya.
Untuk itu kita harus berubah AND..IN CHANGE WE NEED.. kita harus mahukan perubahan demi kebaikan. tapi kalau yang tukang ubah pun sama naik sama bernafsu maka kita harus berani menolak dan mengasingkan diri kita dari mereka.
Kita sebagai agen perubahan mesti berani buat sesuatu. UMNO tidak tua dan tidak mungkin tua..kerana yang tua hanya pemikiran ahli ahli sahaja. UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa, dan munafik adalah ahli ahlinya yang melakukan salah laku, main duit, memfitnah, mengumpat, membuat tohmahan, takut dengan bayang bayang sendiri, dan sebagainya.
Tanya lah diri; tanyalah jiwa kita ..apa yang sebenarnya kita mahu sebagai ahli umno. kemudian tanya pada diri sendiri apakah aku ini bersifat ikhlas kepada umno dan diri ku? atau aku menjadi ahli kerana mengharapkan laba dan dana yang banyak untuk aku menjadi kaya raya sehingga sahabatku, kawan ku keluarga ku, orang miskin dan fakir, aku pinggirkan. Pertanyaan ini harus dijawap sendiri tanpa ditanya kepada orang lain.
Hanya melalui taubatan nasuha dan keinsafan yang hakiki sahaja boleh menyelamatkan umno. Ini pandangan saya sahaja yang boleh diperdebatkan.
wassallam.
Siapa fitri ni. Takde kerje ke?. Asyik nak komen saje?. Takde platform lain ke nak tonjol diri
Salam...
Khas untuk minatkerja...
Mungkin awak dari kumpulan menang boleh awak cakap begitu cuba awak dah bertungkus lumus tiba tiba dikencingkan oleh orang yang paling awak percaya tentu awak juga jadi seperti kumpulan yang kalah. Sebenarnya yang terima duit tu pun kadang-kadang bukan memang dah kemaruk duit jadi lupakan janji yang diberi pada yang memberi duit kononnya tak pe lain kali boleh mintak maaf.
Sebenarnya perwakilan sekarang bukan pandai atau tahu siapa yang hendak diundi adakala tak kenal pun siapa umatnya tu tapi oleh kerana nilai sogokan yang diterima itu yang menghantui bak kata orang tua tua termakan budi maka tergadailah maruah diri...
Tapi Insyallah selagi Tuhan maha berkuasa maka pasti ada balasan pada kita yang tidak ikhlas terhadap makhluknya yang lain. Kerana Tuhan telah menjanjikan kepada setiap Makhluknya bahawa "Baik kau minta maka baik juga kuberikan dan sekiranya yang tidak baik yang kau minta yang tidak baik juga pasti akan ku berikan" buatlah pilihan mu bedasarkan akal sempurna yang telah kubekalkan kepadamu.
Akal sempurna yang Tuhan beri terhasil daripada berapa banyaknya amalan baik kita lakukan.
Fikir fikirkanlah....
Kepada kumpulan yang saya bersimpati namun perlu redha dengan ketentuannya Insyallah pasti direstui satu hari nanti.
Lupakan saja perkara dah berlalu.Jadikan iktibar.Pandang masa depan.Tentukan menang .Jgn marah marah.Kpd Siapafitri kenapa marah pada Fitri? Ada masalah peribadi kah? Kpd adikmanja macam ada benda yg masih tak puas hati.Be positive sayang adikmanja oi. Beri lah komen yg membina utk memajukan bangsa negara dan agama
Salam songkok Tinggi,
Sejarah UMNO Dilahirkan kerana bangsanya sayang kan ugama , bangsa dan tanahair nya .
Perjuangan mereka dalah nikmat yang kita miliki pada hari ini .
Sebagai jenerasi penerus , Angaplah Parti UMNO ini sebagai Pusaka bangsa Melayu yang harus dijaga yang dipertanggungjawabkan kepada setiap lapis peringkat ahli nya .
Pejuangan mereka yang terdahulu cukup besar ,cukup getir dan boleh dikatakan ia bermula dengan sifar dan ia telah berjaya mengumpul sebahgian besar keyakinan bangsa melayu yang terdiri hampir segenap peringkat .
Roh perjuangan yang ditinggalkan ini cukup kuat dan terus mengalir
didalam dalam diri ahli yang menilai sejarah bangsanya .
Songkok Tinggi merasakan UMNO harus meniup semangat sayang Parti melalui program - program berasaskan sejarah Kepartian diseluruh peringkat . Agar jenerasi penerus dapat menghayati dan memahami sejarah bangsanya , khususnya kepada mereka yang menjawat jawatan .
Kepada Pro. Dr. Zainul Fitri please komen .
Salam Perjuangan .........
Askm..saya sebenarnya memang banyak kerja apatah lagi memegang jawatan yang sememangnya banyak kerja. Saya tidak komplain dan mengeluh malah pekerjaan saya ini telah mematangkan saya mengenai politik melayu dan meremajakan saya mengenai proses politik sebenar di dalam umno itu sendiri.
Bukan lah saya ada tujuan atau bertujuan utk menonjolkan diri tetapi sekadar memberikan pandangan dan hujah saya.
Orang melayu yang bermaruah harus berani dan langkah pertama untuk berani adalah apabila kita komen pasal orang dalam blog abang rahman nie, sila guna nama betul.
Saya suka kalau orang komen saya terutama yang suka hentam saya berikan nama betul bukan nama samaran. So, kepada yan menggunakan "siapa fitri: sebagai nickname nya sila pakai nama awak yang betul baru awak menjadi melayu yang bermaruah namaanya.
Anyway, saya disuruh sisongkok tinggi untuk komen, saya bersetuju dengan saranan si songkok tinggi agar pengethauan sejarah diberikan penekanan dalm kursus kepada generasi baru dalam umno supaya perjuangan nenek moyang kita yang lalu tidak dilupakan.
Tetapi, saya pernah tengok kursus seumpamam ini dijalankan tetapi mereka yang hadir ini ada "short memory syndrome" Bila mula disedarkan kemudian mereka cepat pula melupakan.
Bila sudah lupa maka perjuangan asal umno juga turut dilupakan. jiwa umno hilang dan ruhul umno juga lenyap.
Ini lah yang menjadikan umno itu lemah dan terkapai kapai mencari jalan pulang. kita tanya perkara simple saja. bila umno ditubuhkan?dimana dia ditubuhkan? siapa yang hadir pada perhimpunan umno yang pertama? siapa yang terlibat dalam perhimpunan melayu yang terbesar yang diadakan di johor? saya tidak yakin orang baru dan generasi baru boleh menjawap dengan sekelip mata. Paling kurang mereka mungkin terpaksa bertanya dahulu.
Inilah phenomena yang berlaku pada orang melayu dan juga pada pemuda dan puteri umno sekrang. Jika generasi pewaris kepimpinan sudah tidak peka dengan sejarah, kita boleh bayangkan apakah akan terjadi dengan umno di hari hari muka nanti.
Jangan jangan bukan sahaja sejarah UMNO, mungkin hak dirinya sebagai orang melayu dibumi sendiri pun mungkin tidak diketahuinya. apakah itu artikel 153, 152 121 121a...? saya tidak pasti mereka akan mengetahuinya.
Yang pasti syndrome yang adalah adalah 'KAU BAGI AKU DUIT AKU PANGKAH KAU' inilah sindrom yang ada. bila ini berlaku dan kita membiarkan ini dibudayakan sebagai sebahagian hidup orang melayu yang berpolitik maka kita membenarkan penyakit kanser merebak dalam diri kita; kita membiarkan umno disakiti oleh kanser "kepentingan diri"
saya menyeru terutama pemuda dan puteri umno setiawangsa untuk melakukan sesuatu? Yang dah menang bertanding di peringkat Bahagian UMNO dan juga cawangan, lakukan sesuatu? jika kita sanggup berjumpa dengan para perwakilan sampai ketengah mlm sehingga sampai masuk subuh kerana jawatan, maka apakah salah untuk meluangkan masa dan tenaga untuk berfikir bagaimana boleh kita menyelamatkan umno dari punah ranah hancur lebur ini. jangan asyik berpolitik sehingga kita lupa siapa diri kita. KIta adalah ORANG MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM. MELAYU DAN ISLAM ADALAH SARAF SERTA URAT KITA. Kehancuran Islam akan berlaku jika Melayu sudah lari dari akidah perjuangan asal. Melayu akan hancur jika Islam tidak menjadi teras perjuangan utama.
renungkan lah.
Bersetuju betul dgn apa yang di perkatakan oleh sdra fithri tentang syndrom "kau bagi duit aku pangkah"..... itu yg terjadi dlm pemilihan lepas... yg dah terpilih diperingkat umno bhg setiawangsa pun tak terkecuali.... memang berkempen sampai subuh pun... walau apa pun sedarlah ... selagi kita ahli umno sendiri masih berkelakuan demikian - ingin mendapat habuan baru nak sokong - gejala politi wang ini akan berterusan dan ia bakal menghancurkan parti... oleh itu saudara saudari berubah lah dan lakukan perubahan ......
salam..
Setelah diperhalusi, gejala politik wang dalam UMNO kini sangat parah. Bukan itu saja gejala fitnah, adu domba, hasad dengki, cantas mencantas dsb sangat berleluasa. Berpolitik x salah, tetapi mestilah berlandaskan ISLAM. Jangan hanya luaran berpakaian ISLAM, dalaman juga WAJIB ber"ROH"kan ISLAM. Apakah jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini?
Sedarkah kita? begitu rendah martabat kita di mata masyarakat luar sana. Rata-rata orang yg xterlibat dalam UMNO sangat muak dgn gejala buruk ini. Adakah kita dlm UMNO ni syok sendiri? Pandangan saya, kita PERLU kembali kepada agama, kerana kurangya agama maka kita mudah terjerlus ke dalam KEDUNIAAN semata2. sebagai contoh, semasa persidangan x ramai yg solat berjemaah. Sedangkan perwakilan ramai, beratus-ratus.. Ketika zaman Rasulullah SAW sesiapa yg x bersolat jemaah x dibenarkan pergi berperang. Itulah, betapa pentingnya solat berjemaah.
Terdapat 2 perkara penting, untuk berubah dan ianya perlu dilakukan setiap ahli UMNO iaitu,
1). SOLAT BERJEMAAH
2). Hindarkan KENCING BERDIRI.
Kenapa 2 perkara ini penting? Solat Berjemaah akan menyatukan hati kita dan kencing berdiri sebenarnya tidak melawaskan, akibatnya najis(terkeluar sedikit) yg x disucikan menyebabkan kita xdpt tunaikan solat. Malah najis yg terkena pada pakaian, menyebabkan kita dlm keadaan bernajis (hadas kecil). Jadi x hairanlah ramai yg memberi alasan seluar kotor dsb.
Apabila kita dlm keadaan bernajis, Allah x suka, tapi syaitan suka. Maka mudahlah kita digoda.
Kebersihan itu separuh daripada IMAN...
SALAM ,
RADZI SONGKOK TINGGI .
TERIMA KASIH DIATAS ULASAN .
RAJIN RAJIN LAH MENNOTAKAN PANDANGAN DI LOCENG WANGSA AGAR MUDAH KITA BERHUJAH ,
SALAM .
kenali siapa izudin
ade pemimipin umno bahagian setiawangsa yg ade kuda jokey..adekah org itu layak kita jadikan pemimpin? Ba
bagi mereka baru mengenali dia mungkin akan kata dia baik dan tidak kedekut walaupun dia datang dari daerah yg berlainan!!!..mujur beliau tewas
Salam ,
Apakah pandangan rakan rakan Loceng Wangsa , apabila baru - baru ini ada pandangan negara kita yang menjangkau 50 tahun merdeka dikaitkan ,untuk peluang menjadi orang no 1 seperti di USA yang telah 240 tahun merdeka ?
Post a Comment