assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, October 26, 2008

Zulhasnan, Halim Samad dan Fauzi Zahari Gandingan Trio Setiawangsa.

Dato' Sri Zulhasnan Rafique


Dato' Abd. Halim Samad



Dato' Ahmad Fauzi Zahari

Ucapan tahniah dan syabas kepada gandingan trio Setiawangsa Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Dato' Abd. Halim Samad dan Dato' Ahmad Fauzi Zahari di atas kejayaan dan kemenangan masing-masing sebagai Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Dato' Sri Zulhasnan telah memenangi jawatan Ketua Bahagian tanpa bertanding, manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Dato' Halim Samad yang memperolehi 159 undi telah berjaya menewaskan Shuib Haji Ibrahim yang mendapat 125 undi. Dato' Ahmad Fauzi Zahari pula telah berjaya mengenepikan tiga calon lain bagi jawatan Naib Ketua Bahagian dengan memperolehi 152 undi.


Izudin Ishak, 74 undi
Dato' Izudin Ishak mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa yang mempertaruhkan dirinya bertanding Naib Ketua Bahagian hanya berjaya memperolehi 74 undi, diikuti dengan calon lain Ahmad Yamin yang mendapat 44 undi. Seorang lagi calon under dog Zainal Abidin Tan Sri Mahmood hanya mendapat 20 undi sahaja.


Keputusan pertandingan ini telah diumumkan oleh Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Haji Abdullah Abdul Rahman kira-kira jam 8.20 malam tadi. Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa yang dirasmikan oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique ini telah diadakan pada 25 Oktober di Hotel Nikko, Jalan Ampang. Kira-kira 293 orang perwakilan telah menghadiri ke persidangan tersebut.

Muner, 199 undi

Sementara itu, bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian seramai 20 orang telah terpilih daripada 50 calon yang bertanding. Muner Nasution Amin Nordin telah muncul sebagai calon popular setelah berjaya memperolehi undi tertinggi dengan 199 undi. Diikuti rapat di belakangnya ialah Othman Baba yang mendapat 194 undi, Shaari Sidek 193 undi, Haji Yahya Abu Bakar 190 undi dan Mohd. Rawi Hashim 189 undi.
Abd. Rahman Hashim, turut menang

Turut memenangi Ahli Jawatankuasa Bahagian ialah Azhar Kassim, Ahmad Laili Tajul Arus, Haji Yusof Ishak, Abas Mohd. Dom, Roziana Osman, A. Samad Saim, Razak Karim, Ismail Che' Wan, Yatim Mohamad, Hamzah Marakan, Yahya Mohd. Tahir, Abd. Hamid Mayuni Nek, Dimyati Jaffar, Haji Osman Sab dan Abdul Rahman Hashim
Dolah Rahman, Pengerusi tetap

Bagi jawatan Pengerusi Tetap pula, Haji Abdullah Abdul Rahman telah berjaya menewaskan Ahmad Yahya Yaakob. Beliau berjaya mendapat 164 undi berbanding dengan Ahmad Yahya yang mendapat 125 undi. Begitu juga bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Syed Hussin Syed Mansor telah berjaya memperolehi 127 undi dengan mengenepikan dua calon lain iaitu Khir Kohari Parlan yang mendapat 116 undi, manakala Abidin Supardi hanya mendapat 44 undi sahaja.
Persidangan ini juga telah memilih tujuh orang wakil (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO yang terdiri daripada Kpt (B) Rapli Jusoh, Abdullah Mat, Azhar Kassim, Hamzah Marakan, Abas Mohd. Dom, Haji Azizi Shaibie dan Ahmad Yahaya Yaakob.

Pencalonan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden & Naib-Naib Presiden UMNO.

UMNO Bahagian Setiawangsa turut membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi UMNO dengan mencalonkan Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO. Sementara itu pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden telah menyaksikan beberapa nama telah dicalonkan. Dato' Sri Zulhasnan Rafique sendiri telah bangun mencalonkan Dato' Seri Mohd. Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden, namun begitu nama-nama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Tan Sri Muhammad Mohd. Taib turut dicalonkan.

Setelah dibuat pengundian secara angkat tangan, Dato' Seri Mohd. Ali Rustam yang mendapat 120 undian telah berjaya mengenepikan Tan Sri Muhyiddin yang memperolehi 62 undi, manakala Tan Sri Muhammad Mohd. Taib hanya memperolehi sokongan 14 undi sahaja.

Bagi jawatan Naib Presiden pula terdapat empat nama dicalonkan. Dato' Sri Zulhasnan Rafique sendiri telah mencalonkan tiga nama iaitu Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Dato' Seri Mohd. Shafie Apdal dan Dato' Seri Jamaludin Jarjis sebagai Naib Presiden. Dua nama lain yang turut dicadangkan oleh perwakilan ialah Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi dan Dato' Seri Syed Hamid Albar.

Namun begitu setelah dijalankan proses undian angkat tangan, Dato' Seri Mohd. Shafie Apdal telah berjaya mendahului calon-calon lain dengan mendapat 217 undi. Diikuti dengan dua calon lain yang telah berjaya melengkapkan tiga calon yang dikehendaki, iaitu Dato' Seri Hishammuddin yang telah mendapat 180 undi dan juga Dato' Seri Jamaludin Jarjis yang berjaya memperolehi sokongan 107 undi.

Nama-nama 25 orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang telah dicalonkan oleh Abdullah Mat, Setiausaha Bahagian telah menerima sokongan sebulat suara daripada perwakilan.


---------------------------------------------------------------------------------

Gambar-Gambar Persidangan Perwakilan
UMNO Bahagian Setiawangsa - 25 Oktober 2008



Atas: AJK Bahagian bergambar, Bawah: Sidang perwakilan


Atas:: Perwakilan Wanita bersama Dato' Fauzi, Bawah: Perwakilan Seksyen 10


Abd. Rahman Hashim berucap, gambar kanan: Diantara Chai-Chai yang tersebar




Sila lihat Senarai Penuhnya seperti di bawah.

---------------------------------------------------------------------------------
PENGERUSI TETAP
Haji Abdullah Abdul Rahman, 164 undi
Ahmad Yahaya Yaakob, 125 undi

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Syed Hussin Syed Mansor, 127 undi
Khir Johari Parlan, 116 undi
Abidin Supardi, 44 undi

KETUA BAHAGIAN
YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique
(Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN KETUA BAHAGIAN
Dato' Abdul Halim Samad, 159 undi
Shuib Haji Ibrahim, 125 undi

NAIB KETUA BAHAGIAN
Dato' Ahmad Fauzi Zahari, 152 undi
Dato' Izudin Ishak, 74 undi
Ahmad Yamin Dato' Rahim, 44 undi
Zainal Abidin Tan Sri Mahmood, 20 undi

AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN
20 Terpilih:
1. Muner Nasution Amin Nordin, 199 undi
2. Othman Baba, 194 undi
3. Shaari Sidek, 193 undi
4. Hj Yahya Abu Bakar, 190 undi
5. Mohd Rawi Hashim, 189 undi
6. Azhar Kassim, 172 undi
7. Ahmad Laili Tajul Arus, 167 undi
8. Hj Yusof Ishak, 159 undi
9. Abas Mohd Dom, 154 undi
10.Roziana Osman, 150 undi
11.A Samad Saim, 144 undi
12.Razak Karim, 141 undi
13.Ismail Che Wan, 140 undi
14.Yatim Mohamad, 138 undi
15.Hamzah Marakan, 138 undi
16.Yahya Mat Tahir, 119 undi
17.Abdul Hamid Mayuni, 117 undi
18.Dimyati Jaafar, 117 undi
19.Hj Osman Md Sab, 116 undi
20.Abdul Rahman Hashim, 114 undi

Tidak Terpilih:
Hamzah Kamaruddin, 113 undi
Mej (B) Habibah Baharom, 111 undi
Wan Zainal Abidin, 98 undi
Haji Mohd. Radzi Harun, 97 undi
Sakandar Khan, 95 undi
Rosli Mohammad, 91 undi
Roselan Abdul Rahman, 91 undi
Haji Badaruddin Ahmad, 84 undi
Md. Nasir Md. Amin, 81 undi
Mohamad Mohideen, 79 undi
Zainal Masri, 78 undi
Mohd. Salleh Mahmood, 75 undi
Haji Saatar Mohd. Ali, 77 undi
Mohd. Alias Hamzah, 71 undi
Haji Ahmad Hashim, 71 undi
Ambia Mohd. Noor, 65 undi
Mohd. Radzi Jaafar, 64 undi
Abdul Rashid Jaafar, 57 undi
Abu Bakar Ismail, 42 undi
Wan Yaacob Wan Hussin, 35 undi
Norsiah Kamaruddin, 34 undi
Md. Ramli Jaafar, 20 undi
Zamery Zainal, 19 undi

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Badrun Masan, 181 undi
Mohd. Nasir Kasmin, 135 undi
Zaharuddin Hashim, 122 undi
Mat Zaki Ali, 98 undi
Asmadi Mat Tasir, 37 undi

TUJUH WAKIL KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
7 terpilih:
1. Kpt. (B) Rapli Jusoh, 165 undi
2. Abdullah Mat, 161 undi
3. Azhar Kassim, 148 undi
4. Hamzah Marakan, 145 undi
5. Abas Mohd. Dom, 127 undi
6. Haji Azizi Shaibie, 120 undi
7. Ahmad Yahya Yaakob, 100 undi

Tidak Terpilih:
Yatim Mohamad, 97 undi
Othman baba, 97 undi
Abdul Rahman Hashim, 85 undi
Rosli Mohammad, 78 undi
Haji Yusof Ishak, 72 undi
Samsuri Shahrom, 70 undi
Sakandar Khan, 62 undi
Ahmad Laili Tajul Arus, 59 undi
Muner Amin Noordin, 54 undi
Haji Ahmad Hashim, 41 undi
Zainal Masri, 37 undi
Abu Bakar Ismail, 7 undi


TAHNIAH kepada yang berjaya, manakala yang tidak berjaya diharap dapat meneruskan perjuangan tanpa berbelah bahagi demi agama, bangsa dan negara. HIDUP UMNO!



36 comments:

Anonymous said...

Songkok Tinggi

Tahniah Kepada Dato' Sri Zulhasnan Rafique Yang menyandang Jawatan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Tanpa bertanding .

Kepada Dato'Abdul Halim Bin Hj.Abdul Samad Tim. Ketua Umno Bahagian dan Dato' Ahmad fauzi Bin Hj. Zahari Naib Ketua Umno tahniah kerana berjaya memenangi jawatan
yang dipertandingkan .

Juga kepada yang berjaya tahniah diucapkan .
Semuga selala sumbangan yang dihulurkan akan memberi kekuatan pada jentera parti UMNO
di Bahagian Setiawangsa .

Kepada yang tewas tahniah juga harus diberi kerana semangat menawarkan perkhidmatan kepada parti keramat UMNO .

Harapan segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan akan dapat memperkuat lagi Jentera Parti .

Anonymous said...

Pengerusi yang mengendalikan sidang perwakilan Setiawangsa tidak cekap dan tidak selari dengan imej Bahagian yang diketuai oleh seorang Menteri. Teguran abg rahman terhadap pengerusi yang tidak mengisytiharkan Dato' Zul menang tanpa tanding sebelum pengundian jawatan-jawatan lain juga menggambarkan kelemahannya.

Anonymous said...

Secara umumnya boleh dikatakan Persidangan Bhg Setiawangsa kira okla....tapi gejala politik wang tetap berlaku. Semua calon Timbalan, Naib terlibat dengan politik wang. Kalau Datuk Zulhasnan ditandingi pun gejala ini akan terpalit juga ke atas dirinya. Kesian banyak duit habis, tapi ada yang gagal...

Anonymous said...

Tahniah Datuk Zulhasnan sebab berjaya akan pertahankan jawatan sampai ke mati. sebabnya, manakan Datuk Halim yang dah agak berumur tu akan sempat ambil alih tempat Zulhasnan, takut-takut tak lama lagi akan golllll.

Zulnasnan nie sebenarnya takut kedudukannya goyang sebab tu dia last minute memberikan sokongan kepada Halim sebagai Timbalan Ketua Bahagian Setiawangsa.

Halim tu dah berumur, hanya jadi pak angguk sahaja. Kerana takut kedudukannya terancam, dia sanggup keluarkan belanja bagi memastikan saingan Halim iaitu Shuib tewas di Setiawangsa.

Dahlah Zulnashan, baik kau jaga Setiawangsa sahaja. Tak payah sibuk-sibuk nak jadi MT. Wilayah pun dah tergadai, baik kau fikir macammana nak ambil balik Wilayah nie, supaya di PRU13 nanti, bukan sahaja Wilayah tergadai, takut-takut Setiawangsa pun tergadai....

. said...

Saya telah memasukkan blog saudara dalam blogroll saya http://nobisha.blogspot.com (25 posting terkini)

Anonymous said...

kesian Shuib kene kencing dgn dato zul... siapa sangka?! tokoh ynag konon2 terhormat buat taik macam ni.

tapi nak buat macam mana ini lumrah politik. harap shuib byk bersabar. sama-samalah kita sama-sama lah berdoa dan bersolah hajat... tiap yang baik mendapat balasan yang baik... yang jahat.. sebailknya. Allah itu maha adil.

Anonymous said...

padan muka shuib. sombong bongkak dan suka memaki hamum orang...telah kalah. Tuhan tak restu pemimpin yang bongkak,suka maki hamun orang dan suka mengaibkan orang. Semoga tuhan memberikan hidayah kepada hati dia supaya banyak bertaubat dan memohon maaf dengan Dato Halim yang telah banyak dimakinya.

Anonymous said...

Askm wbt.
Kepada abang rahman, fithri ucapkan tahniah kerana telah dipilih menjadi ajk bahagian dan semuga dengan kehadiran abang rahman di saf kepimpinan bahagian, umno setiawangsa bertambah mantap dan kukuh.

Saya amat tertarik dengan ucapan penangguhan yang diberikan oleh abang Rahman. Banyak perkara yang telah disentuhnya dan banyak juga cadangan yang diutarakan. Saya mohon ajk bahagian dan juga umno setiawangsa menghayati apa yang diberitahukan oleh abang rahman dan melihat bagaimana cadangan yang diberikan dapat direalisasikan.

Apapun, kalau mahu melihat umno ini dihormati dan disegani semula, usahakan dengan segera agar semua ahli umno yang telah berpecah belah akibat pertandingan di bahagian baru baru ini dapat dikukuhkan semula. Usaha ini bukan mudah sebab tak semua boleh menerima kekalahan dengan dada yang terbuka.

Tetapi kita harus ingat bahawa kepentingan bangsa melayu dan kesucian agama Islam harus menjadi keutamaaan dan harus melangkaui keutamaan kepentingan diri.

Apa pun tahniah kepada Dato Halim dan Dato Fauzi yang diberikan kepercayaan untuk membantu Dato Zulhasnan selaku ketua bahagian. Saya memohon agar janganlah dilupakan ahli ahli umno setiawangsa samada yang menyokong mahupun yang tidak menyokong Dato Dato sekelian. Tugas utama adalah bermuhasabah diri kemudian rencana apa yang perlu dilakukan untuk merapatkan kembali saf kepimpinan dan UMNO secara keseluruhannya.

Kepada Saudara Azmi Ketua Pemuda, saya amat terkejut apa bila saudara azmi marah marah dalam ucapan sulung saudara dalam mesyuarat perwakilan umno baru baru ini. saudara harus lebih tawadu' dan tenang dalam memberikan ucapan utama dan sulung saudara kerana tugas saudara azmi amat besar dan getir menjelang pru 13. Saudara memerlukan orang lama dan generasi baru untuk memastikan segala perancangan yang telah saudara susu atur berjalan dengan baik.

Saudara azmi harus berfikir apakah perancangan dan perkara yang utama harus dilakukan untuk mengajak profesional muda kembali percaya dengan umno. Bagaimana mahu agar orang muda suka dan sayang semula dengan umno. saudara azmi harus mempunyai pelan tindakan strategik pemuda 2008/2011..inilah yang harus saudara fikirkan dan bentangkan pada ucapan sulung saudara azmi. Jangan kita bercakap pasal nasional jika permasalahan daerah kita sendiri belum kita selesaikan lagi.

Saudara azmi bawalah pemuda umno setiawangsa ini ke tahap yang lebih disegani. Kalau kurang ajar, biar berhemah, kalau kita berani, biar bersopan, kalau kita menemplak biar kita berilmu pengetahuan. Pemuda harus berani untuk mempertahankan Islam dan Bangsa Melayu. Jangan keberanian ini hanya ditunjukkan kepada bangsa sendiri tetapi takut menikus kepada bangsa lain. jangan berani menemplak dan bersuara lantang dengan ahli umno sahaja tetapi diam membisu seribu bahasa dengan bangsa lain yang merosakkan bangsa dan agama kita. Inilah beberapa teguran dan cabaran yang saya berikan agar ianya dapat menjadi rujukan kepada perancangan yang mahu dilakukan oleh saudara azmi.

saya ucapkan selamat berjaya kepada saudara azmi.Kepada ketua puteri yang baru, permantapkan kewibawaan ketua puteri supaya semua ahli boleh menghormati puan ketua puteri. ucapan penangguhan yang diberikan amatlah baik sekali tetapi hendaklah menjurus kepada perancangan puteri setiawangsa. kita harus peka dengan permasalahan nasional tetapi yang paling utama adalah puteri umno setiawangsa sendiri hendaklah diperkukuhkan lagi. Perancangan dan pelan tindakan strategik puteri harus juga dibentuk dengan segera ketika masih panas dan jiwa masih membara. jangan sampai sejuk sehingga mahu melakukan program sudah menjadi lesu dan basi.Tahniah kepada puan seriwani dan selamat memimpin puteri setiawangsa.

Anonymous said...

Terima kasih kepada Nobisha.blogspot.com kerana sudi melayari locengwangsa.blogspot.com untuk sama-sama manfaatkannya. Insya Allah saya akan melayari nobisha sekerap mungkin untuk dapatkan lebih banyak maklumat daripada saudara. Tksih.

Anonymous said...

Ramalan cuaca 2011:
Ketua Bhg - Zul lwn Izudin
Tim. Ketua - Halim lwn Fauzi
Naib Ketua - PAKLAH LWN YUSAINI

Ramalan Calon PRU13:
Fauzi + Izudin
Zul akan tersingkir..sbb Najib pasti cantas dia.

Anonymous said...

sekali lagi kesudahan setiawangsa penuh dgn politik wang terserlah. Ketua yang pernah menyebabkan Wilayah Persekutuan tergadai kepada pembangkang menang tanpa bertanding.
Dah la tu, kat setiawangsa byk pulak geng pukida... hmmm.. patutpun UMNO setia wangsa mampus!!

Anonymous said...

fitri tak habis2 nak tunjuk pandai norsiah ditindasnya. nak suruh azmi cabut keris . cium dan minta maaf. tahniah azmi. org jual mesti beli. yg jual songkok tinggi tu pun pendatang haram, tak sedar diri. kadok naik junjung. kasi lagi jawatan supaya sebut2 panjang2 selain su cwgn, su pemuda cwgn, su kumpulan pendatang haram dlm umno,su gerakan pemuda tewas dlm bhg,su caci maki org. nak kiamat nie mestilah org2 mcm zulhasan jadi pemimpin dan penyokong2 saperti somgkok tinggi. fitri pandai sgt apa tak tanding kb ke, tkb ke, nkb ke.??? setiawangsa (little india)

Anonymous said...

Slm.

Tahniah kpd Abg Rahman Hashim
kerana telah dipilih menjadi AJK Bahagian.InsyaAllah,dgn niat yg baik,segala matlamat akan tercapai utk manfaat semua.

Anonymous said...

Kami sokong Izudin berlawan dengan Zulhasnan. Baru kena buku dengan ruas. Kami merasakan kabinet Najib akan datang xada nama Zulhasnan, dia kena perkuatkan dinastinya tanpa Zulhasnan, sbb Zulhasnan dah jadi barang antik Pak Lah.
Rasanya lebih mudah berlawan dengan Zuilhasnan ketika dia tidak lagi berpengaruh spt sekarang. Ayuh sama-sama kita persiapkan diri untuk ambil alih Bahagian Setiawangsa daripada badi Zulhasnan.

Anonymous said...

betul2..datuk halim tu dah tua..elok2 la gi masjid..bukan datuk halim je..semua umat islam khususnya..datuk halim tu dah pangkat 'atok'...nape sibuk2 nak bertanding..?? nak cri projek lg ke?? tmaknye...isu politik wang..susah nak dihapuskan..sebab itu UMNO kini digelar parti orang kaya..bukan untuk perjuang bangsa..hanya perjuangkan perut sendiri..nak dapat projek..elok bg la generasi muda, golongan pendidikan,aktivis masyarakat sbg pemimpin dalam UMNO..kita kembali spt dulu yang betul2 memperjuangkan nasib bangsa..kini bangsa kita semakin lemah..dan mudah untuk bangsa lain menawan kita..patut dato' zul pk balik..dato halim ptt di gugurkan..sama dengan khairunnisa bevee tu..dah lama sangat..elok kita wat pembaharuan..cam kerajaan UMNO skg..perlu ada reformis..harap pihak yang bertanggugjawab pk dan ambil tindakan..

Anonymous said...

pembangkang guna internet untuk kutuk UMNO, cerca UMNO, fitnah UMNO, mangaibkan UMNO and ect...

tapi... orang UMNO guna internet untuk KUTUK SESAMA UMNO, CERCA SESAMA SENDIRI, FITNAH SESAMA UMNO dan etc... kemudahan dan internet disalah guna. apa kata yang ada di blog ni berdebat di blog pembangkang drp mengtuk sesama sendiri... tak berani bukan? kerana itu lah sikat dan kelemahan UMNO. suka atau tidak itulah kelemahan UMNO yang anda banggakan!

segala teguran di pertikai, segala nasihat di anggap muslihat, segalanya tidak kena. mana pergi HATI NURANI UNMO?

saya sebagai golongan professional muda UMNO amat malu dgn tindakkan dan comments yang mengutuk, mengata, mempertikatkan niat ikhlas insan lain...

tahu mengapa golongan professional tidak suka UMNO? kerana sikap2 yang di tunjukkan dalam blog ini lah menjauhkan kami dari UMNO.



ikhlas,
professional muda UMNO

Anonymous said...

alhamdullillah Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Setiawangsa dah selesai dgn selamatnya.Harap yg menang dapat menjalankan tugas dan tanggongjawab dgn baik bagi masa depan UMNO.Kpd yang tak berjaya terimalah kekalahan itu dgn hati terbuka.Buatlah postmortem dan JANGAN salahkan org lain.Memang sukar nak menerima kesalahan sendiri tetapi tetap ada.Di masa akan dtg boleh bertanding lagi.Perbetulkan kelemahan sendiri. Bukan senang nak jadi pemimpin

Anonymous said...

Assalamualaikum ,

Keputusan memberitahu masih ada yang sayang pada Ahmad yahya dan En Rahman Hashim .


Tahniah .

Anonymous said...

Salam,

Apa dah jadi Isu pengunaan bahasa Papan Tanda Dinegeri Pulau Pinang yang dicadangkan Oleh Ketua Menteri Pulau Pinag.......

Cadangan Ini seolah ada penolakan rasa hormat yang telah ada terhadap sokongan dari raakyat negeri .
Marilah kita gunakan pemikiran untuk kita nyatakan pendirian secara terbuka dalam ruangan ini .

Mana pemuda Pineng . Jangan pening , mari kita bersama sama mengekal budaya bangsa .....


anak KEMBAR... 'RUMI DAN JAWI'
SALAM .

Anonymous said...

Untuk pengetahuan para pelawat,

rakyat tolak UMNO bukan kerana yg diperkatakan oleh komentor sblm ini..rakyat menolak UMNO kerana UMNO kini tidak langsung membela nasib rakyat berbangsa melayu.yang ada hanya mementingkan perut sendiri..ini dilihat di semua peringkat..dari peringkat cawangan sehinggalah di peringkat MT.

Di samping itu, UMNO juga menolak islam yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W dan menerima dan menyanjung islam baru yang di bawa oleh Pak Lah. UMNO mengkritik PAS mengadakan kempen menutup aurat, bg mereka ini adalah satu pembaziran. Menutup Aurat itu wajib. adakah satu pembaziran apabila kita melakukan sesuatu yang di tuntut oleh syarak. Adakah pembinaan masjid yang mewah di terengganu mahupun di mana mana kawasan BN itu tidak membazir?? Masjid yang indah ttpi tidak di imarah kan.. ini adalah satu pembaziran yang nyata.

Selain itu, kerajaan pusat tetap tidak mengharamkan judi dan arak.ini adalah salah satu corak sistem pemerintahan islam hadhari yang bertentangan dengan islam. malah ada di antara menteri kabinet yang beragama islam menghalalkan arak dan zina..adakah pemimpin sebegini kita sanjung?!

Utuk pengetahuan pelawat, berlainan pendapat ini merupakan satu rahman yang Allah berikan kepada kita. banyak lagi kemungkaran kerajaan UMNO dari zaman merdeka hingga kini belum terbongkar.. Dalam hadis Rasulullah S.A.W. Rasulullah ada mengingatkan bahwa.." tidak ada fahaman kebangsaan dalam ajaran islam". Fahaman kebangsaan adalah fahaman sempit yang akan mencetuskan pergaduhan dan perbalahan kerana setiap manusia ada bangsa. ini akan menjadikan manusia itu berpuak puak dan assabiyyah dan Rasulullah menyebut lagi.."Bukan dari golongan kami, orang yang berjuang kerana bangsanya"..renung2kanlah..

Islam itu adalah sempurna, tidak perlu ISlam Hadhari. jika kita berjuang menegakkan agama, insya-Allah bangsa kita akan terbela.dan jika kita sibuk memperjuangkan bangsa. agama kita akan tercicir..jika kita mengejar akhirat..dunia akan mengikuti kita..jika kita sibuk megejar Dunia yang hanya pinjaman ini..akhirat kita akan tertinggal di belakang..

Jesteru, melalui hadis ini dapatlah kita simpulkan bahawa, slogan yang dilaungkan UMNO dari dulu hingga kini tidak menepati apa yang dikehendaki oleh islam. Berjasa pada bangsa, agama dan negara..UMNO terlalu mementingkan duniawi bukan pada ukhrawi.

Pergolakan yang berlaku dalam UMNO kini merupakan satu rahmat dari Allah S.W.T untuk sekalian ahli UMNO memikirkan untuk melakukan satu perubahan yang drastik bg memantapkan islam dnegara ini..bukan memantapkan melayu..kerana melayu mudah lupa..

saya mengajak pada para pelawat supaya merenung kembali dan mengajak saudara/i kembali ke Jalan Allah, jalan yang lurus..bukan jalan orang2 yang sesat..

Salam,

Golongan Pemikir.
Tuah_87(mirza) sek 10.

Anonymous said...

kepada anonymous yang menyembunyikan dirinya dengan nama anonymous ini. Saya bukan mencabar tetapi saya ingin mengatakan bahawa lebih baik berhujah dengan cara professional dan jika mahu menjadi pemimpin hendaklah berani berdebat dengan meletakkan nama sendiri bukannya berselindung dengan dan disebalik nama anonymous.

Saya mengajak pembaca dan penghujah serta penulis dan pengkomen untuk bertanggungjawab atas komen yang diberikan dengan langkah pertamanya meletakkan nama sendiri dan bukan nama samaran agar kita orang UMNO berani berhadapan dengan kritikan dan cabaran. jangan ikut resam baling batu sembunyi tangan. Ini tidak gentleman.

Untuk yang menulis kerana norsiah. Kalau anda mahu tahu persoalan yang sebenar mengenai norsiah maka tanya dengan saya depan norsiah maka boleh saya jawap dengan tepat. dan at least norsiah ada untuk mempertahankan dirinya..kalau anda ingin menjadi pemimpin yang berkualiti.. jangan dengar sebelah cerita sahaja. saya sanggup berhadapan dengan norsiah dan saudara jika mahukan kebenaran. Tiada apa yang mahu diselindungkan. Saya tidak pernah menindas sesiapa apatah lagi norsiah dan tidak melakukan apa apa selain daripada hak yang diperuntukan dalam perlembagaan umno dan hak saya sebagai seorang ahli umno.

semua orang ada hak yang sama dalam umno tidak ada lebih atau kurang. Tuduhan saya menindas adalah persepsi anda dan saya boleh menjelaskan persoalan dengan satu persatu supaya anda faham keadaan sebenar.

Saya tidak pernah menganggap norsiah itu seteru saya atau apa pun yang sewaktunya dengannya tetapi kalau diri saya dianggap bahawa saya ini adalah seterunya maka saya tidak boleh mengelakkannya berlaku. Saya hanya dapat berserah dan berdoa kepada Allah swt sahaja.

Kenapa saya tidak bertanding. Sebab utama adalah saya tidak dibenarkan bertanding apa apa jawatan dan ini adalah arahan yang harus saya akur..wa sa'ami'na wa'ato'na. Dan masa saya untuk bertanding tidak tepat pada waktunya.

Insyaallah kalau ada rezeki saya akan bertanding tiga tahun lagi.

Anonymous said...

bila kita memberi pandangan dan nasihat kita dipandang nak tunjuk pandai dan lagak. inilah susahnya sesetengah orang melayu umno.

Apa yang saya cakap adalah satu pendapat dan nasihat. Dan masing masing mempunyai hak tersendiri untuk memberikan nasihat secara berhemah atau nasihat secara bersopan.

Saya tidak mahu kita ini orang melayu hanya berani bising kat sesama sendiri tetapi bila berhadapan dengan pembangkang atau musuh sebenar umno kita menikus seribu bahasa.

takut kecut macam asam kecut. Pemuda mesti berani tetapi mesti guna akal fikiran untuk melakukan sesuatu tindakan supaya apa yang diperjuangkan tidak menjadi sia sia sahaja.

Anonymous said...

setuju dengan kata2 fitri.

teruskan memberi nasihat dan pandangan saudara. kerana saya menilai pandangan saudara dari sudut seorang yang professioanl berpolitik.

pedulikan mereka yang pengecut kerana mereka hanya berani berkata dibelakang.orang mcm ni kah yang kita lihat utk memimpin bangsa melayu? bertambah LAYU UMNO apabila kita menutup pintu kepada kritikan dan pandangan yang membina...

w'salam.


'the power of dream'

Anonymous said...

ochalitiTok Nujum memang menyokong penuhlah Dato Zulhasnan menang dalam MKT, memang kalau ikut tilikan Tok Nujum, Dato Zulhasnan boleh menang tanpa perlu menggunakan Dato Halim melobi dengan Dato Seri Najib (Bakal Presiden Parti). Kalaupun Dato Zulhasnan minta Dato Halim melobi nama dia menang MKT, Tok Nujum tilik-tilik Dato Halim bukan melobi Dato Zulhasnan tapi melobi projek mega akan datang dengan Dato Seri Najib ("MASSSSYOOOOOK")

Apapun Tok Nujum pelik gak, mana-mana Tok Nujum pergi, semua orang kata Dato Halim sebenarnya KALAH!!! Tok Nujum pun 3 hari 3 malam menilik , memang ada benarnya!!! Yang peliknya kenapa balaci SHUIB semua kecut perut, tak de telur, banghal, bangang, bodoh "unta padang pasirpun tak begitu bodoh macam anta semua" tak mahu buat PROTES. Tok Nujum ada lah jumpa dengan pemerhati dari UMNO IPOH TIMUR, dia kata sebenarnya dalam dewan kira undi SHUIB MENANG, bukan dato halim. Segumpal undi SHUIB dah diikat dan digantikan supaya SHUIB kalah. Permainan politik la tu, lagipun Tok Nujum dapat tahu PAK LAH Setiausaha UMNO Bhgian bagi taklimat cara pengiraan undi kepada perwakilan kata kalau 1 kotak yang rosak, kotak-kotak lain boleh di kira, hanya buang kotak yang rosak saja. Tapi lain jadi kat dalam dewan pengiraan undi, bila 1 kotak rosak SEMUA DIKIRA ROSAK DAN TIDAK DIKIRA UNDINYA. Hampir 1200 lebih undi rosak. Tok Nujum bukan perwakilan hari tu tapi ada perwakilan yang cakap, dia kata kalau kumpulan Dato Halim kalah, dia akan buat PROTES pasal perkara ni, pasal apa yang PAKLAH , SETIAUSAHA BHGN SETIAWANGSA bagi taklimat kat perwakilan tak sama dengan apa yang dilakukan oleh WAKIL yang mengira undi hari mesyuarat tu...
Padahal semua perwakilan dah setuju dan dengar taklimat PAKLAH tu.. Tok Nujum rasa kena ambik perhatian jugak kes ni, sebab kalau tak takut-takut , perwakilan yang dah menang tu bukan mandat semua perweakilan yang hadir. kalau ada timbul nanti masa di Persidangan UMNO Malaysia , boleh jadi TAK SAH mesyuarat MAC 2009 ni.
jadi mungkin gak peluang PAH LAH BADAWI untuk KEKAL jadi PRESIDEN PARTI SEUMUR HIDUP, sebab bila TAK SAH Mesyuarat Mac 2009 ni, maka Najib pun tak de peluang la.
Tok Nujum jumpa dengan sebahagian calon yang bertanding di bahagian setiawangsa , pandangan mereka yang berpengalaman ni kalau PROTES dibuat pasal kesalahan teknikal diatas MAKA Mesyuarat pemilihan semula semua jawatan di bahagian ini kena buat balik.

Tok Nujum nak tunggu dan lihat apa akan jadi.. masa ni la nak tengok PENYOKONG-PENYOKONG SHUIB berani bersama dia atau LARI ANAK KEPADA DATO HALIM YANG DITABALKAN MENANG.

Tok Nujum apapun tak de kepentingan apapun, cuma nak lihat dalam parti ada telusnya, jujurnya, amanahnya

Anonymous said...

Salam .Songkok Tinggi .

Bagaimanakah pandangan DR. Fitri tentang cadangan terbaru DEB?

is said...

salam ... dato dato yg menang tu memang main duit pun .. yea lah sanggup berhabis bukan nak buat kerja .. Nak cari project utk isi perut... maklumlah CARI MAKAN dlm umno... kalau tak ada jawatan dlm party hmmm ...terus jadi miskin papa kedana org ppr lagi kaya.... macam mana rakyat tak meluat dgn umno.... taniah abg razak menang ajk.. tengok2 sikit perjalanan ajk bhg yg baru ni ....tak betul abg razak balun je .. jangan takut baik zulhasnan sekali pun...

Anonymous said...

tok nujum rasa nya betul apa yang tok cakap tu .......memang ada penipuan undi ...katanya kertas undi ada yang bertaburan atas lantai .... dan kertas undi(naib)......bergulung gulung dalam bakul hairan jugak ......tadinya masa di keluarkan dari kotak lurus belaka... meja kira undi pula bertutup labuh dgn kain hingga ke lantai... semuanya permainan...hahahaha.....lambat laun orang akan tahu juga.... Ingat... menipu orang hidup tak selamat...

Anonymous said...

Askm,
Tentang DEB ini ianya dibentuk untuk membasmi kemiskinan tegar yang berlaku dikalangan rakyat terutama dikalangan rakyat berbangsa melayu. DEB adalah juga satu dasar yang mahu meningkatkan pegangan ekuiti bangsa Melayu SEKURANG KURANGNYA 30 peratus dalam pegangan ekuiti ekonomi negara. Setelah berzaman DEB ini dilaksanakan, maka ada peningkatan yang ketara dalam pegangan ekuiti melayu ini. Yang terakhir saya baca dari lapuran yang dibuat oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia adalah sebanyak 19 peratus. Peningkatan ada tetapi tidak mencapai sasaran iaitu sekurang kurangnya 30 peratus.

bangsa melayu kena ingat bahawa DEB bukan hanya untuk orang Melayu tetapi ianya dibentuk untuk rakyat terpinggir. Dan masyarakat terpinggir itu adalah bangsa melayu. Pada tahun 1970an majoriti penduduk yang keterbelakang ini adalah bangsa Melayu. Oleh kerana bangsa Melayu adalah kaum penduduk majoritas maka ia menjadi satu agenda nasional agar bangsa Melayu ini dipertingkatkan penguasaan bidangnya iaitu bidang perniagaan, perekonomian, pendidikan, bidang bidang strategik agar dapat bersaing dengan sama adil bersama -sama dengan bangsa lain. Saya setuju agar DEB ini diberikan nafas baru dan wajah baru serta mempunyai satu pelan pelaksanaan yang lebih berbentuk holistik dan efektif. Satu suruhanjaya DEB hendaklah dibentuk agar menjadi pemantau dan penilai agar DEB ini benar benar dapat mencapai sasarannya.

Walaupun DEB ini akan diganti dengan Dasar Ekonomi Nasional DEN, matlamat asas mesti dipertahankan iaitu bangsa Melayu harus menjadi agenda nasional dan tidak boleh membiarkan majoritas penduduk dipinggirkan kerana ingin memberi makanan yang lazat kepada bangsa lain yang sudah sah mereka ini minoriti secara peratusannya dinegara ini.

Janganlah pula kita menjadi afrika dizaman apartheid dahulu dimana segala kehendak minoriti laksanakan manakala kehendak majoritas ketepikan.

orang melayu mesti sedar hakikat ini dan mesti mempertahankannya. Kedaulatan melayu dan kesucian islam terletak dibahu kita orang melayu.

sekrang kita sudah ada orang melayu yang sudah tidak percaya kepada bangsa sendiri maka dibenarkan bangsa lain menjawat jawatan di tempat orang melayu. Dulu orang ini hidup dan mewah kerana DEB tetapi setelah kaya dan menjadi orang BESAR maka dia sanggup menperlekehkan orang melayu semata mata ingin mendapat pujian dari bangsa lain yang bersifat minoroti.

saya tidak kisah kalau bangsa melayu ini hanya sekadar 40 peratus dinegara maka kita adalahminoroti.

tetapi bangsa melayu adalah sebanyak 68 peratus penduduk di negara ini. Bangsa Melayu adalah majoritas penduduk dinegara ini.

Saya menyeru agar pemuda UMNO, agar boleh mengerakkan gerakan mendaulatkan bangsa melayu dengan cara yang betul dan tepat.

Jangan kita asyik berpolitik sesama sendiri, sehinggakan kita lalai bahawasanya tanah dan kampong kita telah tergadai. Maruah kita dihinjak orang; kesucian islam dimomokkan oleh bangsa lain; bahasa melayu menjadi bahasa yang dicerca hina. Ini hanya pandangan ikhlas saya. Saya mencabar agar puteri umno setiawangsa dan pemuda melakukan pelan strategik mereka untuk melayu profesional. Jangan megah dengan kemenangan, tetapi akhirnya anak cucu cicit mengalirkan air mata darah yang jatuh ke bumi sendiri.

Anonymous said...

betul tu is... sebab tulah orang benci pada umno.... lihat aja gelagat nak menang jawatan ..apa pun sanggup buat... bukan nak kerja sangat..... TST ... nak isi perut... kalau masih begini tak tahulah macam mana nak menang pilihan raya akan datang...

Anonymous said...

Aku hairan macamana Fithri boleh dikalahkan bekas pekerja ******? Oh, mungkin intellectuality Fithri tak boleh menandinginya lagi! Tuan Prof. Dr Fithri kena belajar lagi. Tak kisah, jangan malu nak belajar walaupun dengan wanita(surirumah, single parent can survive in metropolitan without working?) Aku tak tahu apa nak jadi dengan Setiawangsa. Please lah, setakat cakap je, budak sekolah tadika pun boleh!!!

Tak kisah siapa pun yang jadi pemimpin, tapi tolonglah pimpin diri sendiri dan keluarga sebelum memimpin masyarakat. Aku naik jelak, depan pengundi dan masyarakat sangatlah manis. Inilah yang dikatakan memperjuangkan bangsa dan agama, tapi diri sendiri dan anak-anak pakai baju malangya tak cukup modal nak tutup aurat??

KC dulu digugurkan kerana muflis. KC sekarang yang rumah hampir kena lelong satu masa dulu, kereta ditarik bank tiada yang pertikaikan. Jangan ingat orang Setiawangsa tak ada kerja di bank atau pejabat Mahkamah Syariah. Siapakah, Apakah, Kenapakah pemimpin yang anda pilih. Tanyalah kepada orang Mahkamah Syariah atau BBG.

I am totally fed-up. Mohon Tuhan mudahkan jalan untuk mereka yang benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan negara hanya kerana mencari keredhaan-Nya. Tak kira siapa. Pertemuan denganNYA yang pasti, tidak akan lewat atau atau awal sesaat. Waktu tu, jawablah sendiri!!! termasuklah aku, hatta Dato' Zul dan anda semua.

Anonymous said...

fitri ni siapa....... kalau komen berjela jela TOLONG lah .... yg relevent sekarang adalah umno Bhg kita.... kalau hebat sangat tegur pemimpin yg menang kali kedua yg masih tak buat apa2 utk ahli umno hanya pandai berpantun dan hanya tahu nak isi perut......

Anonymous said...

askm kepada "anonymous" yang posted komennya pada November 6... yang banyak cakap tetapi takut untuk menengahkan diri sendiri dan saya golongkan mereka ini pengecut. kalau berani berhujah....jangan takut nak letak nama sendiri. Jangan hanya pandai pakai nama anonymous tetapi lepas tu nak kata orang sana sini. Baling batu sembunyi tangan. Ini ke dinamakan bangsa melayu yang berani?bermaruah? memperjuangkan yang hak? Kalau awak ini pejuang agama bangsa dan negara kononya, kena takut letak nama sendiri? perkenalkan diri, ayuh kita berhujah. Saya tidak takut kepada kebenaran. Jangan ingat kita hebat dan tahu serba serbi pasal orang walhal kita mesti ingat orang pun tahu pasal hal kita jugak.

Soalan pertama bila masa Fithri kalah dan dikalahkan oleh pekerja *****? kena tak cakap saja pekerja siapa? Takut ke? Saya cabar awak cakap? Kalau tidak berani baik jangan nak bersandiwara dan bertopengkan dengan nama anonymous. SEmua orang ada masalah dalam hidupnya. Samada dia tahu nak kawal dan mengurus masalah tersebut sahaja yang penting. Awak pun saya percaya da masalah. Boleh survive, single parent without "working"...baguslah tu, maknanya orang ini hebat kerana kehebatannya inilah dia amat terkenal disetiawangsa. Kebanyakan orang yang saya jumpa sangat "memuji" akan dirinya ini.

Saya sudi belajar dengan sesiapa saja asalkan betul perjalanan pengajarannya. tetapi kalau kepribadian sendiri tidak terurus dan menjadi momokan ahli umno setiawangsa buat apa saya belajar dari dia?

Kalau dia hebat sangat kenapa tidak tahu perlembagaan UMNO? Kenapa buat silap dalam mesyuarat kepas? Kemudian jumpa saya minat tolong dan minta maaf? Saya bukan mahu membuka pekong tetapi kalau saya sudah dicabar sebegitu rupa, maka ajarlah saya? Saya mengajak anonymous ini berdebat dengan saya di laman locengwangsa ini jikalau tidak mahu berdebat depan saya.

Kalau nak sgt jawatan cakap tak payah main wayang dan bersandiwara? Kalau sudah membuat janji jangan mengentutkan janji tersebut nescaya padah akan menimpa.

Say juga ingin mengatakan bahawa, saya tulis berjela jela itu terserah pada saya. Pada yang mahu membaca, baca! kalau tidak mahu skip saja! Apa masalahnya? janganlah benda yang furuq pun nak diambil kira? Kita ada hak sebagai pelayar web atau pengomen blog. nak tulis panjang atau tulis sikit. Terpulang pada sipenulis dan terpulang kepada pembaca.

Kepada anonymos mengeja nama saya dengan betul, silalah ..awak menjual hujah saya membeli akan sudi membeli hujah awak.

Kepada yang suka mengorek, maka koreklah. Jangan satu hari nanti ada orang korek awak punya sampai tidak berwajah. renungkanlah.

Anonymous said...

fithri "korek awak punya" apa yea..

Anonymous said...

relaxlah brother fithri jangan marah2 ... kalau dlm filem P Ramli marah kena jual .... biarlah single parent tu...

Anonymous said...

Dr. Fithri, i am afraid that you have your own prespective of the 6th nov's anonymous' writing.

saya cuba memahami isi kandungan komen anonymous ini dengan membaca 3-4 kali. to my understanding that the writer cuba menggunakan bahasa kiasan untuk menemplak KC KLSC (is it puan norsiah?) thru the writing, the content is more likely hers, i.e: single parent ini bukankah puan norsiah? i do not see that the writer is condemning you by saying "budak tadika lebih pandai cakap". mungkin you boleh cuba baca sekali lagi. inikah pepatah melayu berkata: "pukul anak, sindir menantu?" correct me if i am wrong. permasalahan yang diperkatakan itu seperti permasalahan dia, (i believe some people may know about this, i.e: mahkamah syariah etc).

i have read surah al-muddasir (74: 1-5 recently. they are very significant: "wahai orang yang berselimut! bangunlah, berilah peringatan! dan agungkanlah Tuhanmu. dan bersihkanlah pakaianmu (akhlak). dan tinggalkan segala perbuatan yang keji" they reminded me of you while i was reading that (don't get me wrong, don't look at negative's view)

it is about time; to you and all mujahids, bangunlah! bantulah bangsamu.

Cheers.

Anonymous said...

kepada dolly thank you for the reminder. The reminder by Allah is always the best but remember reminder by Allah must be followed by action and not words by all of us. Thank you once again.