assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, October 12, 2008

TAHNIAH! Ani, Azmi dan Wani menang terajui Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Setiawangsa


# Hairunnisha Bivee Ismail


# Azmi Badaruddin


# Seri Wani Sabtu


Hairunnisha Bivee Ismail, Azmi Badaruddin dan Seri Wani Sabtu telah memenangi jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri di Bahagian Setiawangsa yang ditandinginya hari ini. Hanirunnisha atau lebih dikenali Ani Avon telah mencatat kejayaan dengan memperolehi 102 undi apabila berjaya menewaskan pencabarnya Rahana Ishak yang hanya mendapat 61 undi.
Begitu juga dengan Azmi Badaruddin telah menang merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian yang dikosongkan oleh Datuk Izudin Ishak dengan memperolehi 65 undi, menewaskan tiga calon yang lainnya. Tiga calon berkenaan yang kecundang ialah Eqhwan Mokhzanee Muhammad yang memperolehi 50 undi, manakala calon pujaan Datuk Izudin Ishak, Zulfadil Sidek hanya mendapat 26 undi. Seorang lagi calon yang menyertai pertandingan ini Ghazali Mohammad, hanya mampu meraih 10 undi sahaja.

Sementara itu bagi pertandingan merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian ini pula, telah menyaksikan pertandingan satu lawan satu diantara Seri Wani Sabtu dengan Siti Fatimah (Gambar kiri) yang berkesudahan dengan kemenangan Seri Wani yang memperolehi 53 undi berbanding dengan Siti Fatimah yang hanya mampu memikat 21 undi sahaja.
Semua keputusan pertandingan merebut jawatan-jawatan ini telah dicapai di dalam Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa yang diadakan serentak di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini (12 Oktober 2008) yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa.

Sementara itu Hajah Normah Awang, Mohamad Hameli dan Norhayatina telah muncul dengan kejayaan masing-masing sebagai Naib Ketua Wanita, Pemuda dan juga Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.

Locengwangsa mengucapkan setinggi tahniah kepada Hairunnisha, Azmi dan Seri Wani serta kepada semua yang telah berjaya memenangi merebut jawatan-jawatan yang telah dipertandingkan itu. Semoga mereka ini mampu membangkitkan keinsafan di kalangan anggota sayap masing-masing untuk memperkuatkan parti dalam menghadapi perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan juga negara.

Ingatlah, yang menang kini menggalas tanggungjawab, manakala yang tewas janganlah mengasingkan diri sehingga terlupa dirinya juga ahli UMNO yang mempunyai tanggungjawab untuk memperkasakan parti. Yang menang bukanlah menang semuanya, manakala yang tewas bukanlah tewas kesemuanya. Yang menang ialah UMNO. Hidup UMNO!

-----------------------------------------------------------------------------

Gambar Sekitar Persidangan Wanita, Pemuda
dan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa







17 comments:

Anonymous said...

salamun,

semoga mereka boleh berkhidmat dan bukannya sebagai broker projek semata mata.

ada suami puteri kini adalah orang wanted di sabah kerana menipu ramai kontraktor di sini. suami isteri datang canang berbagai janji dan si isteri shopping sakan dengan duit pendahuluan. cukuplah cerita begitu begini, menyampah dibuatnya.

sabahan ni

Anonymous said...

Tahniah kpd yang dah jadi Ketua! Yang menang tentu bangga, tapi kami benci dengan sikap broker politik yang jadi hantu di belakang calon-calon ini. Kami tau siapa dia....tunggulah kita ajar dia 25hb nanti!

Anonymous said...

Alaa...senang aje, Ani Avon brokernya Datuk Izudin, Raihana brokernya Shuib, Azmi brokernya Shuib, Zulfadhil brokernya Datuk Izudin, Eqhwan brokernya Datuk Halim & Datuk Fauzi, Ghazali brokernya Rosli KBR, Wani dan Patin siapa broker dia haa?

Anonymous said...

1) Sabahan ni mcm jealooooous aje. Kontraktor2 bukan senang nak ditipu. Selalu kontraktor yg tipu sub kontraktor.
2) Broker sebenarnya adalah SU Bhg yg sama2 main kotor dengan Ani, lari msyt2 cwgn, main bomoh, tekan n mengugut wanita2, atur persidangan lambat2 supaya ramai wanita balik utk kurangkan undi, renjis air bomoh didewan, mcm2 lagi. SU Broker puteri untuk memenangkan anak lauknya utk jawatan Naib Puteri utk menjadi Ketua Puteri term depan.
3) Hantu sebenar adalah ... faham2 sajalah. Nak bermaharajalela supaya tiada siapa yg lebih kuat darinya supaya dia dpt memerintah sampai mati. (pecah perintah) Antaranya mengantungkan cwgn2, wakil2 bahagian yg dilantik utk lemahkan sidia. Chief hantu ni nakkan semua pak turut. Saperti kata pemuda, dpt 30 semasa sehari selama 13 hari (itupun dihiris2) tetaoi dia dpt jutaan 4/5tahun.
3) habislah wanita juga si kuku besi dan akan tambah pendapatan walhal wanita lain kebulur.

Apapun kira undi dalam tangan.
Halim & Fauzi 11 undi (Wanita)
Shuib & Yamin 22 undi (PU3 & Pemuda). Kita tunggulah 25hb. Agak2sidia dah resah Shuib starting dah mendahului. APA LAGI TUNGGU SU. ATUR SUPAYA PROTES DIBUAT supaya PU3 dan Pemuda bersidang semula. Halim & Fauzi pak angguk, Izudin lan.. terhormat. Shuib gunung berapi- meletup ke, tak meletup ke?????

melayujati said...

salam...
tahniah buat yg berjaya..moga ader pembaharuan dlm teraju UMNO Setiawangsa...
berpinar ler bijik mata mereka yg melabur tp kalah..
sistem demokrasi dlm pengundian tlh dicemari oleh permainan kotor oleh mereka yg berkenaan..
insaflah weh..kenapa boleh suka2 pick org yg kalian suka?wahai pengira undi..berapa byk pelaburan kalian dpt..ingat2lah..pelabur2 n yg kononnyer perancang politik..smpai msanyer anda akan ke bwh...usahlah sentiasa bermimpi di siang hari..
mreka2 ni harus dicantas sajer..x guna ddk dlm UMNO..buat busuk nmer UMNO jer..

Anonymous said...

Tahniah kepada ahli-ahli WANITA ,PUTERI dan PEMUDA kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti mengikut paringkat .

Kepada pemuda tahniah kerana telah berjaya mencalonkan KPM Datok Mukhriz Mahathir .

Tahniah kepada sdr. Azmi Baharudin berjaya dipilih sebagai ketua pemuda
Walau pon tidak memperlihatkan keyakinan,karisma,ketokohan pada peringkat peringkat Pemuda ketika menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda dan menjadi percakapan
selama ini. Namun berbekal pengalaman dan sokongan tambahan 2 jam terakhir sebelum mesyuarat bermula ia dapat merubah penilaian
pemuda terhadap calon calon Pemuda yang bertanding .Apa yang diperkatakan selama ini dan kononnya menilai soal kelayakan calon sudah tidak penting .

Perkara ini sedikit maklumat Kepada Ketua Pemuda agar lebih melihat pelan tindakan yang sesuai agar Pemuda terus segar dan lebih bersedia untuk mengalas tanggungjawab pada Parti UMNO .

Kami sebagai pegawai penalai Jentera UMNO akan terus memantau dan membantu demi kebaikan parti.

Anonymous said...

wanakam..saya ucapkan terimakasih kepada wanita yang meyokong saya dan ini menanadakan bahawa kepimpinan dato halim amat cerah dan dato fauzi akan menang dan yang menaja yang tertogel mukin akan di togelkan pada 25hb nanti..ukur la baju tanding ajk belum tentu menana ni kan puklak timbalan ketua bahagian...saya akan pastikan WANITA tak akan beri undi pada pemimpin yang macam bisqut rojak..now u c now u dont..jampi kuil sunguh mujrab

Anonymous said...

Kepada datok Baharum ,wakil Bahagian di persidangan Tahunan pemuda 2008 ,dalam ucapan beliau turut menmbayangkan kebimbangan senario politik hari ini sehingga sebak seketika dan meneruskan ucapan dengan kudrat dan semangat agar dapat menyampaikan mesej kepada pemuda yang telah dirasai perlu dilakukan sesuatu setelah melihat semangat perwakilan pemuda yang hadir ketika itu .

Prof.Dr.Zainal fitri tidak pernah ketinggalan menyumbangkan pandangan beliau mengikut persepsi kesedaran yang munkin dapat mematang para perwakilan.....Mujur lah beliau tak sebak juga
Sdr.Khalid Saleh mantan Penolong bendahari pemuda juga menggaris perkara perlu dalam ucapan penangguhanya . Ada juga nada USTAZ nya ketika berucap .

Cuma kali ini tiada penyertaan dari wakil pemuda yang lain . Munkin kali ini semangat mereka belum cukup kuat dibangunkan lagi bagi memperkata perkara yang berada dekat dengan kehidupan seharian . Munkin juga tahun ini tugas para perwakilan tersarat kepada persiapan pemilihan jawatan ?

Anonymous said...

umno setiawangsa ini ada contoh terbaik yang menunjukkan kenapa rakyat telah mual dengan umno kerana bahagian ini dimilikki / dikuasai olih orang-orang tertentu saja hinggakan ketuanya sendiri tak dapat buat apa-apa. saya tak faham apa tugas/kuasa ketua bahagian. siapa yang lebih berkuasa ketua bahagian atau setiausaha bahagian. harap umno keseluruhannya dapat membuat perubahan untuk masa depan bangsa kita.

Anonymous said...

kesihan dato izuddin dahlah kena kecing dgn KW penyokong pun dah kurang tapi takpa dato terus berkhidmat demi bangsa agama dan negara tak perlu jadi broker

Anonymous said...

tahniah nenek ucapkan kpd cucu cucu nenek si ani avon, wani dan azmi. Kita semua kenalah akur kepada amalan demokrasi parti kita ni. Yg dah menang jangan la mendabik dada kerana anda semua akan memikul tanggungjawap kpd ahli dan parti. Yg kalah pula janganlah merasa tersisih kerana parti perlukan khidmat semua pemimpin dan ahli2 nya. Kini kita tunggu pulak 25hb oktober, semoga perwakilan bijak memilih pemimpin bhgn. Setahu Nenek broker si ani avon ada byk, bukan dato izuddin saje, dato fauzi n dato halim pun broker dia. Sebab tu nenek ada dengar org panggil si ani avon kaki kebas. Minta minta dah dipilih semula ni tak amalkan lagi perangai tak senonoh macam tu.

Anonymous said...

KHAS UNTUK PEMUDA !!!!

Sekalung Tahniah Kepada Sdra Azmi Badarudin Dan Mohamed Hameli yang menang jawatan tertinggi pemuda bahagian, tak lupa juga kepada rakan2 kita yang tewas, ingatlah bahawa kita masih sebumbung dan masih banyak yang perlu dilalui, kepada yang baru minta lah tunjuk ajar dari yang lama....

TAHNIAH JUGA KEPADA SDRA FAIZAL ABU BAKAR YANG BERJAYA MEMBUAT "CORNER BARING" DISAAT-SAAT AKHIR.....DIHARAP KEKALKANLAH SIFAT2 CONER BARING UNTUK BERJAYA DALAM PEMUDA....

Anonymous said...

salam,ahli-ahli umno setiawangsa semua khususnya pemuda umno setiawangsa.saya Ghazali calon KP yang kalah teruk, saya tergerak untuk menulis di dalam blog ini agar kawan2 pemuda umno setiawangsa dapat menerima pesanan saya. Setelah berakhirnya pemilihan pemuda umno setiawangsa banyak cakap2 diluar terutama sekali calon2 dan penyokong2 yang kalah termasuklah saya, amat kecewa dan kawan2 ini masih mempertikaikan kewibawaan dan kredibiliti saudara azmi sebagai ketua pemuda.setelah dapat berehat dan berfikir panjang saya menerima kekalahan yang teruk ini dengan hati terbuka. Kawan2 pemuda semua, tahu kedudukan parti kita sekarang bagaimana setelah kekalahan teruk dalam pru ke 12 dan saya berpendapat kalau kita merasakan kekecewaan atas kekalahan kita dan calon kita itu menutup asas perjuangan kita yang sebenar maka kita adalah hipokerit.yang kalah tetap kalah yang menang tetap menang jika kita ikhlas dan sayang kepada parti sama sama kita menaikkan mertaba pemuda umno setiawangsa ini letakkan perasaan kecewa,irihati,marah dan dendam itu ketepi mari kita bergandeng bahu menyokong ketua kita untuk menaikkan pemuda setiawangsa. Kata orang tua2 bulat air kerana pembentung bulat suara kerana muafakat Berdiri kita teguh bercerai kita roboh .disina sekali lagi saya ingin menyeru dan merayu kawan2 pemuda setiawangsa agar menyokong dan berkerjasama dengan saudara azmi sebagai ketua pemuda setiawangsa dan sama2 kita menaikkan nama pemuda setiawangsa.Berani berubah!

GM

Anonymous said...

Aku terharu dan angkat topi kepada Ghazali Mohamad calon KP yang tewas, tetapi beliau terima hakikat kekalahan, namun begitu beliau dengan rasa syahdu meminta agar semua pihak memberikan sokongan kepada yang telah menang. Itulah dia demokrasi, kalah mesti terima yang menang. Jika kita di pihak yang menang pun, sudah tentu kita berkehendakkan sokongan semua pihak, termasuk dari pihak yang kalah. Rapatkan barisan untuk hadapi musuh sebenar. Syabas Ghazali...

Anonymous said...

TABIK HORMAT KPD GHAZALI. HATI2 PERWAKILAN APA YANG LEBIH BAHAYA DARIPADA ULAR

Anonymous said...

sy lihat byk komen² komen yg berbaur fitnah....sy baru balik dr luar negara sy terserempak dgn salah seorg kempen manager pemuda yg bertading membuat perbuatan yg kurang sopan bersama pasangan sejenis dia...dia ingat di luar negara tidak ada mata²

Anonymous said...

RALAT sy minta maaf zahir batin pada pembaca² web loceng wangsa org yg sy nampak diluar negara itu sebenarnya bukanlah warga malaysia dan bukan kempen manager salah seorg yg pemuda yg bertanding

maaf