Dalam mengupas artikel 'UMNO Berkuasa Yang GILA Kuasa' dalam blog ini yang ditulis pada 28 September lalu, terdapat satu komen yang dibuat oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai 'abupirate' telah mengupas panjang lebar mengenai siapa yang gila kuasa? Elok rasanya saya 'copy' tanpa sebarang penyuntingan untuk tatapan kita semuanya...
--------------------------------------------------------------------------------
abupirate menulis.....
Dalam Umno ada dua orang yang memasang angan-angan atau bercita-cita besar untuk menduduki kekuasaan negara. Mereka ialah Najib Razak dan Khairy Jamaluddin. Hakikatnya pilihan raya ke - 12 adalah pertandingan antara pembangkang dengan parti memerintah Barisan Nasional. Rasanya orang ramai tidak begitu berminat untuk mengetahui apakah kesudahannya nanti. BN pasti akan menang dan membentuk Kerajaan sekali lagi.
tanda-tandan kubra
Tidak ada tanda-tanda kubra menunjukkan rakyat akan melakukan perubahan ke atas Kerajaan yang berkuasa selama ini. Walaupun Dr Mahathir Mohamad membuat seruan dan mengkritik kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi namun kesilapan-kesilapan tertentu dilakukannya sebelum ini (Mahathir) masih dikenang rakyat. Ini menjadikan rakyat membuat kesimpulan Dr Mahathir lebih kurang Abdullah saja atau setengahnya lebih parah daripada Abdullah. Justeru apa yang menarik tentang pilihan raya ini ialah satu game yang berlaku di sebaliknya.
kilau dalam kilat
Game yang dimaksudkan itu perlawanan antara mereka yang bercita-cita besar dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri. Dalam Umno ada dua orang yang memasang angan-angan atau bercita-cita besar untuk menduduki kekuasaan negara. Mereka ialah Najib Razak dan Khairy Jamaluddin.Mereka ini sedang bertempur secara aman. Kalau orang tidak dapat membaca kilau dalam kilat tidak nampak akan game kedua orang ini. Mereka seolah sedang bermain catur menerusi internet! Khairy sedang berusaha mengumpulkan kekuatan dan pengaruh. Najib juga begitu sedang memperluas dan memantapkan pengaruhnya.
tali refia yang rapuh?
Dalam mengejar cita-cita untuk menjawat jawatan yang pernah disandang oleh bapanya (Razak Hussein) dan juga bapa saudaranya (Huseein Onn) Najib tidak gentar kepada orang lain. Muhyuddin Yassin dan Ali Rustam umpama tali refia yang rapuh dan mudah putus dan mudah pecah. Kena air tali itu memberai. Muhyuddin dan Ali Rustam bukan pencabarnya. Mereka berdua tidak ubah seperti budak penjaga lembu bagi Najib. Orang yang Najib takut ialah Khairy. Anak muda yang bukan sembarangan. Dari segi kelulusan, intellegent, kepetahan dan berfikir Khairy jauh menyerlahkan kehebatan berbanding dengan Najib.
KJ berwarna macam burung buk-buk
Dilihat kepada warna kulitnya juga menjelaskan akan kehebatan Khairy. Dia berwarna macam burung buk-buk yang keras tetapi mempunyai kepintaran tinggi dan tahu mengubat anaknya yang kepatahan kaki.Najib dalam usia seperti Khairy lebih banyak jadi tukang ikut telunjuk saja. Jarang bahkan tidak ada pemikiran, falsafah yang ditunjuki Najib. Malahan kegagalan banyak dicatat Najib misalnya sewaktu menjadi Menteri Besar Pahang rekod perkhidmatnya amat teruk sekali sehingga Pahang hampir-hampir bankrup. Najib dalam usia itu lebih banyak berfoya-foya daripada berkerja.
Siapa main selamat?
Semasa memimpin Pergerakan Pemuda Umno juga Najib tidak seberani dan sebiadab Khairy dalam mempertahankan isu mengenai negara dan juga Umno. Sikap ‘main selamatnya’ mengecewakan banyak orang termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim. Najib tidak pernah pendapat perhatian daripada sesiapa tidak seperti Khairy yang mendapat perhatian istimewa oleh Dr Mahathir Mohamad. Kalau Khairy tidak bisa, tidak terror dan mampu mengugat politik Dr Mahathir masakan Dr Mahathir menghabiskan air liur mengulas dan mengupas mengenai Khairy. Ada kalanya Dr Mahathir menghentam Khairy seprerti mana beliau menghentam Gorge W Bush atau Paul Keting.
Siapa yang jadi puppet?
Ketrampilan Khairy sangat ditakuti Najib. Sebaliknya pula bagi Khairy orang yang paling ditakuti bukan ketuanya Hishamuddin Hussein tetapi, sepupu Hishamuddin, Najib Razak. Hishamuddin sudah lama diratah hidup-hidup oleh Khairy. Sejak Khairy menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda, Hishamuddin menjadi papet. Khairy tidak merasa hairan dan gentar kepada orang lain. Kebetulan pula Najib adalah orang nombor dua dan berpengaruh. Inilah yang menjadikan Khairy terpaksa mengatur strategi dan mencari seribu helah termasuk dengan cara baik.Pilihan raya ini adalah kesempatan terbaik untuk kedua mereka mengatur strategi masing-masing bagi memastikan mereka terlepas dari jerat yang dipasang oleh antara mereka.sekali jerat tak kena..jangan lokek menembur umpan..
Pengaruh Pak Lah semakin lemah?
Baik Khairy ataupun Najib mereka menggunakan pilihan raya ini. Itu sebab pilihan raya ini adalah game menentukan masa depan bagi Najib dan Khairy. Mereka berada dalam parti yang sama tetapi mempunyai cita-cita dan harapan berbeza. Doa mereka juga berbeza. Najib walaupun mahu pilihan raya ini BN menang, namun beliau tidak suka kalau kemenangan itu sampai gemilang dan cemerlang. Bagi Najib cukup setakat berjaya tubuh Kerajaan. Najib mendoakan prestasi BN kali ini merosot. Beliau mahu jadikan kemerosotan itu sebagai tanda bahawa pengaruh Abdullah semakin lemah dan menurun.
Saham Khairy Jatuh?
Bila pengaruh Abdullah menurun maka senanglah untuk para pengikutnya membuat alasan bagi meminta Abdullah turun dan Najib naik. Kemerosotan pilihan raya ini juga menyebabkan prestasi dan saham Khairy akan jatuh mendadak. Kejatuhan itu tentu akan diambil kesempatan oleh penyokong Najib untuk melanyak Khairy. Harapan Khairy untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan gampang akan jadi sebaliknya. Pasti akan ada calon proksi Najib menentang Khairy. Berlainan dengan Khairy. Beliau mahukan BN kekalkan kecemerlangan piliahn raya lalu.
bergasak sesama sendiri
Bagi Khairy kalau pilihan raya ini dapat mengekalkan prestasi tahun 2004 ia adalah kejayaan besar. Kecemerlangan itu menjadikan saham naik mencanak. Dalam percaturan dan peperangan ini, kedua mereka kini sedang bergasak sesama sendiri dalam diam. Khairy yang mendapat mandat daripada bapa mertuanya sedang mengatur dan memilih calon yang menjadi pendokong dan penyokongnya. Khairy harus lakukan demikian memastikan orang-orangnya menguasai di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Parlimen.
Najib Pening Kepala
Keadaan inilah menjadi Najib pening kepala. Najib juga berbuat demikian. Beliau harus tempatkan orang-orangnya seberapa banyak yang boleh. Ada kalanya mereka bertembung dalam memilih calon di sesuatu kawasan. Calon-calon yang mendapat restu Najib dibantah oleh Khairy atas berbagai alasan. Begitu juga calon yang dipilih Khairy diprotes oleh orang Najib. Bagaimana pun pertembungan tersebut tidak memberi kesan kepada BN. Ia tidak sampai menyebabkan calon BN baik calon pro Khairy atau pro Najib akan kalah.
Sokong Najib, Muyiddin
Kalah menang mereka terletak kepada pemikiran dan sikap pengundi di kawasan-kawasan berkenaan. Tetapi yang nyata pilihan raya ke - 12 ini adalah pilihan raya bagi menentukan pengaruh siapa antara Khairy dan Najib paling kuat. Tentu selepas pilihan raya kelak kita akan tahu dan dapat meramal nasib politik Najib dan Khairy. Tunggu! Akhir mukadimah`Walau pun BAHTERA ku condong ke barat biar tenggelam dari mematah haluan.. NAJIB, MUHYIDDIN jadi PM..kita tetap SOKONG dan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN AMIN.
October 1, 2008 8:16 AM
abupirate.


1 comment:
Sebenarnyer Khairy Jamaluddin mahu Menjadi Menteri Penuh.Kenyataan yang beliau tiada niat untok menjadi menteri selagi Pak Lah masih berkuasa adalah penipuan semata mata.Beliau mahu laluan yang cepat dan selamat selagi Pak Lah berkuasa.
KJ sepatutnya mahu menjadi Menteri Belia dan Sukan. Akan tetapi apabila Pak Lah mengumumkan perkara ini didalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu dulu , beliau mendapat bantahan yang hebat. Menurut sumber dalaman Umno, Muhyiddin Yassin dan Rafidah Aziz adalah penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.
Rafidah Aziz yang paling marah sehinggakan menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy Jamaluddin perosak Umno. Akhirnya Rafidah dikorbankan dan ditogelkan daripada dilantik kembali menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa.
Muhyiddin tidak dapat dikorbankan kerana Pak Lah bergantung kepada Naib Presiden Umno itu untuk terus kuat dalam Umno. Pak Lah yang pasti akan dilawan oleh Rafidah dan Wanita Umno tidak mampu untuk berlawan dengan banyak pihak. Sebab itulah Pak Lah harus memilih salah satu dan Muhyiddin dipilih kerana “ranking”nya yang paling kanan berbanding Rafidah.
Jika anda lihat senarai kebinet baru, anda boleh melihat kemaraan orang-orang Khairy. Wan Farid yang tidak bertanding didalam pilihanraya dilantik menjadi Senator sekaligus memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Apakah insiden Batu Burok akan berulang?)
Sepupu menantu PM Shaziman Mansor telah diangkat menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kata orang kementerian ini diantara lubuk duit alfulus)
Ketua Penerangan Umno, Mat Taib(Mike Tyson) yang rapat dengan Khairy juga telah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya. (Ini usaha untuk merampas kembali Selangor pada pilihanraya umum akan datang)
Walaupun tidak menjadi Menteri Kabinet, Khairy masih lagi menguasai kerajaan Malaysia. Apa tidaknya, dengan menguasai bapa mertuanya sahaja, beliau telah menguasai negara. Semua jawatan penting seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain tetap dikuasainya.Saya setuju dgn ABUPIRATE yang mana kupasan punca masalah sendiri..Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiriTidak dapat tidak sejarah akan membuktikan yang manifestasi-manifestasi ini hasil daripada 22 tahun Malaysia diperintah Mahathir Mohamad.
Gaya, cara, teknik, pendekatan dan taktik pemerintahan Mahathir selama 22 tahun yang lalu telah melahirkan apa yang kita hadapi sekarang. Manifestasi hari ini lahir setelah ia ditanam selama 22 tahun.
Seperti pokok durian, ia akan berbuah setelah 10 atau 15 tahun bijinya ditanam.
Yang kita tuai hari ini adalah biji dan benih-benih realpolitik yang telah ditanam dan dibajai oleh Mahathir. Sama seperti durian, jika benih yang baik, maka buahnya pasti baik.
Dalam realpolitik Mahathir, dia telah berjaya menanam biji politik yang diikuti oleh KJ dan NAJIB wassalam SELAMAT HARI RAYA
Post a Comment