Sila lihat di bawah artikel ini!
--------------------------------------------------------------------------
CALON-CALON TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Gambar Kiri: Dato' Halim Samad. Gambar Kanan: Shuib Ibrahim
UMNO Bahagian Setiawangsa akan mengadakan Persidangan Perwakilannya pada Sabtu yang akan datang ini, 25 Oktober, 2008. Persidangan yang diadakan di Hotel Nikko, Jalan Ampang ini akan dirasmikan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagiannya, Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Gambar Kiri: Dato' Halim Samad. Gambar Kanan: Shuib Ibrahim
UMNO Bahagian Setiawangsa akan mengadakan Persidangan Perwakilannya pada Sabtu yang akan datang ini, 25 Oktober, 2008. Persidangan yang diadakan di Hotel Nikko, Jalan Ampang ini akan dirasmikan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagiannya, Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ini telah pun mengadakan persidangan perwakilan masing-masing pada 12 Oktober yang lepas; yang menyaksikan Hairunnisha Bivee Ismail berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Bahagian. Sementara itu Azmi Badarudin pula telah berjaya merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, manakala Seri Wani Sabtu telah muncul sebagai Ketua Pergerakan Puteri Bahagian yang baru.
Zulhasnan Masih perkasa
Dato' Halim Digugat oleh Shuib
Sepertimana yang telah diperkatakan, Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah membuktikan keperkasaannya di Bahagian Setiawangsa apabila berjaya mendominasi sebagai calon tunggal bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian untuk sesi 2008 - 2011. Namun begitu Dato' Halim Samad penyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa menjadi tidak senang duduk setelah jawatannya itu dicabar oleh sahabat karibnya dahulu, Shuib Ibrahim yang dilihat mampu memberikan saingan hebat terhadapnya.
Empat Calon Naib Ketua Bahagian
Bakal Memperagakan Jenama Perjuangan
Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula memperlihatkan empat calon yang akan berentap bagi menggantikan penyandangnya sekarang iaitu Kpt (B) Rafli Jusoh yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini. Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Dato' Izudin Ishak, Ahmad Yamin Dato' Rahim dan Zainal Tan Sri Mahmood merupakan empat calon yang telah mengesahkan untuk menyertai sirkit pertandingan merebut jawatan nombor tiga UMNO Bahagian kali ini. Keempat-empat calon ini telah menunjukkan keyakinan masing-masing dan dikatakan sedang menghias diri untuk muncul sebagai model yang bakal memperagakan jenama perjuangan untuk masa depan UMNO Bahagian Setiawangsa.
CALON-CALON NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA
Dari Kiri - Zainal Tan Sri Mahmood, Dato' Izudin Ishak dan Dato' Ahmad Fauzi Zahari. Gambar Bawah: Ahmad Yamin Dato' Rahim
Siapakah yang bakal berjaya memikat hati para perwakilan yang menjadi juri pada 25 Oktober nanti? Semuanya bergantung kepada kebijaksanaa calon yang akan bertanding, di samping tidak memperlekehkan jari jemari perwakilan yang akan mengundi nanti. Harus diingatkan juga bahawa semua jawatan yang dipertandingkan itu bukanlah menjadi hak milik persendirian sehingga sanggup menghamburkan kata-kata nista kepada orang lain yang dilihat tidak cenderung kepada dirinya. Calon yang bertanding hanyalah pemikul amanah kepada sebuah parti yang sedang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Berjati Diri, Bukannya Kaki Ampu
Oleh sebab itu, kita harus memilih calon-calon yang berpotensi, berkeupayaan dan memiliki ciri-ciri dinamika sebagai seorang pemimpin yang berjati diri, bukannya dari kalangan mereka yang kaki ampu, berkepentingan diri dan diselaputi dengan sifat keangkuhan sehingga memandang rendah kebijakan orang lain.
Oleh sebab itu, kita harus memilih calon-calon yang berpotensi, berkeupayaan dan memiliki ciri-ciri dinamika sebagai seorang pemimpin yang berjati diri, bukannya dari kalangan mereka yang kaki ampu, berkepentingan diri dan diselaputi dengan sifat keangkuhan sehingga memandang rendah kebijakan orang lain.
UMNO mesti diperkuatkan dengan penggemblengan tenaga semua kabilah yang terdapat di dalam UMNO. Tidak semestinya mereka yang tidak sekabilah dengan kita semasa musim pertandingan kali ini dilihat sebagai musuh, sedangkan mereka juga berhak untuk menuding diri kita sebagai musuhnya. Jika inilah yang berlaku di dalam UMNO, terimalah padahnya nanti, kerana gelagat kita sedang diperhatikan oleh generasi muda yang sedang dipikat untuk mendekati UMNO.
Sokong Membawa Rebah
Pemimpin UMNO yang bakal diletakkan di singgahsana Bahagian Setiawangsa ini hendaklah pemimpin yang selenggang sehayun sebagai saf kepemimpinan yang boleh bekerja bersama-sama dengan Ketuanya. Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang sudah diangkat sebagai Ketua UMNO Bahagian ini tidak mungkin dapat membahterai kepimpinannya, jika di kelilingi oleh juak-juak yang hanya menyokong membawa rebah.
Calon-calon Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasa Bahagian yang sedang dipertandingkan ini haruslah menjuruskan diri masing-masing untuk menjadi benteng kekuatan parti, bukannya pelonjak kepada kehancuran parti. Janganlah ada hendaknya dari kalangan calon-calon yang bertanding merasakan jawatan-jawatan yang direbut ini mempunyai 'hak istimewa peribadi' sehingga terlupa jawatan-jawatan tersebut adalah 'Kepunyaan Parti' yang akan ditentukan oleh ahli-ahli secara demokrasi bagi setiap peringkat bermula daripada Cawangan membawa kepada Bahagian dan seterusnya ke Peringkat Perhimpunan Agung UMNO.
Menang bukannya Keemenangan Peribadi
Yang Kalah Jangan Disisihkan
Harus juga diingatkan bahawa calon yang menang, bukannya kemenangan total peribadi, tetapi ianya adalah kemenangan total untuk kita semua. Manakala calon yang kalah pula, bukanlah bakal menerima hukuman untuk disisihkan, mereka juga berhak untuk diajak berpasukan sebagai paksi kekuatan dalaman UMNO dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
------------------------------------------------------------------------------
DI ANTARA MEREKA YANG MENAWARKAN DIRI
(Tapi ini bukan CHAI tau....)
(Tapi ini bukan CHAI tau....)
Ahmad Yahya Yaakob (Tanding Pengerusi Tetap dan G7)
Kiri: Rosli Mohamad, Kanan: Ahmad Laili Tajul Arus
Tanding AJK dan G7
Kiri: Abd. Rahman Hashim, Kanan: Othman Baba
Tanding AJK dan G7.

Kiri: Dimyati Jaffar (Tanding AJK) - Kanan: Muner Nasution (Tanding AJK & G7)
Kiri: Haji Radhi Harun (Tanding AJK) - Kanan: Samsuri Shahrom (Tanding G7)
Kiri: Haji Yusof Ishak, Kanan: Wan Zainal
Tanding AJK
Kiri: Abdullah Mat, Kanan: Haji Ahmad Hashim
Tanding G7
Kiri: Sekandar Khan, Kanan: Hamzah Marakan
Tanding AJK dan G7

Kiri: Roselan Abd. Rahman, Kanan: Abu Bakar Ismail
Tanding AJK
Kiri: Abas Mat Dom, Kanan: Nasir Mohd. Amin
Tanding AJK & G7
Kiri: Mohd. Radzi Jaafar, Kanan: Mohd. Alias Hamzah
Tanding AJK


8 comments:
askm wbt. saya amat bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh abang rahman. kepimpinan yang hendak dipilih mesti kepimpinan yang mempunyai jati diri yang kental dan nilai murni yang dibenarkan oleh Islam dan bukan nilai yang dibenarkan oleh budaya politik melayu songsang. Bukan budaya politik yang berlandaskan fitnah, tohmahan, hasutan, dan lontaran kata kata kesat kepada seseorang. Dizaman khulafaq arrashidin, tidak seorang pun khalifah yang memperlihatkan budaya politik yang luar btasan dan tabii budaya dan hukum hakam Islam. Contoh ini harus kita ambil untuk menjadi pemimpin besar. Kata orang, kalau kita berjalan dalam hutan, jangan sampai ranting kayu kedengaran.
Kepribadian yang mulia dan dituntut oleh Islam mestilah menjadi keutamaan dalam memilih pemimpin. Kerana kepribadian sebegini tidak boleh dijual beli dan maruah untuk bangsa melayu dan islam akan sentiasa terjamin. saya mohon menyokong pendapat lontaran abang hashim.
Askm wbt ... abang rahman telah menengahkan sifat seorang pemimpin yang disenaraikan yang MAMPU untuk memberikan keutuhan kepimpinan di setiawangsa agar ianya sentiasa segar dan disegani dan dihormati. abang rahman kata senarai mampu ADALAH:
MAMPU
Bijaksana
- ertinya bila bertindak dia tidak gopoh dan gapah. dia boleh membuat keputusan dengan penuh rasional dan tepat berlandaskan fakta dan maklumat yang ada. dia bijaksana dalam memberikan nasihat yang membangun dan dia bijaksana dalam mengeluarkan idea dan pendapat yang bernas dan munasabah. Bijaksana ini dalam bahasa inggerisnya adalah wisdom.
Amanah
- apabila diberikan tanggungjawab ..dia akan melakukan yang terbaik mungkin mengikut kemampuannay sebagai insan dan hamba Allah. Aapa jua jawatan yang dipegangnya berlandaskan kepada keperdulian untuk melaksanakn tanggungjawab dengan penuh sikap akauntabiliti yang tinggi.
Dinamis
- dinamis atau dinamik ini bermakna dia mestilah sentiasa peka dengan keddudukan kepimpinan masa kini dan kehendak akar umbi. bukan kehendak dirinya sendiri. bukan kehendak akar umbi yang direka rekacipta tetapi kehendak akar umbi yang sebenarnya. dia juga mempunyai kebolehan untuk mengatasi masalah atau konflik dengan kebaikan dalam apa juga situasi yang dihadapinya. Dia pandai melihat perubahan persekitaran agar dasar atau tindakan yang mahu dilaksanakanakan tepat dan tidak membuang waktu serta tidak memberikan faedah kepada rakyat umum.
Berkarisma
mempunyai daya tarik yang menarik dengan kepetahan dia menghujahkan sesuatu; kepintaran dia berfikir; ketrampilannya yang membuatkan orang tertarik dengan cara dan gaya yang dipersembahkan dan dia tahu dengan mempunyai anugerah sebegini maka dia akan memberikan manfaat kepada bangsanya.
Berjiwa rakyat
- mengetahui apa keluh resah dan kemahuan rakyat. apa jua yang dilakukan adalh untuk rakyat dan bukan untuk mencari kepopularanm dan glamor demi kepentingan diri sendiri. berjiwa rakyat ini adalah satu sifat yang hidup dalam jiwa seorang pemimpin dengan secara semulajadi. dia bukan satu sifat yang dibentuk atau boleh dibuat buat.
Berhati mulia
- apabila dia mengeluarkan perkataan dia tidak mengakitkan hati; apabila dia tidak bersetuju dia tidak memaki hamun manusia; dia tidak akan mengeluarkan kata kata kesat dan menrendahkan kewibawaan seseorang sehingga sanggup melondehkan keaiban manusia itu. Dia mesti mempunayi hati yang mulia untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya; tidak mempunyai hasaad dengki dan dendam. dan pegangan dirinya adalah ISLAM yang menuntut kemuliaan tersebut.
Tulus ikhlas
- ikhlas melakukan sesuatu tanpa meminta dipuji puji dan diangkat melambung namanya. Apa yang dilakukan hanya untuk mendapatkan keredhai Allah swt.
Berwawasan
- mempunyai idea yang bersifat futuristik dan bukan bersifat status quo. mempunyai pandangan masa depan untuk bangsa dan agama serta negara dengan jelas dan tidak kabur. misi yang boleh diiikut dan dihormati dan visi yang realistik.
Bertanggungjawab
- bertanggungjawab atas kelakuan serta tindakan yang diambilnya samada benar atau tidak benar. sanggup berhadapan dengan kritikan yang pedas dan mengancam. bertanggungjawab mengatakan yang benar ..itu benar dan yang salah itu salah...walaupun pengikutnya sendiri atau ketuanya sendiri. bertanggungjawab menjaga keharmonia dan keamanan serta kehormatan seseorang. janganlah bila dan mengutuk ..bila ditanya tak mengaku! Bila ditanya pemimpin ini man duit maka jawapannya tidak..walhal dia tabur duit kesana ke sini...ini manusia yang tidak bertanggungjawab
Berhemah
- bila berbahasa, dia menggunakan bahasa yang lembut dan lunak agar sipendengar tidak terasa hati dan tersinggung. dalam menegur ada cara Islam yang terbaik yang boleh digunakan untuk memberikan nasihat. Namun ramai yang gagal mempraktikkannya. Kita boleh cakap tetapi melakukannya adalah satu cabaran yg besar dan hanya orang berjiwa besar sahaja boleh melakukannya.
Budiman
- dia boleh menghulurkan bantuan sedikit sebanyak tanpa memudaratkan kehidupan sehariannya. berbudiman ini dituntut oleh allah tetapi bukan berbudiman hanya waktu pilihanraya umno tetapi mesti berbudiman setiap masa. berbudiman ini boleh diterjemahkan dalam ertikata wang; masa dan tenaga serta pendapat dan idea yang ada.
Setiakawan
- kesetiakawan ini penting dalam kehidupan. fungsinya amt bagus kerana jika kita memegang sifat ini, maka jika kawan kita salah maka kita hendak BERTANGGUNGJAWAB dan IKHLAS serta BERHEMAH dalam menegur kawan kita. jangan kerana setiakawan maka kesalahan kawan kita tutup mata dan salah orang lain diperbesar besarkan. jangan kerana Setiakawan kesalahan tak nampak dan tak tegur. itu salah.
Muafakat
- pemimpin yang menengah kemuafakatan ini amt lah baik kerana dia akan membina satu bangsa dan masyarakat yang bersepadu dan menjadika perpaduan itu sebagai asas utama dalam membela nasi bangsa. permuafakatan adalah proses pembinaan sesebuah masyarakat yang bersepadu dengan mengambil kira pandangan dan juga idea ramai dan tidak hanya untuk menengahkan idea dia sahaja.
Pejuang Agama
kalau dia nak menjadi pejuang agama; dia pertamanya mesti faham agama; mesti menjadi orang yang paling bertaqwa dikalangan sahabatnya; dan orang tahu hukum hakam serta nilai tuntutan agama. kita tak mahu pejuangb agama yang bermusim. pejuang agama bukan berarak waktu maal hijrah atau malud nabi. tetapi apabila ada persoalan agama yang diperkotak katikkan oleh orang lain, bangsa lain maka pemimpin itu harus ketengah untuk mempertahankannya..bukan menjadi pejuang agama tunggu dan lihat. pengecut dan bacul apabila persoalan agama dihina oleh bangsa lain.
Pejuang Bangsa
- akan sentiasa risau akan kedudukan bangsanya. dan sering berusaha untuk memastikan bangsanya itu terus dihormati dan disegani. mempejuangkan bangsa mestilah tidak dijadikan bahan retorik politik bermusim. bukan satu sifat yang berpura pura.
Patriotis
- cintakan negara seperti mencintai nyawanya sendiri. kepentingan negara mesti diutamakan daripada kepentingan diri sendiri.
inilah pengertian dari pandangan saya. mungkin terdapat pandangan yang berbeda tetapi perbedaan pendapat atai wujudnya iktilaf ini adalah perkara biasa adalah baik demi agama, bangsa dan negara.
Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada Prof. Dr. Fithri yang telah memberikan fokus dan pandangan konstruktif terhadap penulisan artikel saya, dengan kupasan yang menarik bersulamkan nasihat serta memiliki kewajaran untuk dinilai. Pemikiran Dr. Fihtri harus diambil iktibar untuk diterapkan dalam aspek kepimpinan bukan sahaja di Bahagian Setiawangsa, malah untuk renungan semua pihak yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin.
Pujian yang diberikan bukan bermakna saya terlalu bagus melangit sehingga terlupa bahawa diri kita adalah hamba Allah yang serba serbi kekurangan.
Saya berharap pujian yang diberikan itu tidak mendorongkan saya menjadi seorang yang lupa daratan, tidak bersyukur dan tergolong pula dalam lingkaran manusia yang hipokrit. Saya bimbang jika itu yang terjadi, sehingga menjerumuskan diri kita sebagai manusiawi yang tidak lagi relevan untuk diangkat menjadi pemimpin.
Saya ingin berkongsi ilmu dengan wisdom yang tulus yang telah dikemukakan oleh Dr. Fthri di dalam blog sini.
Marilah kita bertekad untuk melakukan muhasabah diri untuk membentuk syaksiah kepimpinan yang berteraskan nilai-nilai kebertanggungjawaban dalam memakmurkan muka bumi ini.
Ingat apa jadi pada norsiah...
SIAPA PEMIMPIN KUALITI SIAPA PEMIMPIN BALACHI. perbezaan antara pemimpin berkualiti dan pemimpin balaci. Jika pemimpin berkualiti begitu tegas dalam mempertahankan prinsipnya, pemimpin balaci pula sanggup menperdagangkan prinsip perjuangan, hanya untuk berasa selesa berada didalam jawatan dan mendapat sedikit kuasa. Pemimpin balaci inirela maruah dan prinsip parti digadaikan semata-mata untuk menampakkan diri nyer hebat. Pemimpin balaci ini tidaklah boleh dianggap setaraf dengan kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh sdra abdul rahman hashim Apa gunanya perjuangan, jika prinsip dan dasar parti pun mampu untuk digadai, dijual beli dan ditolak kesana sini. Apa gunanya menjadi satu pemimpin yang kononya hebat di mata balachi balachi sokong yang membawa rebah , namun tidak dapat merealisasikan impian dan perjuangan parti. Pemimpin jenis apakah ini?
Jesteru itu, jadikan ini sebagai kayu pengukur antara dua pemimpin. Satu tegas dengan prinsip dan bermaruah, satu lagi sanggup menggadai maruah dan prinsip hanyalah untuk undi dan kerusi. Berani kata, berani kota. Berani berjuang dan berani menerima kekalahan. Itulah kualiti pemimpin sejati. Bukan hanya pandai bercakap,tapi tak pandai menjadikannya realiti. UMNO ialah TUNJANG kekuatan negara, bukan hanya parti tempatan yang hanya bertaraf burung kakak tua... hanya reti mengangguk sahaja tanpa suara.. Setelah lemas dibuai mimpi ..................
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Pertanyaan dan kefahaman kita mengenai apa yang sebenarnya Melayu mahu perlu ada. Adakah Melayu itu mahu dilihat sebagai pemegang kuasa politik sahaja atau mahu kedudukan kita meningkat terus dengan nilai dan keperibadian yang kukuh dan unggul melangkah kemodenan. Adakah kita mahu Melayu itu terus bersengketa dengan persengketaan itu hanya untuk mengoyak-goyak pakaian politik antara sesama tanpa mengira implikasi terhadap nasib kaum itu sendiri?
Adakah ini di namakan kemajuan untuk Melayu. Adakah serangan demi serangan dari Melayu kepada Melayu dapat meningkatkan pencapaian Melayu atau kita seharusnya mengetepikan soal perbalahan demi untuk Melayu. Satu yang penting adalah untuk Melayu bergabung untuk menentukan arah tuju politik.
Langkah kita semakin pincang. Melayu semakin keliru – bila Melayu itu dipisahkan dengan pakaian politik mereka. Melayu terus menerus diserang – oleh Melayu yang mahu sesuatu dan oleh Melayu yang mempertahankan sesuatu – sedang hakikat tidak memperjuangkan Melayu. Maka masa depan Melayu terus gelap di Tanah Melayu.wassalam..selamat bersidang pada 25 october nanti..HIDUP MELAYU SETIAWANGSA
saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Abupirate ini walaupun ini bukan nama sebenarnya.
Saya mengajak kepada saudara yang membaca dan yang suka memberikan komen agar menjadi pejuang dan pemimpin yang berprinsip dengan langkah yang pertama adalah apabila kita berhujah hendaklah bertanggungjawab dengan hujahnya dan berani memberikan nama sebenar supaya orang tahu siapa diri kita agar penghormatan diberikan dan darjat diri dapat diangkat kerana mempunyai prinsip. oleh itu saya seru agar pembaca blog ini bila mahu komen agar meletakkan namanya yang sebenar supaya nampak ada prinsip; berani dan beretika dalam hujahnya.
tentang apa yang dikatakan oleh "abupirate" itu bahawa pemimpin berkualiti dan pemimpin balaci yang telah diberikan pengertian amat lah menarik.
Pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang tahu tanggungjawabnya sebagai pemimpin samada dengan dirinya, dengan keluarganya, masyarakat, rakyat dan juga ketua atasannya. Pemimpin yang berkualiti memang patut ada prinsip tetapi penterjemahan kepada prinsip tersebut mestilah mengikut lunas adat Melayu bertunjangkan Islam dan bukan mengikut adat resam orang kafir dan tidak beragama dimana untuk menegakkan prinsip semua perkara dihalalkan caranya.
Orang yang berprinsip akan menegur kawan sendiri kalau mereka menyimpang dari landasan perjuangan. Misalnya kalau kawan kita memfitnah dan mentohmah seseorang, kita yang BERPRINSIP, hendaklah menegurnya dengan baik dan hemah dan berani menerangkan bahawa perbuatannya salah dan bukan pula bersetongkol dengannya. Kita harus jelas PRINSIP PERJUANGAN APA YANG NAK DIPEGANG? Prinsip PERJUANGAN MELAYU ATAU PRINSIP PERJUANGAN MELAYU YANG BERTERASKAN ISLAM?
Pemimpin balaci yang dikatakan pemimpin angguk angguk ini ada benarnya. Benarnya apabila pemimpin dengan sesuka hati mengikut sahaja apa yang disuruh tanpa memeriksa dan menghitung atau membuat penilaian akan kesan ikutan tersebut. Dengan kata lain pemimpin Balaci adalah pemimpin yang ikut tanpa pedoman dan kebijaksanaan.
Saya rasa, saya ingin mengingatkan diri saya dan saya menyokong pandangan abang rahman yang amat articulate sekali dalam soal kepimpinan ini, eloklah kita membuat muhasabah diri dan menilai apakah yang harus kita semai dalam jiwa kita jikalau kita bercita cita untuk menjadi seorang pemimpin. sya rasa seorang pemimpin itu harus mempunyai kekuatan minda yang kuat dan tahap keintelektual berfikir dan mengurus maklumat di dalam minda mestilah kukuh.
inilahpandangan saya yang saya cedok dari beberapa pemikiran abang rahman.
Salam Perjuangan,
Saya amat tertarik dengan segala pandangan di atas. Baik-buruk, untung-nasib UMNO segala berada dalam tangan kita.
Kita selaku khalifah UMNO akan berjuang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pemimpin serta pejuang terdahulu yang mampu kita nikmati sekarang. Percayalah bahawa tiada yang sanggup melihat nikmat yang kita perolehi selama ini akan luput dari bumi Malaysia yang bertuah ini. Tiada yang sanggup melihat anak cucu kita akan kempunan untuk merasai apa yang kita rasakan hari ini.
Oleh yang demikian, berhijrahlah... beranjaklah... demi ketahanan agama, bangsa dan negar yang amat kita kasihi ini.
Percayalah bahawa kepimpinan UMNO perlukan sentimen baru yang bertongkatkan meritokrasi dan bukannya bersayapkan tender.
Duit adalah segala-galanya atau
Segala-galanya adalah duit...
MAT SIRAT - TEPUK DADA, TANYA SELERA...
MAT SIRAT
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
Songkok Tinggi
Mohd Radzi Bin Jaafar
NO Calon AJK 48
Kepada calon yang bertanding saya mengucapkan tahniah kerana menawarkan diri untuk berkhidmat pada PARTI UMNO di Bahagian setiawangsa .
Kepada yang memberi pandangan baik dalam ruangan LOCENGWANGSA ia dilihat memperkayakan lagi nilai nilai yang membawa kepada kesedaran
semasa hala tuju parti yang tentunya menjadi tanggungjawab ahli parti .
Walau pon ada beberapa pandangan yang pahit yang harus kita telan bersama,namun begitu ada juga pandangan berbau emosi ,ada juga pandangan yang manis dibibir.Apa pon segala bentuk pandangan yang dinyatakan sudah tentu ada nilainya yang tersendiri.
Akhir kata ,selamat bersidang .
Post a Comment