assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, September 28, 2008

UMNO berkuasa yang GILA kuasa

Jika dilihat secara makrifat, UMNO yang kini di tampuk kuasa seakan-akan semakin hilang taringnya sebagai penguasa di negara ini, angkara penguasa-penguasanya terlalu gilakan kuasa sehingga liat untuk melepaskan kuasa. Apakah UMNO hari ini yakin dengan kuasa yang berbaki ini untuk meyakinkan rakyat akar umbi supaya UMNO terus mendominasi kuasanya?
Adakah pemimpin UMNO hari ini sedar betapa gelagat mereka sedang diperhatikan oleh rakyat, dan akhirnya rakyat diperlihatkan ungkapan-ungkapan pemimpinnya yang diselaputi dengan 'hipocracy' yang menjuruskan kekuasaan UMNO yang rapuh untuk terus berkuasa.
wujud chah keting
Kenyataan-kenyataan yang menyongsang telah mengakibatkan pemimpin UMNO tidak sekata lagi dalam mempertahankan kuasa yang ada pada ketua mereka. Kewibawaan dan keperkasaan 'Ketua Parti' tidak lagi berbisa untuk diagungkan, kerana wujudnya 'chah keting' di dalam Majlis Tertinggi UMNO sendiri.
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang telah mewarisi takhta Che' Det pada Oktober 2003 dianggap begitu lemah untuk memimpin UMNO. Pelbagai dasar koridornya dilihat tidak menyengat dan gagal menarik pelaburan untuk merakyatkan gagasan ekonomi yang dirancang. Sebenarnya kerancakan untuk merakyatkan pertumbuhan ekonomi di negara ini memerlukan iltizam kepimpinan yang lebih dinamik, dan maaf cakap, bukannya seperti Pak Lah!
populariti merudum
Sejak memimpin negara dan UMNO, faktor memanjakan KJ dan anaknya Kamaludin telah mengakibatkan popularitinya merudum hingga ke paras kebencian yang melampau. Remote control di tingkat 4 dikatakan begitu mendasari pemikiran politiknya. Tun Dr. Mahathir turut menyatakannya begitu sebagai tanda bersetujunya beliau dengan pendapat-pendapat yang lain yang membidas kepimpinan Pak Lah.
Ketika mempertahankan kritikan tersebut, Pak Lah juga pernah berkata bahawa Dr. Mahathir juga sama sepertinya memberikan muka kepada anaknya. Samada andaian itu benar ataupun tidak, tetapi kenyataan itu sudah cukup membuktikan betapa beliau dikatakan masih 'referency' kepada KJ dalam tindak tanduk politiknya.
Kini KJ yang meminta supaya dirinya dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO semakin menjadi liablity kepada kepimpinan Pak Lah. KJ kini menjadi semakin gelisah setelah MT membuat ketetapan menangguhkan perhimpunan agung UMNO yang dijadualkan pada bulan Disember tahun ini kepada Mac tahun hadapan.
KJ bimbang
Beliau tidak bersetuju dengan ketetapan tersebut bukan bermakna beliau bersetuju untuk menyegerakan peralihan kuasa yang bakal melenyapkan kuasa bapa mertuanya di dalam UMNO dan juga negara, tetapi KJ lebih bimbang dengan pengumuman bapa mertuanya pada 9 Oktober nanti untuk tidak bertanding sebagai Presiden UMNO dalam perhimpunan agung pada bulan Mac depan, yang akan memberi kesan kepada pencalonannya sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Sudah pasti KJ akan berhadapan dengan sindrom kebencian terhadap dirinya, dan kemungkinan besar KJ menghadapi laluan lebih sukar untuk melepasi pencalonan bagi jawatan yang diidamkan itu setelah Pak Lah mengumumkan tidak bertanding jawatan Presiden.
KJ lebih selesa dengan peralihan kuasa pada tahun 2010 sebagaimana yang dipinta oleh Pak Lah sebelum ini, kerana Pak Lah dikatakan akan bertanding jawatan Presiden di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada bulan Disember depan, dan hanya akan memindahkan kuasanya kepada Timbalannya nanti pada 2010 (Belum pasti Najib..).
KJ merasakan pengaruh bapa mertuanya itu mampu melonjakkan namanya untuk menggantikan Hishammuddin mengetuai Pemuda UMNO, seterusnya dilantik menjadi Menteri. KJ juga kecewa dengan desakan yang membuatkan bapa mertuanya kelihatan untuk berundur lebih awal.
Pak Lah terkejut
Sebelum ini Tan Sri Muhyidin Yasin, Naib Presiden UMNO telah membuat gesaan supaya Pak Lah menyegerakan peralihan kuasanya tanpa menunggu 2010. Desakan sedemikian telah membuatkan Pak Lah terkejut, kerana Muhyiddin adalah Menteri kabinetnya. Begitu juga Dr. Rais Yatim secara terbuka menggesa supaya jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden dipertandingkan untuk memberi ruang dan peluang ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk menentukan sendiri peralihan kuasa di dalam UMNO.
Dato' Sri Najib juga telah terbabas membuat kenyataan menyinggung bosnya itu dengan menyatakan respon terhadap saranan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyidin Yasin. Dato' Sri Najib bersetuju supaya perwakilan UMNO yang menentukan peralihan kuasa, sekaligus telah menyanggah keputusan yang telah dicapai sebelumnya untuk menunggu sehingga 2010.
wujud tekanan
Pak Lah mulai terasa wujudnya suatu tekanan yang mendesak supaya beliau memikirkan untuk menyegerakan peralihan kuasa. Dipercayai bahawa diantara Pak Lah dan Najib telah kerap berbincang untuk mencari satu formula bagaimana untuk menyekat desakan yang begitu berombak menyuruhnya berhenti lebih awal.
Pak Lah telah menampakkan bunga-bunga untuk menyerahkan kuasanya kepada Najib dengan mengumumkan pertukaran jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya kepada Dato' Sri Najib, manakala Pak Lah sendiri akan mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan yang disandang oleh Najib sebelum ini. Apakah relevan daripada pertukaran jawatan itu? Terlalu banyak andaian dibuat mengenainya, namun begitu Pak Lah berkata ianya suatu proses transisi di dalam pelan peralihan kuasa yang telah dibincangkannya dengan Najib.
Transisi ikut telunjuk
Nampaknya Pak Lah begitu berminat untuk melakukan transisi kepimpinan UMNO mengikut telunjuknya tanpa menyedari bahawa proses pemilihan jawatan di dalam UMNO yang semakin hampir merupakan landasan terbaik untuk melakukan 'reformasi' kepada UMNO dan juga kerajaan.
Ketetapan yang menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO hingga ke bulan Mac tahun hadapan dilihat oleh Tengku Razaleigh Hamzah sebagai kebudak-budakan. Beliau yang disebut-sebut akan memperolehi pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Presiden UMNO begitu kecewa dengan ketetapan yang diambil dan menyifatkannya sebagai satu sandiwara ataupun permainanm kebudak-budakan - 'mula-mula jadi, kemudian tak jadi, dulu Disember kemudian Mac, kemudian Jun'.
Menyerah Harta
Beliau menyifatkan pelan Perdana Menteri untuk menyerah kuasa kepada Timbalannya itu, umpama 'menyerahkan harta', dari seorang kepada yang lain. Beliau seterusnya dengan nada kecewanya menggesa supaya ahli-ahli UMNO menolak penangguhan itu, kerana beliau mendakwa tiada peruntukan dalam perlembagaan UMNO yang membuat demikian.
Katanya, jika ada pun peralihan kuasa mengikut perlembagaan parti, ia mesti dilkakukan setiap tiga tahun sekali di semua peringkat. Tengku Razaleigh juga menyifatkannya sebagai tidak demokratik dan Malaysia akan menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa.

1 comment:

Anonymous said...

Dalam Umno ada dua orang yang memasang angan-angan atau bercita-cita besar untuk menduduki kekuasaan negara. Mereka ialah Najib Razak dan Khairy Jamaluddin.

Hakikatnya pilihan raya ke - 12 adalah pertandingan antara pembangkang dengan parti memerintah Barisan Nasional. Rasanya orang ramai tidak begitu berminat untuk mengetahui apakah kesudahannya nanti. BN pasti akan menang dan membentuk Kerajaan sekali lagi.

Tidak ada tanda-tanda kubra menunjukkan rakyat akan melakukan perubahan ke atas Kerajaan yang berkuasa selama ini. Walaupun Dr Mahathir Mohamad membuat seruan dan mengkritik kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi namun kesilapan-kesilapan tertentu dilakukannya sebelum ini (Mahathir) masih dikenang rakyat. Ini menjadikan rakyat membuat kesimpulan Dr Mahathir lebih kurang Abdullah saja atau setenganya lebih parah daripada Abdullah.
Justeru apa yang menarik tentang pilihan raya ini ialah satu game yang berlaku di sebaliknya. Game yang dimaksudkan itu perlawanan antara mereka yang bercita-cita besar dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.
Dalam Umno ada dua orang yang memasang angan-angan atau bercita-cita besar untuk menduduki kekuasaan negara. Mereka ialah Najib Razak dan Khairy Jamaluddin.
Mereka ini sedang bertempur secara aman. Kalau orang tidak dapat membaca kilau dalam kilat tidak nampak akan game kedua orang ini. Mereka seolah sedang bermain catur menerusi internet! Khairy sedang berusaha mengumpulkan kekuatan dan pengaruh. Najib juga begitu sedang memperluas dan memantapkan pengaruhnya.
Dalam mengejar cita-cita untuk menjawat jawatan yang pernah disandang oleh bapanya (Razak Hussein) dan juga bapa saudaranya (Huseein Onn) Najib tidak gentar kepada orang lain. Muhyuddin Yassin dan Ali Rustam umpama tali refia yang rapuh dan mudah putus dan mudah pecah. Kena air tali itu memberai. Muhyuddin dan Ali Rustam bukan pencabarnya. Mereka berdua tidak ubah seperti budak penjaga lembu bagi Najib.
Orang yang Najib takut ialah Khairy. Anak muda yang bukan sembarangan. Dari segi kelulusan, intellegent, kepetahan dan berfikir Khairy jauh menyerlahkan kehebatan berbanding dengan Najib. Dilihat kepada warna kulitnya juga menjelaskan akan kehebatan Khairy. Dia berwarna macam burung buk-buk yang keras tetapi mempunyai kepintaran tinggi dan tahu mengubat anaknya yang kepatahan kaki.
Najib dalam usia seperti Khairy lebih banyak jadi tukang ikut telunjuk saja. Jarang bahkan tidak ada pemikiran, falsafah yang ditunjuki Najib. Malahan kegagalan banyak dicatat Najib misalnya sewaktu menjadi Menteri Besar Pahang rekod perkhidmatnya amat teruk sekali sehingga Pahang hampir-hampir bankrup. Najib dalam usia itu lebih banyak berfoya-foya daripada berkerja.
Semasa memimpin Pergerakan Pemuda Umno juga Najib tidak seberani dan sebiadab Khairy dalam mempertahankan isu mengenai negara dan juga Umno. Sikap ‘main selamatnya’ mengecewakan banyak orang termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim. Najib tidak pernah pendapat perhatian daripada sesiapa tidak seperti Khairy yang mendapat perhatian istimewa oleh Dr Mahathir Mohamad.
Kalau Khairy tidak bisa, tidak terror dan mampu mengugat politik Dr Mahathir masakan Dr Mahathir menghabiskan air liur mengulas dan mengupas mengenai Khairy. Ada kalanya Dr Mahathir menghentam Khairy seprerti mana beliau menghentam Gorge W Bush atau Paul Keting.
Ketrampilan Kahiry sangat ditakuti Najib.
Sebaliknya pula bagi Khairy orang yang paling ditakuti bukan ketuanya Hishamuddin Hussein tetapi, sepupu Hishamuddin, Najib Razak. Hishamuddin sudah lama diratah hidup-hidup oleh Khairy. Sejak Khairy menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda, Hishamuddin menjadi papet. Khairy tidak merasa hairan dan gentar kepada orang lain. Kebetulan pula Najib adalah orang nombor dua dan berpengaruh. Inilah yang menjadikan Khairy terpaksa mengatur strategi dan mencari seribu helah termasuk dengan cara baik.
Pilihan raya ini adalah kesempatan terbaik untuk kedua mereka mengatur strategi masing-masing bagi memastikan mereka terlepas dari jerat yang dipasang oleh antara mereka.sekali jerat tak kena..jangan lokek menembur umpan.. Baik Khairy ataupun Najib mereka menggunakan pilihan raya ini. Itu sebab pilihan raya ini adalah game menentukan masa depan bagi Najib dan Khairy.
Mereka berada dalam parti yang sama tetapi mempunyai cita-cita dan harapan berbeza. Doa mereka juga berbeza. Najib walaupun mahu pilihan raya ini BN menang, namun beliau tidak suka kalau kemenangan itu sampai gemilang dan cemerlang. Bagi Najib cukup setakat berjaya tubuh Kerajaan.
Najib mendoakan prestasi BN kali ini merosot. Beliau mahu jadikan kemerosotan itu sebagai tanda bahawa pengaruh Abdullah semakin lemah dan menurun. Bila pengaruh Abdullah menurun maka senanglah untuk para pengikutnya membuat alasan bagi meminta Abdullah turun dan Najib naik.
Kemerosotan pilihan raya ini juga menyebabkan prestasi dan saham Khairy akan jatuh mendadak. Kejatuhan itu tentu akan diambil kesempatan oleh penyokong Najib untuk melanyak Khairy. Harapan Khairy untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan gampang akan jadi sebaliknya. Pasti akan ada calon proksi Najib menentang Khairy.
Berlainan dengan Khairy. Beliau mahukan BN kekalkan kecemerlangan piliahn raya lalu. Bagi Khairy kalau pilihan raya ini dapat mengekalkan prestasi tahun 2004 ia adalah kejayaan besar. Kecemerlangan itu menjadikan saham naik mencanak.
Dalam percaturan dan peperangan ini, kedua mereka kini sedang bergasak sesama sendiri dalam diam. Khairy yang mendapat mandat daripada bapa mertuanya sedang mengatur dan memilih calon yang menjadi pendokong dan penyokongnya.
Khairy harus lakukan demikian memastikan orang-orangnya menguasai di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Parlimen. Keadaan inilah menjadi Najib pening kepala. Najib juga berbuat demikian. Beliau harus tempatkan orang-orangnya seberapa banyak yang boleh. Ada kalanya mereka bertembung dalam memilih calon di sesuatu kawasan.

Calon-calon yang mendapat restui Najib dibantah oleh Khairy atas bebagai alasan. Begitu juga calon yang dipilih Khairy diprotes oleh orang Najib. Bagaimana pun pertembungan tersebut tidak memberi kesan kepada BN. Ia tidak sampai menyebabkan calon BN baik calon pro Khairy atau pro Najib akan kalah. Kalah menang mereka terletak kepada pemikiran dan sikap pengundi di kawasan-kawasan berkenaan.

Tetapi yang nyata pilihan raya ke - 12 ini adalah pilihan raya bagi menentukan pengaruh siapa antara Khairy dan Najib paling kuat. Tentu selepas pilihan raya kelak kita akan tahu dan dapat meramal nasib politik Najib dan Khairy. Tunggu!akhir mukadimah`Walau pun BAHTRA ku condong ke barat biar tengelam dari mematah haluan..NAJIB,MAHUDDIN jadi PM..kita tetap SOKONG dan SELAMAT HARI RAYA MAAF DZHIR BATIN AMIN