assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, August 3, 2008

Ahmad Yahya Yaakob tanding jawatan Pengerusi Tetap Bahagian

Ahmad Yahya Yaakob (Gambar sebelah) , mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa tiba-tiba telah dicalonkan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian oleh UMNO Cawangan Pasar Air Panas yang bersidang pada malam kelmarin (2 Ogos 2008). Locengwangsa difahamkan bahawa pencalonan sulongnya ini akan disusuli dengan pencalonan sokongan daripada beberapa cawangan yang akan bersidang selepas ini.

Jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Setiawangsa kini disandang oleh Haji Abdullah Abdul Rahman, Ketua UMNO Cawangan Pangsapuri Setapak Jaya 1B. Sementara itu ketika tinjauan rambang dibuat mengenai kehadiran Ahmad Yahya untuk merampas jawatan Pengerusi Tetap ini, rata-rata merasakan Haji Abdullah Abdul Rahman bakal ditewaskan, kerana selama ini Haji Abdullah dilihat begitu angkuh dengan kekebalan dirinya yang dikatakan berselindung di sebalik pengaruh Dato' Sri Zulhasnan Rafique.

Ahmad Yahya Yaakob yang juga Ketua UMNO Cawangan Rampai Town merupakan tokoh yang disegani oleh penggiat politik di bahagian ini, kerana beliau juga dikatakan telah memberi laluan kepada Shuib Ibrahim untuk berhadapan dengan Dato' Halim Samad bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian musim ini.

Ahmad Yahya pada mulanya dijangka akan mengulangi persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian menentang Dato' Halim Samad, tetapi beliau lebih bersedia untuk mengambil alih kerusi Pengerusi Tetap pada kali ini. Difahamkan penyokong-penyokongnya yang masih belum bersidang akan meneruskan misi pencalonan bagi jawatan ini sebagai satu pertunjuk bahawa jawatan Pengerusi Tetap bahagian ini bukan lagi jawatan dominasi milik Haji Abdullah Abdul Rahman.
Sementara itu, jawatan Timbalan Pengerusi Tetap juga bakal menyaksikan saingannya, dimana Khir Johari Parlan (gambar kiri) daripada UMNO Cawangan Seksyen 10 Wangsa Maju dikatakan bakal menambahkan jumlah pencalonannya untuk jawatan ini. Persidangan UMNO Cawangan Taman Seri Rampai dan UMNO Cawangan Pasar Air Panas yang diadakan baru-baru ini telah melonjakkan namanya sekaligus telah melayakkan dirinya untuk menyertai pertandingan merebut jawatan Timbalan Pengerusi Tetap musim ini.

Di dalam persidangan UMNO Cawangan Pasar Air Panas yang diketuai Wan Zainal Abidin Wan Chee juga menyaksikan suatu kejutan dimana cawangan ini telah mencalonkan Shuib Ibrahim dan Dato' Ahmad Fauzi Zahari sebagai Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian. Dato' Izudin yang baru sahaja memperolehi satu pencalonan jawatan Timbalan Ketua Bahagian daripada UMNO Cawangan Balai Bomba Setapak juga diramalkan akan mendapat pencalonan jawatan ini di cawangan Pasar Air Panas, tetapi pengaruh Shuib Ibrahim telah membenamkan ramalan tersebut.

Dato' Halim Samad hanya dapat menambahkan satu lagi pencalonan untuk dirinya di Cawangan Taman Seri Rampai yang bersidang pagi sabtu lalu (2 Ogos). Sementara itu persidangan UMNO Cawangan Semarak Utara yang bakal diadakan hari ini, Ahad (3 Ogos) juga dilihat akan mengenepikan pencalonan Dato' Halim Samad, sebaliknya cawangan ini dikatakan begitu cenderung untuk mencalonkan Shuib Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Bahagian. Difahamkan, keadaan yang sama juga bakal berlaku di cawangan Pekan Setapak yang turut bersidang pada petang ahad ini.
BERITA TERKINI !

SHUIB IBRAHIM MELEPASI KELAYAKAN
TANDING TIMBALAN KETUA BAHAGIAN SETIAWANGSA
Shuib Ibrahim telah melayakkann diri untuk mempertaruhkan dirinya bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Setiawangsa setelah mendapat pencalonan keenam dan ketujuh daripada UMNO Cawangan Semarak Utara dan UMNO Cawangan Pekan Setapak yang telah bersidang pada Ahad, 3 Ogos lalu.
Sementara itu bagi jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Setiawangsa, Ahmad Yahya Yaakob telah menambahkan lagi pencalonannya setelah UMNO Cawangan Semarak Utara dan Cawangan Pekan Setapak mencalonkan beliau bagi jawatan tersebut. Begitu juga Khir Johari Parlan turut dicalonkan oleh kedua-dua cawangan yang bersidang itu bagi jawatan Timbalan Pengerusi tetap.

11 comments:

Anonymous said...

Sedara, sedara tahu tak MAT YANG tu pekak. Macam mana nak jadi Pengerusi Tetap. Baik jadi pemeiksa kira-kira je. entah apa-apale UMNO setiawanga ni.

Anonymous said...

tak baik menghina peribadi orang. Semua orang tak perfect termasuk diri kita sendiri. Bersyukurlah dengan pemberian Allah.

Anonymous said...

wahai saudara UMNOku..ikhlaslah dalam pencalonan satiap mereka yang nak dicalonkan..janganlah kita suka mengaibkan kawan2 kita dlam UMNO..sdr. Mat Yang tu mantan Tim. Ketua UMNO..

Anonymous said...

Tahniah buat sahabatku Rahman Hashim..laman blog sdra. amat berkesan dalam suasana pemilihan UMNO kali ini..inilah zaman teknologi namanya..apapun laman ni dapat memberi gambaran dan penjelasan yang terperinci buat sahabat2 yang rajin dan selalu mendekatkan diri dgn komputer..apapun tahniah buat sdr.Rahman..syabas sdrku..

Anonymous said...

Tahniah buat sdr. Khir Johari Parlan bakal tim. pengerusi tetap UMNO Bhg..mudah je jawatan tu tak semudah nak cai mcm beli toto atau magnum..keje setahun sekali tapi nak cai toto/magnum setiap minggu..apapun tahniah buat sdrku.

Anonymous said...

Buat sdr Mat Yang..harapan kami sdr dapat bersabar dengan karenah ahli2 UMNO cawangan setiawangsa yang dah HILANG AKAL calon sdr untuk jawatan P/Tetap Bhg..

Anonymous said...

khas buat tatapan sdr. yahaya mat taher(setiausaha cawangan )...nape sdr biarkan sdr mat yang dihina begitu sekali dek kawan2 masa persidangan..apa peranan sdr. semasa kempen untuk sdr. mat yang..hormat lah kawan dan ketua kita..jangan lah asyik nak himpit dato astaman nak dapatkan HABUAN semata..kempen untuk cawangan sendiri sudah mencukupi..tak payah nak langgar sempadan..sekian adanya.

Anonymous said...

Mat Yahya punyai track record di dalam Umno. Dia pernah jadi Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Bhg Lmbh Pantai, jadi Setiausaha Bhg Wangsa Maju sekejap, pernah juga lwn Kamal Salih sebagai Ketua Bahagian Wangsa Maju pada tahun 1998; dan dilantik pula sebagai Timbalan Ketua Penaja Umno Bhg Setiawangsa pada tahun 2004, tetapi kalah di tangan Halim Samad. Hari ini apa salahnya dia nak try rebut jawatan Pengerusi Tetap?

Anonymous said...

saya percaya sdr Mat Yang mesti ada sebab tertentu mengapa beliau nak bertanding jawatan Pengerusi Tetap Bhg Setiawangsa.Hj Abdullah Rahman tahu sebabnya

Anonymous said...

Askm kepada pembaca Setiawangsa yang saya hormati. saya merasa kagum begitu hebatnya masingmasing mengejar jawatan DEMI BANGSA AGAMA DAN NEGARA. tetapi yang paling menarik adalah perebutan jawatan Ketua Cawangan oleh ketua wanita cawangan. Saya sebagai pemerhati politik yang berada di luar amat bangga dengan pencapian Wanita dalam saf kepimpinan. Tetapi saya telah membuat sedikit "goseh sana goseh sini" bahawa ada wanita yang bertanding tidak memperdulikan etika pertandingan. Tidak mengikut lunas lunas JIWA UMNO yang sebenar semata mata mengejar jawatan. Ada yang sanggup meminta dilantik walalupun ada yang tidak cukup korum. Maka bila tidak cukup korum, maka "KAUTIM" telah dijalankan antara ketuia wanita tersebut dengan pengerusi persidangan dan disusun aturlah agar cawangannya dikatakan cukup korum. Jika penipuan ini dilakukan semata mata jawatan, apatah lagi penipuannya terhadap ahli ahli yang lain. Ini bukan ahli UMNO yang sebenar? Kalau kita hendakkan jawatan janganlah pula kita sanggup menipu sana sini. Jadilah ahli yang luhur jiwanya. Sebab itu, rata rata anak anak muda yang tidak mahu masuk UMNO adalah kerana mereka dah meluat dan menyampah dengan sikap sikap begini. Kebebasan berfikir dan membuat bkeputusan sendiri tidak dibenarkan malah dipaksa membuat keputusan tersebut. Kita ahrus bertanya apakah akan jadi dengan UMNO 10 tahun akan datang? Kita harus bertanya UMNO ini untuk siapa? Untuk ahlinya? untuk diri sendiri? atau untuk rakyat dan umat Melayu? Kita harus tanya UMNO siapa punya? Maka Bapak kita punya atau ahli ahli UMNO yang punya? Sesungguhnya jawatan tidak penting bagi orang UMNO yang berjiwa besar kerana jawatan itu adalah hak Allah SWT. Kita hanya menjalankan wadah perjuangan itu untuk Allah SWT. Saya akan menulis lagi bagi menghanyatkan LOCENGWANGSA ini. Saya tinggal diSetiawangsa dan saya amat mengikuti perjalanan mesyuarat UMNO cawangan ini. Hebat dan Dashyat. Wassalam

Anonymous said...

sedara yang kata MAT YANG `PEKAK` saya nak SAH kan yang MAT YANG ni hanya (PEKAK BADAK)kalau cakap dekat memang dia tak dengar kalau nak umpat jaga jaga juah dia dengar ini lah (PEKAK BADAK)