assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, July 11, 2008

UMNO Setiawangsa adakan majlis taklimat persiapan 'Persidangan UMNO Cawangan 2008'.

YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique

UMNO Bahagian Setiawangsa akan mengadakan majlis taklimat kepada semua pemimpin UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan juga Puteri pada Sabtu ini, 12 Julai 2008, jam 8.30 malam, bertempat di pejabat UMNO Bahagian.

Pak Lah Mat, Setiausaha UMNO Bahagian Setiawangsa dijangka akan memberikan taklimat berkaitan dengan persediaan mengadakan persidangan cawangan-cawangan yang akan bermula pada 17 Julai yang akan datang ini. UMNO Bahagian Setiawangsa kini diketuai oleh YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique, manakala Pergerakan Pemuda pula diketuai oleh Dato' Izudin Ishak, di samping Hairunisa (Kak Ani) yang mengetuai Pergerakan Wanita dan Roziana yang mengetuai Pergerakan Puteri.

Persidangan tahunan musim ini merupakan tahun pemilihan bagi semua jawatan bukan sahaja di peringkat cawangan malah di peringkat Bahagian dan juga di peringkat Majlis Tertinggi. Dengan menjelangnya detik 17 Julai ini, dengan sendirinya ia menjadi pembuka tirai kepada episod 'jatuh bangun' pemimpin-pemimpin UMNO, kerana di musim kali inilah ahli UMNO di peringkat akar umbi diberikan hak bukan sahaja untuk menilai dan melakukan muhasabah terhadap kemajuan gerak kerja pimpinan parti, malah ahli UMNO juga diberikan peluang untuk menentukan pemimpin yang bakal meneruskan kepimpinan untuk masa depan UMNO yang dilihat semakin meniti cabarannya.

(Ulasan selanjutnya akan menyusul selepas ini)

No comments: