Oleh Abdul Rahman Hashim
Tahniah kepada Dato' Ahmad Fauzi Zahari kerana telah di isytiharkan sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa setelah berjaya menewaskan calon PKR Ibrahim Tan Sri Yaacob dengan kelebihan 1,390 undi. Calon BN ini telah memperolehi 28,809 undi iaitu pencapaian sekitar 51 peratus sahaja, manakala calon PKR berjaya memperolehi 25,419 undi. Ibrahim Yaacob bertanding di Parlimen Setiawangsa buat kali keduanya setelah beliau kecundang di tangan Dato' Sri Zulhasnan Rafique pada PRU12 2008.
| Dato' Fauzi Zahari sedang menyampaikan ucapan di Keramat Wangsa |
| Dato' Fauzi menyematkan lencana BN kepada seorang penyokongnya (Pengundi Cina) di Sekyen 5 Wangsa maju |
![]() |
| Dato' Fauzi Zahari semasa diumumkan sebagai pemenang oleh Pegawai SPR yang bertugas. Kelihatan juga calon PKR Ibrahim Yaacob |
| Dato' Fauzi Zahari dikelilingi oleh petugas-petugas dari Wanita UMNO |
Fauzi Zahari dianggap sebagai calon baru, kerana inilah kali pertama beliau dilonjakkan sebagai calon BN untuk berhadapan dengan sirkit PRU13 yang begitu sengit. Pucuk pimpinan parti berkeyakinan dengan ketokohan Dato' Ahmad Fauzi Zahari yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Walaupun beliau hanya menang dengan majoriti 1,390, namun sebagai calon baru yang diletakkan di situ, kejayaannya yang mampu menewaskan Ibrahim Yaacob (PKR) bagaikan satu kejutan, kerana Ibrahim Yaacob begitu yakin bahawa beliau boleh menang kali ini.
Gelombang 'Tsunami Cina' seperti yang diungkapkan oleh Dato' Sri Najib Tun Razak terhadap calon-calon BN yang kalah dalam PRU13 kali ini, terbukti turut dialami oleh Fauzi Zahari di Parlimen Setiawangsa. Semua peti-peti undi yang majoriti pengundi Cina seperti yang terdapat di Taman Setapak Jaya, Taman Sri Rampai dan juga di kawasan Air Panas telah dimenangi oleh calon PKR, Ibrahim Yaacob.
Walaupun tiada calon berketurunan Cina yang bertanding di Setiawangsa, namun pengundi-pengundi Cina lebih cenderung untuk memangkah calon PKR yang ditandingi oleh calon Melayu PKR. Mereka nampaknya tidak terbuka hati untuk memangkah calon Melayu daripada BN, Dato' Ahmad Fauzi Zahari. Demikianlah pendirian sebahagian besar pengundi Cina di Setiawangsa.
Fauzi Zahari tidak perlu apolegetik untuk menyorokkan rasa hibanya di atas sindrom penolakan pegundi Cina terhadapnya, namun bukan dirinya sahaja yang menerima 'undi pancung' seperti itu, terdapat banyak lagi kerusi-kerusi parlimen lain dan juga kerusi-kerusi DUN yang memperlihatkan calon BN tidak digemari lagi oleh pengundi-pengundi Cina.
Apa yang penting ialah Dato' Ahmad Fauzi Zahari, kini telah menjadi Wakil Rakyat yang resmi di P.118 Setiawangsa. Beliau jangan harus diperangkapkan dengan isu 'rasis' yang sedang dipalu ketika ini sehingga tidak mengakui bahawa ada juga sebahagian pengundi Cina dan juga pengundi India yang telah memberikan sokongan kepadanya.
Jikalau Fauzi Zahari bersikap sedemikian beliau juga harus ingat bahawa ramai juga pengundi Melayu yang tidak pro kepada BN. Perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu di Setiawangsa juga begitu ketara, kerana jumlah undi yang diperolehi oleh Ibrahim Yaacob membuktikan sokongan terhadapnya bukan sahaja dari kalangan pengundi Cina sahaja, malah pengundi Melayu juga ada yang berpihak kepadanya.
Apakah mereka yang dianggap bukan penyokong BN samada dari kalangan pengundi Melayu atau pengundi Cina, maka kita perlu menyisihkan mereka? Perdana Menteri sendiri ketika mengumumkan pengagihan bantuan BRIM 1.0 dan 2.0 tidak pula menyatakan ianya hanya layak diterima oleh rakyat yang menyokong BN sahaja.
Saya berkeyakinan tinggi, Ahli Parlimen Setiawangsa yang baru ini mampu menggalas tugas dan tanggungjawabnya demi untuk kesejahteraan rakyat yang diwakilinya. Fauzi harus berterima kasih kepada rakyat yang memilihnya, kerana tanpa mereka beliau tidak berkesampaian untuk bergelar 'wakil rakyat'. Oleh itu beliau harus diberikan peluang untuk menyusun agenda rakyatnya, kerana rakyat sedang memerhatikan kewibawaannya untuk tempoh lima tahun yang ke hadapan. PRU14 bukanlah lama lagi, tak sampai 5 tahun dari sekarang sekali lagi kita diadili oleh mereka.
Jangan terlalu mudah lupa dengan jasa rakyat yang mengangkat seseorang itu sehingga berjaya bergelar 'YB'. Menjadi seorang YB biarlah di hati rakyat, bukan untuk dibenci oleh rakyat akar umbi. Sebagai sahabat kepadanya, saya yakin Dato' Fauzi Zahari bukanlah memiliki ciri-ciri kebencian itu, malah beliau dilihat mampu melakarkan kejayaan untuk mendahulukan rakyatnya secara lebih bertenaga dan sistematik.
Fauzi Zahari perlu segera menjenamakan dirinya sebagai Wakil Rakyat yang berjiwa rakyat, bukan sekadar bermegah dengan title YB sehingga melupai jasa rakyat yang memenangkan dirinya pada PRU13 tempoh hari. Marilah kita mendoakan agar beliau tidak tersasar dengan andaian-andaian buruk itu, sebaliknya kita berkeyakinan bahawa Dato' Ahmad Fauzi Zahari memiliki syakhsiah dan iltizam yang kuat untuk mensejahterakan rakyat yang diwakilinya. Insya Allah.
| Penulis, Abdul Rahman Hashim ketika berucap sempena Himpunan Rakyat 1Malaysia Bersama Najib Razak di Parlimen Setiawangsa pada 3 Mei 2013. |
![]() |
| Penulis, dua dari kiri semasa mengiringi Dato' Fauzi Zahari pada Hari Penamaan Calon, 20 April 2013 |