assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, April 6, 2011

SAINGAN MEREBUT 71 KERUSI DUN SARAWAK BERMULA HARI INI

Oleh Abdul Rahman Hashim

Pilihan raya negeri terakhir buat Taib Mahmud

Hari ini, 6 April 2011 merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10. Sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri akan menjadi rebutan oleh parti-parti yang bakal bertanding mulai hari ini sebelum menanti detik yang lebih penting pada hari pembuangan undi 16 April depan.

BN akan bertanding di semua 71 kerusi DUN menerusi parti-parti komponennya iaitu dari PBB, SUPP, PRS dan SPDP yang menyaksikan semua ketua parti komponennya turut dikekalkan bertanding kali ini.

Berikut adalah senarai penuh calon BN bagi 71 kerusi yang dipertandingkan.(* menunjukkan muka baru)



N1. OPAR - RANUM ANAK MINA (SUPP)

N2. TASIK BIRU - DATUK PETER NANSIAN ANAK NGUSIE (SPDP)

N3. TANJUNG DATU - TAN SRI ADENAN SATEM (PBB)

N4. PANTAI DAMAI - DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (PBB)

N5. DEMAK LAUT - DR HAZALAND ABANG HIPNI(PBB)*

N6. TUPONG - DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (PBB)

N7. SAMARIANG - SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (PBB)

N8. SATOK - DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (PBB)

N9. PADUNGAN - SIM KIANG CHIOK (SUPP)*

N10. PENDING - PROF DR SIM KUI HIAN (SUPP)*

N11. BATU LINTANG - SIH HUA TONG (SUPP)*

N12. KOTA SENTOSA - DATUK ALFRED YAP (SUPP)

N13. BATU KAWAH - TAN JOO PHOI (SUPP)

N14. ASAJAYA - ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH (PBB)

N15. MUARA TUANG - DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (PBB)

N16. BENGOH - DR BELEK @ JERIP ANAK SUSIL (SUPP)

N17. TARAT - ROLAND SAGAH WEE INN (PBB)

N18. TEBEDU - DATUK SERI MICHAEL MANYIN ANAK JAWONG (PBB)

N19. KEDUP - MARTIN BEN (PBB)*

N20. SADONG JAYA - AIDEL LARIWOO (PBB)*

N21. SIMUNJAN - MOHD NARODEN MAJAIS (PBB)

N22. SEBUYAU - JULAIHI NARAWI (PBB)

N23. LINGGA - SIMOI PERI (PBB)

N24. BETING MARO - RAZALI GHAPOR (PBB)*

N25. BALAI RINGIN - SNOWDAN LAWAN (PRS)

N26. BUKIT BEGUNAN - MONG ANAK DAGANG (PRS)

N27. SIMANGGANG - DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS (SUPP)

N28. ENGKILILI - DR JOHNICHAL RAYONG (SUPP)

N29. BATANG AI - MALCOM MUSSEN ANAK LAMOH (PRS)

N30. SARIBAS - RAZI SITAM (PBB)*

N31. LAYAR - TAN SRI DR ALFRED JABU (PBB)

N32. BUKIT SABAN - ROBERT LAWSON CHUAT ANAK VINCENT PBB)

N33. KALAKA - ABDUL WAHAB AZIZ (PBB)

N34. KRIAN - DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE (SPDP)

N35. BELAWAI - DATUK LEN TALIF SALLEH (PBB)*

N36. SEMOP - DOLAH SAIDOL (PBB)* N37. DARO - MURNI SUHAILI (PBB)

N38. JEMORENG - ABU SEMAN JAHWIE (PBB)

N39. REPOK - DATUK DAVID TENG (SUPP)

N40. MERADONG - LING KIE KING (SUPP)*

N41. PAKAN - DATUK SERI WILLIAM MAWAN (SPDP)

N42. MELUAN - WONG ANAK JUDAT (SPDP)

N43. NGEMAH - ALEXANDER VINCENT (PRS)

N44. MACHAN - DATUK GRAMONG JUNA (PBB)

N45. BUKIT ASSEK - CHIENG BUONG TOON (SUPP)*

N46. DUDONG - DATUK TIONG THAI KING (SUPP)*

N47. BAWANG ASSAN - DATUK SRI WONG SOON KOH (SUPP)

N48. PELAWAN - VINCENT GOH CHUNG SIONG (SUPP)

N49. NANGKA - DR ANNUAR RAPEE (PBB)*

N50. DALAT - DATIN FATIMAH ABDULLAH (PBB)

N51. BALINGIAN - TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (PBB)

N52. TAMIN - JOSEPH MAUH ANAK IKEH (PRS)

N53. KAKUS - JOHN SIKIE ANAK TAYAI (PRS)

N54. PELAGUS - STANLEY UNJA (PRS)*

N55. KATIBAS - AMBROSE BLIKAU ANAK ENTURAN (PBB)

N56. BALEH - DATUK SERI DR JAMES MASING (PRS)

N57. BELAGA - LIWAN LAGANG (PRS)

N58. JEPAK - DATUK TALIB ZULPILIP (PBB)

N59. KIDURONG - HENRY LING (SUPP)*

N60. KEMENA - DR STEPHEN RUNDI ANAK UTOM (PBB)

N61. BEKENU - ROSEY YUNUS (SPDP)

N62. LAMBIR - RIPIN LAMAT (PBB)*

N63. PIASAU - TAN SRI DR GEORGE CHAN (SUPP)

N64. PUJUT - ANDY CHIA CHU FATT (SUPP)

N65. SENADIN - DATUK LEE KIM SHIN (SUPP)

N66. MARUDI - SYLVESTER ENTRIE ANAK MURAN (SPDP)

N67. TELANG USAN - DENNIS NGAU (PBB)*

N68. BUKIT KOTA - DR ABDUL RAHMAN ISMAL (PBB)

N69. BATU DANAU - PALU @ PAULUS ANAK GUMBANG (SPDP)

N70. BA'KELALAN ...(akan diumumkan) ...

N71. BUKIT SARI - DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASSAN (PBB)


Monday, April 4, 2011

ADENAN SATEM WAKILI TAIB UMUM BAKAL CALON BN SARAWAK

Oleh Abdul Rahman Hashim

Tan Sri Datuk Adenan Satem (Kiri),
Pegawai Khas Ketua Menteri Sarawak
(bertaraf Menteri) telah mengumumkan
bakal-bakal calon BN

Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan 70 bakal calon untuk pilihan raya negeri ke-10 dengan 19 muka baru. Manakala calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan yang diperuntukkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diumumkan kemudian.

Senarai yang diumumkan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menyaksikan agihan kerusi di kalangan empat parti komponen BN.

“Mesyuarat mengenai agihan kerusi di kalangan parti-parti komponen diadakan dalam semangat tradisi (perpaduan),” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagaimanapun tidak menyertai sidang media tersebut. Daripada 71 kerusi DUN di Sarawak, PBB diperuntukkan 35 kawasan, SUPP di 19 kawasan, PRS di sembilan kawasan dan SPDP di lapan kawasan.

PBB yang merupakan tunjang BN negeri menampilkan 10 muka baru, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan tujuh muka baru beserta seorang bekas ADUN pernah tewas, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan seorang muka baru, dan SPDP mengekalkan semua penyandang kecuali di Ba’Kelalan.

Muka baru dari PBB yang akan bertanding di Demak Laut ialah Dr Hazland Abang Hipni, Maclaine Ben (Kedup), Aidel Lariwoo (Sadong Jaya), Razaili Gapor (Beting Maro), Mohd Radzi Sitam (Saribas), Datu Len Talif Salleh (Belawai), Abdullah Saidol (Semop), Dr Annuar Rapa’ee (Nangka), Ripin Lamat (Lambir) dan Dennis Ngau (Telang Usan).

PBB mengekalkan penyandang terdiri daripada Adenan (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai), Datuk Daud Abdul Rahman (Tupong), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Satok), Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya), Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (Muara Tuang), Roland Sagah Wee Inn (Tarat), Dato Sri Michael Manyin Jawong (Tebedu), Naroden Majais (Simunjan), Julaihi Narawi (Sebuyau), Simoi Peri (Lingga), Jabu (Layar), Robert Lawson Chuat (Bukit Saban), Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Murni Suhaili (Daro), Abu Seman Jahwie (Jemoreng), Gramong Juna (Machan), Datin Fatimah Abdullah (Dalat), Taib (Balingian), Datuk Ambrose Blikau Enturan (Katibas), Datuk Talib Zulpilip (Jepak), Dr Stephen Rundi Utom (Kemena), Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Bukit Sari).

SUPP menampilkan tujuh muka baru dengan seorang bekas ADUN yang tewas pada pilihan raya negeri lepas, Datuk Alfred Yap Chin Loi. Sim Kiang Chiok akan bertanding di Padungan, Prof Dr Sim Kui Hian (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Ling Kie King (Meradong), Chieng Buong Toon (Bukit Assek), Datuk Tiong Thai King (Dudong), Ling Kuong Meng (Kidurong). Yap akan bertanding di Kota Sentosa – kerusi tempat beliau ditewaskan Chong Chieng Jen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

SUPP mengekalkan penyandang Ranum Mina di Opar, Tan Joo Phoi (Batu Kawa), Dr Jerip Susil (Bengoh), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Johnical Rayong Ngipa (Engkilili), Datuk David Teng Lung Chi (Repok), Dato Sri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Goh Chung Siong (Pelawan), Dr Chan (Piasau), Chia Chu Fatt (Pujut) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin).

PRS menampilkan seorang muka baru di Pelagus, Stanley Nyitar Malang, menggantikan penyandang Larry Sng. Manakala Alexander Vincent dipertaruhkan semula di Ngemah selepas tewas kepada penyandang Gabriel Adit Demong dari Parti Cinta Malaysia (PCM).

Mereka yang kekal dari parti tersebut ialah Snowdan Lawan (Balai Ringin), Mong Dagang (Bukit Begunan), Malcolm Mussen Lamoh (Batang Ai), Joseph Mauh Ikeh (Tamin), John Sikie Tayai (Kakus), Dato Sri Dr James Masing (Baleh) dan Liwan Lagang (Belaga).

SPDP mengekalkan tujuh penyandang, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Peter Nyarok Entrie (Krian), Dato Sri William Mawan Ikom (Pakan), Wong Judat (Meluan), Rosey Yunus (Bekenu), Sylvester Entri Muran (Marudi) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

Sementara itu, Adenan berkata, calon-calon tersebut merupakan mereka yang diyakini mampu menang selepas melalui tahap penilaian.

“Semua calon ini telah mendapat persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 6 April dan disusuli hari pengundian pada 16 April.

Pada pilihan raya negeri kesembilan pada 2006, PBB menang di semua 35 kerusi, SUPP di 12 kerusi, PRS di lapan kerusi dan SPDP menang di semua lapan kerusi. Lapan kerusi DUN dimenangi DAP, PCM satu kerusi dan Parti Keadilan Rakyat di satu kerusi.


Friday, March 25, 2011

VIDEO SEX: DUA LELAKI YANG DITAHAN BUKANNYA RTC & SYAZRYL

Dua lelaki telah ditahan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan pelacur asing bukannya Tan Sri Abd Rahim Thamby Chik dan juga Datuk Syazryl Eskay Abdullah.

Demikian disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di dalam satu kenyataannya hari ini, ekoran spekulasi yang menyebut kedua-dua Datuk T telah ditahan polis.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Polis Datuk Ghazali Md Amin dari Bukit Aman berkata beberapa barang yang boleh dijadikan bukti telah dirampas daripada kedua-dua lelaki yang ditahan itu. Kedua-duanya dibebaskan dengan diikat jamin oleh pihak polis.

“Salah seorang juga berkata di mana rakaman itu dibuat dan kami telah menghantar pasukan forensik bersama pegawai penyiasat ke lokasi,” kata beliau dipetik The Star Online hari ini.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa mereka sedang cuba untuk mengenal pasti karakter-karakter dalam video sama ada individu terbabit bertanggungjawab memasang kamera untuk tujuan rakaman.

Laporan awal menyebut ia dirakamkan di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Semalam, Abdul Rahim yang merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno menyerahkan video aksi seks terbabit kepada polis.

Beliau menyerahkan video asal itu setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan jenama Omega, dikatakan milik lelaki berkenaan yang diambil dari bilik sebuah hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Turut disoal siasat ialah Shazryl.

Kelmarin, Rahim mendedahkan kepada media bahawa beliau bersama Shazryl dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang menggelarkan diri sebagai “Datuk T” bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

Wednesday, March 23, 2011

PILIHAN RAYA SARAWAK : PENAMAAN CALON 6 APRIL, HARI MENGUNDI PULA 16 APRIL 2011

Pilihan raya negeri Sarawak Ke-10, 16 April 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April 2011. Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari.

Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching, hari ini. DUN Sarawak dibubarkan Isnin lalu yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia. Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Pengerusi BN Negeri dan juga Ketua Menteri Sarawak akan berhempas pulas untuk mempertahankan dominasi BN menguasai negeri bumi kenyalang menjelang pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini sebelum beliau melepaskan jawatan yang disandangnya sejak tahun 1981.

Monday, March 21, 2011

SAH, DUN SARAWAK BUBAR HARI INI!

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan.

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak,"
katanya hari ini. Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang esok.

"Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi.

Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Pada Sabtu lalu, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan DUN Sarawak dibubar pada hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan.

Saturday, March 19, 2011

DUN SARAWAK BUBAR ISNIN INI

Oleh Abdul Rahman Hashim

Pilihan raya negeri terakhir buat Taib Mahmud....siapa penggantinya?

Penantian pembubaran DUN Sarawak akhirnya terjawab apabila Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan pembubarannya pada Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

SPR dijangka akan menetapkan tarikh hari penamaan calon dan juga tarikh pembuangan undi minggu depan. Pilihan raya ke-10 negeri Sarawak ini merupakan pilihan raya negeri yang terakhir buat Taib Mahmud, apabila beliau membuat pengumuman akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya nanti.

NAJIB TAHU TAIB TELAH BERSEDIA UNTUK LAKUKAN PERALIHAN KEPIMPINAN

SERIAN, 19 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun tahu masa yang tepat untuk melakukan perubahan kepada kepimpinan di negeri ini.

Najib berkata beliau dan Taib mempunyai ‘‘persefahaman yang sangat baik’’ mengenai masa untuk membuat pengumuman berhubung perkara itu.

“Saya tahu beliau telah bersedia. Apabila tiba masanya, beliau sedia beredar dari arena dan kami mempunyai persefahaman yang sangat baik mengenai bilakah ia akan berlaku,” katanya ketika berucap pada program ‘‘Senada Sejiwa’’ di sini hari ini.

Program itu yang mengetengahkan pameran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, dianjurkan oleh kerajaan Sarawak.

Najib berkata perubahan kepimpinan negeri bukanlah suatu perkara yang boleh didesak memandangkan peralihan yang lancar merupakan perkara paling utama.

“Janganlah desak tapi ikutlah tradisi yang baik dalam negara kita, yang penting peralihan kuasa yang tertib tersusun supaya kepimpinan baru yang ambil alih nanti boleh membawa Sarawak kepada keadaan yang lebih baik lagi,” kata Najib.

Menerusi peralihan kuasa yang lancar, beliau berkata kerajaan persekutuan akan dapat membantu Sarawak mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Katanya pendekatan ini, yang telah diterima oleh kalangan masyarakat Malaysia nyata bukan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang memandangkan mereka mengharapkan perubahan radikal menerusi demonstrasi jalanan atau rusuhan.

Najib berkata perubahan kepimpinan yang lebih disukai oleh Barisan Nasional mengambil kira kestabilan dan pembangunan yang berterusan.

Katanya pembangunan pesat yang berlaku di Sarawak sejak beliau menjadi Perdana Menteri dua tahun lepas sebahagian besarnya disebabkan hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Malah Ketua Menteri turut mengakui bahawa belum pernah Sarawak menikmati peruntukan yang begitu besar dan ia dilakukan bukan kerana pilihan raya tetapi yang penting ialah memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara, katanya.— Bernama.