Anwar Sadat bersama Hosni Mubarak
Kuasa rakyat akhirnya boleh menggugat kuasa pemimpinyang dibenci rakyat
Rakyat Mesir nampaknya terpaksa mengajar dan menghukum pemimpin mereka supaya segera berundur dari takhta setelah melihat berlakunya banyak kecurangan, kemungkaran politik dan tindak tanduk pemimpin mereka yang dikatakan terlalu pro Yahudi Laknatullah.
Presiden Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sejak tahun 1981 hingga ke hari ini bagaikan terlupa bahawa rakyat akan menyamakan dirinya sebagai firaun jika beliau masih berdegil untuk terus bersemayam tanpa mempedulikan kegelisahan dan kemarahan rakyat akar umbi yang mahukan beliau turun dengan segera.
Medan Tahrir di Bandaraya Kaherah dan di beberapa bandar utama seluruh Mesir menjadi saksi betapa himpunan jutaan rakyatnya telah membentuk gelombang tsunami untuk memaksa Hosni Mubarak supaya tidak berlengah lagi keluar dari singgahsananya, walaupun Hosni telah menyatakan formula komprominya hanya akan berundur menjelang September tahun ini.

Apabila melihat lautan manusia yang berhimpun itu, tentunya Hosni Mubarak akan menjadi fobia apakah beliau akan menerima nasib yang sama seperti Presiden Anwar Sadat sebelumnya yang dibenci oleh rakyatnya sehingga tempoh pemerintahan Anwar Sadat terpaksa dipendekkan dengan beberapa das tembakan oleh anggota tenteranya sendiri.
Anwar Sadat menjadi Presiden Mesir pada September 1970 selepas kematian Presiden Gamal Nasser. Selepas 8 bulan menaiki takhta, pada pagi 15 Mei 1971 telah meletus cubaan rampasan kuasa oleh Kumpulan Ali Sabri, tetapi ia berjaya dipatahkan oleh Presiden Sadat dengan bantuan tentera elit yang dikerah untuk mengawal Istana.
Selang beberapa hari kemudian Presiden Sadat membuat ucapan melalui radio dan TV Mesir serta mengisytiharkan kepada rakyat Mesir bahawa beliau merupakan ketua negara yang berkuasa. Di antara ucapan pedas beliau ialah bila dia menyebut "Saya akan mencincang sesiapa sahaja yang membuka mulut".
Selepas menaiki takhta, pada tahun 1973 Anwar Sadat telah menukar kiblatnya dari Rusia kepada Amerika Syarikat kerana terpaksa mempamirkan gaya demokratiknya bagi membezakan dirinya dengan Presiden Gamal Nasser yang zalim itu. Sebenarnya rakyat Mesir pada masa itu keluar dari mulut buaya tetapi masuk pula ke mulut singa berapi.
Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981 apabila ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.
Presiden Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sejak tahun 1981 hingga ke hari ini bagaikan terlupa bahawa rakyat akan menyamakan dirinya sebagai firaun jika beliau masih berdegil untuk terus bersemayam tanpa mempedulikan kegelisahan dan kemarahan rakyat akar umbi yang mahukan beliau turun dengan segera.
Medan Tahrir di Bandaraya Kaherah dan di beberapa bandar utama seluruh Mesir menjadi saksi betapa himpunan jutaan rakyatnya telah membentuk gelombang tsunami untuk memaksa Hosni Mubarak supaya tidak berlengah lagi keluar dari singgahsananya, walaupun Hosni telah menyatakan formula komprominya hanya akan berundur menjelang September tahun ini.

Lautan dan gelombang manusia di Medan Tahrir mendesak
Presiden Hosni Mubarak berundur segera dari takhtanya.
Presiden Hosni Mubarak berundur segera dari takhtanya.
Apabila melihat lautan manusia yang berhimpun itu, tentunya Hosni Mubarak akan menjadi fobia apakah beliau akan menerima nasib yang sama seperti Presiden Anwar Sadat sebelumnya yang dibenci oleh rakyatnya sehingga tempoh pemerintahan Anwar Sadat terpaksa dipendekkan dengan beberapa das tembakan oleh anggota tenteranya sendiri.
Anwar Sadat menjadi Presiden Mesir pada September 1970 selepas kematian Presiden Gamal Nasser. Selepas 8 bulan menaiki takhta, pada pagi 15 Mei 1971 telah meletus cubaan rampasan kuasa oleh Kumpulan Ali Sabri, tetapi ia berjaya dipatahkan oleh Presiden Sadat dengan bantuan tentera elit yang dikerah untuk mengawal Istana.
Selang beberapa hari kemudian Presiden Sadat membuat ucapan melalui radio dan TV Mesir serta mengisytiharkan kepada rakyat Mesir bahawa beliau merupakan ketua negara yang berkuasa. Di antara ucapan pedas beliau ialah bila dia menyebut "Saya akan mencincang sesiapa sahaja yang membuka mulut".
Selepas menaiki takhta, pada tahun 1973 Anwar Sadat telah menukar kiblatnya dari Rusia kepada Amerika Syarikat kerana terpaksa mempamirkan gaya demokratiknya bagi membezakan dirinya dengan Presiden Gamal Nasser yang zalim itu. Sebenarnya rakyat Mesir pada masa itu keluar dari mulut buaya tetapi masuk pula ke mulut singa berapi.
Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981 apabila ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatannya sedang mengerjakan haji di Mekah. Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara.
Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit. Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu.
Khalid Islambouli menjerit "Matilah kamu Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. 7 terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.
Anwar Sadat dikejarkan ke hospital tetapi
disahkan mati. Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri.(Foto kiri - Detik cemas ketika Anwar Sadat ditembak, 6 Oktober, 1981)
Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Khalid Islambouli didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada April 1982.
Kezaliman dan kejahatan Sadat ini nampaknya berjangkit dan diteruskan sehingga kini oleh Hosni Mubarak. Lihat sahaja bagaimana tergamaknya Hosni Mubarak sebagai pemimpin sebuah negara Islam membina tembok besi antara sempadan Mesir dengan Gaza, Palestin semata-mata hendak menjaga hati Regim Yahudi Zionis yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin serta memusnahkan wilayah itu pada tahun 2009.
Ekoran dari tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan Hosni Mubarak terhadap rakyat Palestin itu telah mengundang kemarahan rakyat Mesir yang tidak boleh menerima dasar-dasar Hosni yang pro Israel itu, lantas telah menyemarakkan kehangatan yang terpendam selama ini.
Apakah nasib yang bakal menimpa Hosni Mubarak akibat tindak tanduknya yang semakin dibenci oleh rakyatnya sendiri? Samada partinya akan terus memerintah Mesir atau sebaliknya, itu bergantung kepada sikap dan kebangkitan rakyat yang sedang ditunjukkan hari ini.
Rakyat Mesir rasanya masih in
gat lagi kekejaman yang dilakukan oleh pihak pemerintah sebelum ini terhadap Gerakan Ikhwanul Muslimin apabila pemimpin pertubuhan yang berpengaruh itu Assyahid Imam Hasan Al-Banna (foto kiri) mati ditembak di hadapan bangunan pejabat Ikhwan di Kaherah. Begitu juga dengan Assyahid Syed Qutub yang mati di tali gantung di penjara Mesir.Hari ini Presiden Hosni Mubarak telah mengeluarkan kenyataan tidak akan berundur sehingga tempoh yang telah beliau tetapkan pada bulan September ini. Beliau merasakan jika melepaskan jawatannya sekarang, negara Mesir akan bertambah kalut dan menjadi kacau bilau?
Beliau juga dikatakan tidak akan melarikan diri dari negara tanah tumpah darahnya, lagi pun beliau telah berkata jika mati pun biarlah dia mati di negaranya sendiri. Sempatkah beliau menyelamatkan dirinya sementara menghitung hari untuk dijatuhkan secara hina oleh rakyatnya sendiri. Bumi Firaun bakal menyaksikan tersembamnya seorang pemimpin negara Islam yang terlalu pro dengan regim Israel laknatullah.
Sementara itu pihak White House Amerika Syarikat tidak berselindung lagi untuk campur tangan dalam kemelut ini apabila pegawai-pegawai negara yang kuat pro Israel itu sedang berbincang dengan pegawai-pegawai dari Mesir untuk mencari formula melembutkan hati Hosni Mubarak supaya berundur serta merta dan melepaskan jawatan kepada Naib Presidennya Omar Suleiman yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai tokoh pemimpin yang pro regim Yahudi.










