ua, tak hairanlah jika kata-kata juga turut bercabang! Sebelum ini dalam laporan awal kata tiada kesan tusukan pada eksoz (dubur) Saiful, tapi hari ni dalam keterangan sebagai saksi ke dua pendakwa terhadap Anwar Ibrahim si polan itu mendakwa ada pulak kesan tembusan zakar di dubur pengadu, kerana air mani yang tertinggal dalam dubur Saiful.Lantas Anwar mendakwa wujudnya percanggahan besar di antara laporan perubatan pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dengan keterangannya hari ini.
Laporan perubatan sebelum ini, Dr. Razali menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.
Tertarik juga dengan keterangan Pakar Bedah HKL sehingga terfikir, bagaimanakah caranya nak tinggalkan air mani dalam dubur tanpa kesan tusukan! Demikianlah lawaknya kisah di sebalik 'tiada kemasukan' tetapi ada perbuatan 'liwat'.
Mungkinkah keterangan bercabang ini turut mempengaruhi senario penghakiman kes ini? Sama-samalah kita nantikan. Biarlah mahkamah yang menentukan.












