DAP yang
bergabung dalam Pakatan Rakyat kini berjaya menawan SIBU iaitu kubu kuat BN sejak 28 tahun yang lalu. Keputusan rasmi PRK P212 Sibu, calon DAP, Wong Ho Leng (Foto) menang dengan majoriti 398 undi.
Sebelum pengumuman rasmi dibuat pada jam 10.59 malam ini, keadaan di tempat pengiraan undi menjadi kelam kabut sedikit kerana SPR melambat-lambatkan untuk umum kemenangan DAP.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan susah hati dengan perkembangan itu apabila beralih arah ke Wisma Sanyan untuk kepastian pengiraan undi pos di sana. Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri beserta rombongannya telah pun meninggalkan Bandar Sibu lebih awal setelah mengetahui BN tertewas kali ini. Sidang akhbarnya yang sepatut diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandar Sibu juga telah dibatalkan.
Wong Ho Leng daripada DAP telah berjaya meraih 18,845 undi, manakala calon BN Robert Lau Hui Yew memperolehi 18,447 undi. Calon Bebas Narawi Harun hanya mendapat 232 undi. DAP menang dengan majoriti 398 undi.
Dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu, BN telah berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,235 mengalahkan Wong Ho Leng daripada DAP dan juga calon PKR. Kini BN telah kehilangan 2,837 yang menjarakkan kemenangannya dalam PRU12. Undi pos yang berjumlah 2,537 telah mendekatkan lagi majoriti kecil yang diterima oleh DAP.
Jika bukan kerana undi pos, tentunya BN akan tewas dengan majoriti yang lebih besar. BN menerima undi pos sebanyak 2,322 undi, manakala DAP memperolehi 70 undi. Calon Bebas pula hanya mendapat 30

Pemerhati politik berpendapat kecenderungan pengundi Cina yang mendominasi majoriti pengundi di Parlimen Sibu telah menjadi faktor utama kepada penolakan terhadap BN.
(Foto: DAP meraikan kemenangan)
Pengundi-pengundi Cina kelihatannya tidak mudah dikoyokkan dengan janji-janji manis jika dibandingkan dengan pengundi-pengundi 'Dayak' dan sebahagian daripada pengundi Melayu Melanau yang menjadi harapan kepada BN.
Pengumuman Perdana Menteri yang akan menyalurkan bantuan sejumlah RM18 juta untuk pembangunan pendidikan di Daerah Sibu nampaknya tidak mampu untuk mengurangkan sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat. Samada Najib akan menunaikan janji-janjinya itu atau sebaliknya kini sedang diteropong oleh rakyat Sibu.
Pehin Sri Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak juga nampaknya tidak senang duduk dengan 'signal' yang telah diberikan oleh rakyat Sibu dalam pilihan raya kecil ini. Perang saraf yang digendangkan oleh Pakatan Rakyat yang menyebut jika mengundi SUPP samalah juga mengundi TAIB merupakan satu sindiran tajam terhadap kepimpinan negeri Sarawak yang diterajui oleh Taib Mahmud.
Masalah dalaman SUPP yang masih tidak bernoktah itu juga dilihat menjadi faktor yang menghimpit kedudukan BN di negeri Bumi Kenyalang ini. Pergelutan sesama sendiri di dalam parti terbesar masyarakat Cina di Sarawak kini menjadi ancaman terbesar kepada BN terutama bagi kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. SUPP hendaklah segera membuat kajian bagaimana 3,500 pengundi Cina boleh swing kepada DAP di kubu kuatnya di Sibu.
Jika Taib Mahmud berkira-kira untuk mengadakan pilihan raya umum bagi negeri itu dalam masa yang terdekat ini, eloklah dikaji semula supaya masalah kepimpinan yang masih membahang di dalam komponen BN negeri Sarawak dapat segera diatasi. Namun begitu tempoh untuk mengadakan pilihan raya umum peringkat negeri Sarawak semakin hampir dan ianya tidak dapat dielakkan lagi.
Slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri juga dilihat tidak memberi impak kepada masyarakat Cina. Pilihan raya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini telah menjadi bukti betapa pengundi-pengundi golongan ini masih terkeliru dengan wawasan 1Malaysia yang menuntut hak kesamarataan sebagai sebuah 'bangsa Malaysia'.
Kekeliruan mereka juga telah diterjemahkan di Sibu, kerana sebahagian besar masyarakat Cina di Bandar Sibu tidak mahukan kemenangan BN di kawasan mereka. Mereka dilihat bagaikan 'sudah serik' untuk bernaung lagi di bawah BN dan kali ini mereka telah mencuba untuk beralih arah menyokong 'roket'.
bergabung dalam Pakatan Rakyat kini berjaya menawan SIBU iaitu kubu kuat BN sejak 28 tahun yang lalu. Keputusan rasmi PRK P212 Sibu, calon DAP, Wong Ho Leng (Foto) menang dengan majoriti 398 undi.Sebelum pengumuman rasmi dibuat pada jam 10.59 malam ini, keadaan di tempat pengiraan undi menjadi kelam kabut sedikit kerana SPR melambat-lambatkan untuk umum kemenangan DAP.