assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, May 16, 2010

TERKINI....DAP TERUS MENDAHULUI 2,091 UNDI

DAP - 11,941
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti DAP - 2,091

Undi yang telah dikira ialah 67 %
TERKINI...DAP TERUS DI HADAPAN MAJORITI 1,544

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti DAP - 1,544

Saluran yang dikira setakat ini - 66
Jumlah semua saluran - 110 saluran
Undi yang telah dikira - 61 %
HANYA 59.86% KELUAR MENGUNDI, SPR GAGAL!

Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.
TERKINI - DAP DAHULUI 914

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

MajoritI - 914, sebanyak 59 saluran dari 110 saluran telah dikira atau kira-kira 55 % undi yang dibuang telah dikira.

Monday, May 3, 2010

PILIHAN RAYA KECIL SIBU MUNGKIN SENGIT, KATA NAJIB

SIBU, 2 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini merupakan satu cabaran yang perlu diambil serius dan mungkin ianya sengit.

Beliau bagaimanapun yakin atas semangat setiakawan dalam BN pusat dan Sarawak, jentera pilihan raya BN akan bergerak dengan lancar untuk mencapai kejayaan dalam mengekalkan kerusi Sibu.

“Persaingan yang kita (BN) hadapi mungkin sengit dan akan tertumpu pada kesungguhan dalam usaha yang kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran angkatan tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Ismail Jamaluddin dan calon BN Robert Lau Hoi Yew.

Ditanya peluang BN untuk mengekalkan kerusi Sibu, Perdana Menteri berkata, BN akan berusaha sedaya upaya dengan kerjasama semua parti-parti komponen BN.

Mengenai tinjauan mesra yang dilakukan beliau di beberapa tempat di sini hari ini termasuk pekan Sungai Merah, Najib berkata beliau mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Saya dapat melihat reaksi penduduk di sini sungguh baik dan kemajuan yang dilakukan seperti penempatan projek banjir di Kampung Nangka yang dalam proses pelaksanaan oleh kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata melalui tinjauan mesra yang diadakan beliau juga dapat menerima maklum balas mengenai keperluan masyarakat tempatan di sini.

Terdahulu, beliau berkata peruntukan akan diluluskan untuk membaik pulih sebuah surau dan sekolah agama di Kem Rascom dalam usaha kerajaan menjaga kebajikan anggota tentera. Bagaimanapun, Najib tidak menyatakan jumlah peruntukan itu.

Najib turut meminta anggota tentera menunaikan hajat beliau supaya keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu nanti.

Antara penerima PJM pada majlis itu ialah Temenggong Kanang Langkau, 67, dari Sri Aman, yang merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB). — Bernama

Sunday, May 2, 2010

MUHYIDDIN DEMAM MASUK HOSPITAL, TAK HADIR MESYUARAT MT DI JANDA BAIK

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan retreat Umno yang diadakan di Janda Baik dekat sini semalam dan hari ini (30 April dan 1Mei) , dipercayai kerana demam.

Muhyiddin (Foto kiri) yang juga Timbalan Presiden Umno telah dimasukkan ke hospital dan dijangka kembali bertugas Isnin ini.

Sumber memberitahu, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak sendiri ada memaklumkan ketidakhadiran Muhyiddin pada kedua-dua pertemuan itu yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Umno, Janda Baik.

Mesyuarat MT diadakan petang semalam dan disusuli dengan retreat membabitkan 192 ketua-ketua Umno bahagian yang membentangkan laporan KPI masing-masing.

Gambar majlis penyerahan borang masuk Umno oleh Adun Pelabuhan Klang, yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan juga menunjukkan Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat MT Umno semalam.

Beberapa pemimpin Umno menghadiri retreat berkata Perdana Menteri memaklumkan bahawa Muhyiddin mengidapi demam. Bagaimanapun beliau dikatakan tidak memberikan butiran lanjut.

Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dimasukkan ke hospital kerana demam.

“Ya, beliau demam dan telah dimasukkan ke hospital. Tetapi tidak serius,” kata beliau. Demikian sumber yang dipetik daripada The Malaysian Insider hari ini.

Muhyiddin dijadual untuk menghadiri Konvensyen Antarabangsa BIO di Chicago, Amerika Syarikat mulai 3 hingga 6 Mei ini.

Bagaimanapun difahamkan kemungkinan beliau tidak akan menghadiri pertemuan itu.

Thursday, April 29, 2010

TIDAK SOKONG BN PUN DAPAT WANG BESAR?


Masyarakat Cina di sekitar Rasa amat beruntung, walaupun majoriti komuniti di situ tidak menyokong BN namun mereka tetap memperolehi ganjaran besar berjumlah RM3 juta daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak untuk projek pembesaran SRJK (C) Rasa sebagaimana yang dijanjikan semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor yang baru lalu.

(Foto: Gembira dapat wang besar)

Dato' Sri Najib merasa lega apabila dapat menunaikan janjinya kepada masyarakat Cina di situ setelah BN menang dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Beliau telah menyerahkan cek berjumlah RM3 juta kepada pihak sekolah tersebut menerusi Pengerusi Lembaga Pengurusnya Ng Tek Kui dan Guru Besar Ng Kin Mooi di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Bukan Najib sahaja yang pernah berjanji malah beberapa pemimpin BN yang lain juga turut menaburkan janjinya kepada masyarakat Cina di Hulu Selangor dengan harapan supaya pengundi Cina dapat memberikan sokongan kepada BN.

Walaupun jelas pengundi Cina di Hulu Selangor telah menolak BN, namun kejayaan mengenepikan PKR kali ini memberikan seribu makna kepada kepimpinan 1Malaysia yang diterajui oleh Dato' Sri Najib Tun Razak.

Najib sememangnya memerlukan kemenangan ini untuk membuktikan semua dasar yang diperkenalkan selama ini diterima rakyat. Keputusan rakyat Hulu Selangor baru-baru ini memperlihatkan ratio yang ketara dimana pengundi Cina masih belum dapat menerima parti yang dipimpin oleh Najib itu. Pemberian sumbangan RM3 juta itu mnembuktikan bahawa BN bukanlah parti yang akan menghukum rakyatnya yang masih belum memihak kepadanya.

Namun begitu Najib telah mengenepikan gelombang penolakan pengundi Cina itu kerana beliau merasakan janji lebih wajar dikotakan demi untuk kesejahteraan rakyat tanpa memilih bulu. Najib bukan sahaja menabur janji kepada komuniti Cina malah beliau juga dikatakan telah membuat banyak pengumuman berupa janji-janji yang perlu juga disegerakan untuk masyarakat Melayu di sekitar Hulu Selangor.